Negeri Jelapang Padi ini sangat terkenal dengan sup utara dan masakan gulai. Di sebabkan Kedah juga berdekatan dengan Penang, jadi terdapat juga kedai-kedai yang menyediakan laksa utara.
Disebabkan Langkawi merupakan tempat pelancongan yang sering dikunjungi terutama pada musim cuti sekolah, maka kami sediakan banyak pilihan tempat makan yang best di sekitar Pulau Langkawi.
Terdapat juga beberapa kedai makan best di Jitra, Kulim, Sungai Petani dan Alor Star yang kami senaraikan. Jom kita tengok, tempat makan mana yang menepati selera dan menarik perhatian anda.
Tempat ini sering sesak dengan pelanggan. Ini kerana ia terkenal sebagai lokasi yang menarik untuk makan makanan laut. Harga yang dikenakan pula berpatutan dan dianggap murah oleh kebanyakan pelanggannya.
Namun, pelanggan sebenarnya lebih menyukainya kerana makanan yang dihidangkan lazat sampai ada yang sanggup datang berulang-kali. Hiasan kedainya amat ringkas tapi cukup selesa untuk menjamu selera. Sesuai jika anda datang dalam kumpulan. Antara menu yang mendapat pujian ialah Udang Kam Heong, Salted Egg Yolk Squid dan banyak lagi.
Alamat: 180, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (6pm – 11pm)
Suasana di sawah padi yang menjadi pemandangan restoran ini merupakan tarikan pertamanya. Ia juga sebab mengapa pelancong memilih untuk makan di sini di samping dapat merasai masakan Melayu atau tempatan. Keadaan di dalam restoran ini santai dan menenangkan, seperti berada di rumah.
Ramai pelanggan yang memujinya. Ikan sambal dan rendang daging adalah antara masakan yang disukai pelanggan. Bagi ramai pelanggannya, ini adalah restoran terbaik di Langkawi.
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 3pm, 6pm – 9pm)
Sabai Dee Café menghidangkan masakan Thai di restoran mereka. Jadi, ada Tom Yam, sotong kukus dengan jus limau, salad mangga dan banyak lagi masakan Thai dalam menu mereka.
Makan di sini membuatkan pelanggan rasa seperti sedang makan di taman. Pepohon hijau yang menjadi hiasan restoran bukan sahaja mendamaikan, tapi juga sangat sesuai untuk mereka yang mahu berehat. Lebih-lebih lagi jika anda makan di bahagian luar. Ditambah pula dengan sungai yang mengalir tenang.
Alamat: KM 19.5, Jalan Wang Tepus, 06000 Jitra
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (6pm – 12am), ditutup pada hari Isnin
Restoran Siti Fatimah terletak di Kampung Mata Air dan berhampiran dengan Tok Senik Resort. Restoran ini dikelilingi pepohon hijau, lantas menjadikannya kelihatan redup dan aman. Restoran Siti Fatimah sering dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara. Ini kerana ia terkenal dengan pelbagai masakan Melayunya.
Khabarnya ada kira-kira 70 jenis lauk-pauk di sini. Antara kesukaan pelanggan yang ke sini ialah aneka ikan bakar dan ayam goreng. Tarikan kepada pelanggan adalah harga makananannya yang murah selain sifat ramah kakitangannya.
Alamat: Batu 5 ¼, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan Mata Air, Ulu Melaka, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Khamis – Selasa (7am – 5pm), ditutup pada hari Rabu.
Banyak restoran makanan Timur Tengah di Malaysia dan ini adalah salah satunya. Seperti mana kebiasaannya, kuantiti makanannya banyak dan sedap, ruang restoran yang luas dan selesa, serta layanan mesra pekerja-pekerjanya. Antara pilihan pelanggan adalah Shawarma, Mandi, dan aneka roti.
Restoran Yasmin menerima kunjungan ramai pelancong asing dan mendapat komen yang bagus dari mereka. Namun, harganya boleh dikatakan agak mahal terutama kepada pelanggan tempatan. Mungkin kerana itulah ia terkenal di kalangan pelancong luar negara.
Alamat: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 12am)
Jika anda mahukan sesuatu yang baru seperti makan makanan Perancis, jom datang ke My French Factory. Makanannya sedap dan dihidang dengan menarik sekali. Anda mesti cuba waffle dan crepe kerana pelanggan suka memujinya. Pelayan pula amat mesra pelanggan.
Rata-rata pelanggan menyatakan keinginan untuk mengunjungi restoran ini sekali lagi apabila mereka kembali ke Langkawi. Walaupun begitu, saiz tempat ini tidak luas jadi datang dalam kumpulan besar mungkin bukan yang terbaik. Tapi, cubalah datang untuk melihat sendiri.
Alamat: Ground Floor of the Langgura Baron Resort, Jalan Pantai Cenang, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 11pm), ditutup pada hari Jumaat
Ini semestinya pilhan pelanggan tempatan. Ia mungkin menghidangkan menu biasa-biasa tetapi amat dekat dengan citarasa orang kita. Banyak pilihan lauk-pauk kampung yang sedap untuk dipilih.
