Demam Korea telah bermula sejak rancangan tv realiti Running Man memasuki pasaran Malaysia.

Pengaruh program tersebut telah menghasilkan restoran – restoran makanan Korea yang sudah semakin mendapat tempat di hati para peminatnya.

Hidangan yang sering menjadi sebutan dan menjadi pilihan rakyat Malaysia sudah tentulah ayam goreng Kyochon.

Ayam Kyochon

Imej via wanderlustdj

Kalau nak tahu, Kyochon di Malaysia telah dibuka buat pertama kalinya di pusat membeli belah One Utama, Damansara iaitu pada Januari 2017.

Sekiranya anda ke Kyochon One Utama, pastikan anda mampu bersabar  beratur dan menunggu sekurang – kurangnya lima belas minit untuk menikmati hidangan ayam Kyochon ini.

Keistimewaan Ayam Kyochon

Hidangan ayam Kyochon akan digoreng panas sebaik sahaja pelanggan membuat pesanan demi menjaga kualiti hidangan yang dipesan.

Konsep makanan di Kyochon adalah mereka menjanjikan untuk tidak menghidangkan makanan [email protected]fast food, hanya menggunakan 100 peratus bahan – bahan asli dan hanya menggunakan ayam yang segar dan sihat sahaja.

Rasanya anda sudah boleh bayangkan tahap kualiti makanan yang dihidangkan di sini.

Ayam Kyochon

Imej via sayaiday

Pelbagai Perisa Ayam

Kyochon menyediakan empat jenis perisa yang boleh anda pilih untuk hidangan ayam.

Perisa yang boleh anda pilih adalah Soy Garlic, Red Pepper, Honey dan Salsal.

Hidangan ayamnya yang digoreng pula sangat rangup dan sangat sesuai dimakan bersama sos yang disediakan.

Ternyata kombinasi hidangan ini sangat sesuai kerana menghasilkan hidangan yang cukup memenuhi citarasa pelanggan.

Jadi, anda boleh memilih perisa ayam yang berkenan di hati, mengikut citarasa masing – masing.

Ayam Kyochon

Imej via sakthi-life

Perisa ayam sudah dipilih, saiz atau bahagian ayam juga boleh dipilih.

Nak bahagian kepak atau peha. Saiz regular, medium atau large pula boleh dipilih berdasarkan bilangan orang yang akan menikmati hidangan tersebut.

Sudah pasti, ianya bukan satu masalah buat Kyochon sekiranya anda ingin memesan saiz large dan dinikmati hanya untuk dua orang sahaja kerana pastinya keenakan ayam yang dihidangkan membuatkan anda tidak puas untuk berkongsi dengan lebih ramai lagi.

Anda juga boleh mencuba hidangan ayam yang dipotong sebanyak 25 keping dan dihidangkan dengan campuran 4 perisa ayam.

Hidangan begini membuatkan anda dapat menikmati keempat – empat jenis perisa ayam yang sememangnya mempunyai rasa yang tersendiri.

Salsal

Imej via facebook

Anda juga boleh mencuba Dakganjeong, iaitu ayam bahagian thigh yang dimasak dengan sweet honey dan juga spicy chilli.

Kombinasi perisa yang sememangnya membuka selera.

Kalau anda ingin nasi sebagai hidangan, boleh juga dicuba Kimchi Fried Rice yang agak berbeza.

Terdapat juga menu lain yang turut menjadi pilihan pelanggan yang dating sepert Dakgalbi, Bulgogi, Teobokki dan bermacam – macam lagi.

Minuman juga banyak jenis, terutamanya jus buah yang sememangnya segar.

Bagi yang inginkan kelainan, boleh juga dicuba Korean Tea yang begitu menyegarkan serta menyamankan.

Alamat : Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre, LG311, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Penulis: Harwati Rukari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.