Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan syurga makanan. Sesiapa yang pernah datang ke dini pasti akan menyukai makanan yang ada di sini.Di sini kami kongsikan tempat makan best Pulau Pinang yang legend dan wujud sejak lama dulu.
Tidak kisahlah ianya nasi kandar, Char Kuey Teow dan lain-lain. Semua ini akan membuat perut anda meminta untuk diisi. Artikel kali ini adalah untuk berkongsi tempat makan menarik dan patutu dicubadi Pulau Pinang.
Makanan di Pulau-Pinang lebih kepada masakan ala-ala rempah. Seperti nasi kandar, mee goreng dan banyak lagi. Argh, terliurnya apabila difikirkan.
Kami kongsikan 8 kedai makan Pulau Pinang yang wajib anda pergi apabila ke sini. Jom semak adakah anda sudah pergi ke belum. Semuanya banyak bercerita tentang Nasi kandar Pulau Pinang.
Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, Penang 10300
Tempat makan ini letaknya di Jalan Masjid Kapitan Keling. Betul-betul terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling.
Kalau hendak tahu betul atau tidak anda berada di sini, cuba perhatikan, banyak atau tidak kedai emas di situ. Kalau ada 2-4 kedai emas di situ, makan betullah anda berada pada tempat yang betul.
Apa yang sedap di sini adalah Ayam Rosnya. Mendapat perhatian ramai orang. Selain itu boleh cuba ayam kicapnya, telur dadar dan kari ikannya. Waktu operasi bermulanya daripada pukul 10 malam .Yang lain terserah kepada anda.
Memang hendak menjadikan orang gemuk! Nasi Kandar Beratur marvellous !
Jalan Jelutong, Jelutong, Penang 11600
Tidak semua orang tahu tentang kedai nasi kandar ini melainkan anda adalah orang Pulau Pinang. Ianya terletak di jalan utama Jelutong. Tidak beberapa jauh dari Pasar Jelutong atau Pejabat Pos Jelutong.
Lauk-pauknya memang akan berkurangan jika datang antara pukul 3-4 petang. Tetapi jangan risau, kerana mulai pukul 5 ke atas akan adanya sesi masakan untuk lauk baru. Jadi kalau ingin datang, datanglah sekitar tengah hari atau lewat petang iaitu pukul 6 ke atas.
Apabila makan di sini kami suka ambil ikan gorengnya serta sayur kobis. Manakala emak kami pula selalu akan ambil sayur lobak putih. Memang sedap.
Harga pun harga biasa kalau makan Nasi Kandar Penang. Nasi Kandar Deen sangat disukai oleh penduduk yang tinggal kawasan Jelutong.
Jalan Tokong Ular, Bayan Lepas, Penang 11900
Penat dengan Nasi Kandar Pulau Pinang? Jom makan makanan lain. Sini menu utamanya adalah Char Koey Teow dan kedai ini tidak sukar dicari.
Jika anda sememangnya pergi bercuti ke Pulau Pinang, kedai ini tidak jauh daripada Pesta Pulau Pinang, iaitu kira-kira 2-3 kilometer sahaja. Untuk lebih tepat, tanya sahaja di mana tokong ular berada. Kedai itu memang sangat berdekatan.
Flat Kg. Melayu, Air Itam, Penang 11500
Ini pula satu lagi tempat makan nasi kandar yang menarik. Dah jadi macam entri untuk nasi kandar Pulau Pinang pula. Kedai Nasi Kandar Kampung Melayu antara tempat makan yang menarik di Pulau Pinang.
Waktu operasi bermula awal pagi iaitu 6.15 pagi. Sesuai untuk orang yang ingin bungkus dan makan di tempat kerja.
Waktu tutup untuk kedai Nasi Kandar Kampung Melayu pula pada pukul 1 petang. Kedai ini mempunyai dua cawangan. Waktu operasi adalah berlainan setiap cawangan.
Bayan Baru
Antara banyak-banyak kedai nasi kandar di Pulau Pinang, ini merupakan kedai nasi kandar kesukaan kami. Kenapa nasi kandar ini? Kenapa tidak ambil sahaja nasi kandar Line Clear, Nasi Kandar Deen ke?
Sebabnya kami sukakan suasananya. Kedainya lebih besar dan selesa. Servis pun cepat. InsyaAllah pergi bila-bila kedai sentiasa buka.
Tetapi Hari Raya tidak pernah cuba lagi. Paling dekatpun Hari Raya kedua, itu pun masih buka lagi. Memang terbaik! Jangan lupa ambil ‘sambalnya’ apabila makan di sini.
Dari segi makanan? Tidak perlu dinafikan. Memang sedap, lebih-lebih lagi dikenakan dengan serbuk kayu istimewanya. Harganya? Kami tidak mahu komen. Sama sahaja seperti kedai nasi kandar yang lain.
Jalan utama di Pekan Bayan Lepas
Ini kedai yang tidak berada dalam radar kebanyakkan orang melainkan anda bekerja atau tinggal di sekitar Bayan Lepas. Tetapi kami berani jamin, ianya akan membuat perut anda tertawan. Ianya pernah mendapat perhatian media tentang masakan yang disajikan.
Kalau mencari gulai atau kari mama yang lain, tempat ini patut anda lawati. Memang anda akan rasa lain dengan gulainya kalau dibandingkan dengan gulai atau kari mamak yang lain.
Selain itu, apa yang kami sukakan adalah dengan kesegaran ikannya, terutamanya ikan parinya yang digunakan untuk masak kari atau gulai.
Selain ikan, ayam gorengnya dan sotong masak sambal adalah kesukaan kami apabila berada di sini. Kedai yang wajib kami pergi apabila balik ke Pulau Pinang.
Anda akan lihat banyak bangsa Cina yang makan di sini pada waktu tengah hari. Kami percaya ianya boleh menjadi satu lagi sebab mengapa anda perlu makan di sini.
Tidak jauh dari Mydin,Chowrasta
Hoho, ini juga adalah kesukaan kami. Cucuk udangnya cukup ranggup. Tetapi paling utama keistimewaannya pada kuahnya yang cukup sedap. Kesedapan yang tidak boleh diceritakan. Cuma satu yang kami tidak suka, servisnya sedikit lambat. Kenalah tunggu kadang-kadang 20-30 minit lamanya .
Terfikir juga di dalam hati, pakcik ini tidak mahu besarkan kedainya ke? Hargnya pula murah sangat. RM2-3 sepinggan, mana lagi mahu dapat?
Selain itu, jangan lupa pesan sirap campur dan cendol apabila berada di kedai ini. Memang sedap dan perg!
164 Lebuh Campbell
Kalau anda penggemar nasi beriani versi mamak, ini antara kedai makan yang patut anda cuba. Kedai ini agak sukar dicari, tetapi tanya sahaja pada orang tempatan, pasti mereka tahu. Keistimewaannya terletak pada nasi berianinya dan murtabaknya. Kami sukakan murtabaknya. Memang sedap!
Nasi beriani adalah menu utama yang perlu anda pesan jika makan di sini.
Inilah senarai 8 tempat makan menarik di Pulau Pinang patut anda cuba. Anda bersetuju dengan kami?
Kredit gambar :Foursquare