Jika anda menetap di Taiping dan tidak pernah mencuba cendol ‘legend’ yang beroperasi sejak tahun 1940 ini, anda memang rugi! Cendol apa yang kami maksudkan? Tak lain tak bukan – Ansari Famous Cendol!

Ansari Famous Cendol

Imej via Foursquare

Persis namanya, gerai cendol ini memang terkenal di Taiping. Buktinya, ramai pelanggan sanggup beratur demi mencuba cendol di sini. Bukan orang tempatan sahaja, malah pelancong luar pun ada.

Wah, jelas yang Ansari Famous Cendol ini memang menyajikan cendol yang bukan calang-calang hebatnya. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Cendol Berkualiti Tinggi, Bikin Ramai Jatuh Hati!

Gerai cendol memang mudah didapati, terutamanya di tepi jalan. Tambahan pula cuaca sekarang semakin panas, memang banyak gerai cendol yang anda boleh jumpa.

cendol

Imej via Foursquare

cendol biasa @ Ansari Famous Cendol

Imej via Foursquare

Namun, tak semuanya menghidangkan cendol yang kualitinya terjamin. Di Ansari Cendol, anda tidak akan menghadapi masalah seperti ini. Hal ini kerana kualiti cendol di sini tidak dapat disangkal lagi!

Rasa cendol yang lemak berkrim, ditambah pula dengan rasa gula melaka yang manis dan aroma pandan yang cukup harum – seribu kesempurnaan dalam satu hidangan!

Cendol Pulut, Cendol Kegemaran Ramai

Bukan gerai cendol lah kalau cendol pulut tiada dalam senarai! Di Ansari Famous Cendol, cendol pulut merupakan antara cendol yang paling banyak dipesan.

Imej via Foursquare

Agak-agak apa yang membuatkan cendol pulut ini begitu digemari ya? Menurut ramai, cendol pulut atau lebih dikenali dengan Cendol Berpulut di sini bukan sahaja manis dan berkrim, malah pulutnya juga kenyal.

Saiz hidangannya juga besar, semangkuk pun sudah mampu menjanjikan kekenyangan. Harganya juga sangat berpatutan, hanya RM 2.00 semangkuk. Sangat berbaloi!

Cendol Lain yang Tidak Kurang Hebatnya

cendol

Imej via Foursquare

Bukan cendol pulut sahaja yang disediakan di sini, beberapa jenis cendol lain juga boleh didapati. Yang pasti, kesemuanya ada keistimewaan yang tersendiri.

cendol kacang merah @ Ansari Famous Cendol

Imej via Foursquare

Antara cendol lain yang boleh anda cuba ialah cendol biasa, cendol kacang serta cendol kacang dan pulut. Bagi menikmati rasa cendol yang lebih ‘kaw, kami cadangkan anda cuba cendol kacang dan pulut.

Kacang merahnya dikatakan cukup kenyal dan lembut. Jika digandingkan bersama pulut, pasti keenakannya lebih berganda. Harganya pula terlajak murah, cuma RM 2.10 sahaja!

Banyak Lagi

pasembor

Imej via Foursquare

Walaupun gerai ini terkenal dengan cendol, ia tidak bermaksud yang menu lain tidak seistimewa cendol. Ada satu menu yang turut menambat hati ramai – pasembor!

Tak perlu susah-susah ke Penang, kerana pasembor di sini dikatakan seenak pasembor di Penang! Cucur udangnya bersaiz besar dan kuahnya juga agak pekat, dijamin sedap!

Kesimpulan

cendol & paseembor @ Ansari Famous Cendol

Imej via Foursquare

Bagaimana? Sudah mula terliur memikirkan keenakan cendol pulut? Atau sudah mula berkeroncong perut membayangkan kelazatan pasembor? Jangan lengah-lengah lagi, lekas terjah Ansari Famous Cendol jika berpeluang ya!

Anda juga dinasihatkan agar datang pada waktu yang sesuai kerana selalunya, pelanggan sangat ramai pada waktu kemuncak. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi gerai. Selamat menjamu selera!

Alamat: 92, Jalan Barrack, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 6.30 petang

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.