Harganya pula amat berpatutan. Kerana itulah ia diserbu pelanggan terutama pada waktu tengah hari. Antara pilihan pelanggan ialah ikan bakar. Ikan BBQ juga antara yang menjadi kegemaran.
Alamat: 111, Persiaran Mutiara 2, Kuah, 07000 Langkawi
Bagi yang ingin makan atau cuba makan makanan Jepun, jom singgah di Kaede Japanese Restaurant. Menu di sini pelbagai dan sedap-sedap pula. Bagi sesetengah pelanggan, mereka menyukainya kerana ia restoran masakan Jepun yang ringkas dengan harga yang berpatutan.
Tempatnya yang selesa menjadi pilihan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka makan di sini. Berbaloi untuk cuba makan di sini. Jika anda tak tahu nak makan apa, minta pelayan cadangkan untuk anda.
Alamat: 919, Jalan Sultan Badlishah, Alor Malai, 05000 Alor Setar
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (1145am – 330pm, 545pm – 940pm), ditutup pada hari Isnin.
Sebagaimana namanya, restoran ini menyediakan hidangan laut gaya masakan Cina. Tapi, jangan risau sebab ia halal dan anda akan mendapati ramai pelanggan muslim makan di sini.
Kuah Town Seafood cemerlang dari segi mutu masakan, harga, kebersihan, keselesaan dan layanan mesra pekerja-pekerjanya. Pemiliknya iaitu seorang wanita turut dipuji pelanggan kerana kemesraannya. Restoran ini amat sesuai bagi mereka yang datang berkumpulan atau bersama-sama keluarga dan anak-anak.
Alamat: 33, Persiaran Dayang, Kuah, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 3pm, 6pm – 11pm)
Ia terletak 1km dari Gunung Jerai. Restoran ini terkenal dengan hidangan masakan Melayu utara. Lauk-pauknya ringkas, termasuk ulam-ulaman dan daging salai brsama-sama air asam, namun amat disukai sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Malah, ikan bawal gorengnya juga menjadi kesukaan pelanggan.
Harga makanan di sini boleh dikatakan murah. Menurut ramai pelanggan, ini adalah antara restoran terbaik mereka pernah kunjungi. Lebih-lebih lagi apabila pelanggan boleh makan sambil duduk bersila di lantai.
Alamat: Depan Simpang 3, Guar Nenas, 08300 Gurun
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (830am – 530pm), ditutup pada hari Jumaat
Namanya cukup unik. Suasana kampung dan seperti di rumah pula amat santai dan menenangkan untuk mereka yang mahu menjamu selera. Selain tempat duduk di dalam premis, mereka juga turut menyediakan meja di luar agar pelanggan boleh makan berbumbungkan langit.
Makanan yang disediakan adalah masakan tempatan dan Barat yang juga turut dipersembahkan dengan cantik. Mereka yang suka mengambil gambar makanan untuk Instagram mereka pasti akan menyukainya.
Alamat: Lorong Laksamana, Kampung Pas Tumpang, 09000 Kulim
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (12pm – 3pm, 5pm – 10pm), ditutup pada hari Isnin
BBQ Sticky Lamb Rib, Korean Spicy Lamb Rib, dan Bombay Chicken Chop adalah sebahagian menu yang anda boleh dapati di Overstepped Café. Makanannya sedap dan mengambil masa yang tidak lama untuk dapat pesanan kita. Harganya boleh tahan tapi anda boleh dapat potongan harga jika mendaftar sebagai ahli.
Namun begitu, pelanggan rata-rata menyatakan yang harganya berbaloi dengan kelazatan makanan yang dipesan, suasana, dan layanan mesra yang diberikan.
Alamat: C97 & 98, Tingkat 1, Jalan Indah 2, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (12pm – 12am)
Makan nasi dagang dalam ketenangan suasana seperti di kampung halaman dengan pemandangan sawah padi menghijau terbentang luas. Masakannya sedap dengan hanya bahan-bahan yang segar digunakan bagi menjaga kualitinya.
Pilih sahaja mana-mana di antara daging, ayam dan ikan untuk dijadikan lauk nasi dagang. Semuanya sedap. Harganya boleh dikatakan agak tinggi tetapi semua itu tidak menjauhkan pelanggan daripada mengunjunginya untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8am – 2pm)
Jika anda peminat kari, anda pasti teruja apabila mengetahui tentang tempat ini. Sudah tentulah kari kepala ikan menjadi antara hidangan kari yang menjadi pilihan pelanggan. Ditambah pula dengan hidangan sampingan lain seperti sayur-sayuran, cukup melengkapi hidangan anda.
Ruang restoran pula luas dengan hiasan ringkas yang menarik dan selesa. Tak perlu cakap banyak. Anda mesti datang ke sini sendiri untuk mencuba dan memastikan jika kari mereka betul-betul menepati citarasa anda!
Alamat: 8A, Jalan Lumpur off Jalan Putra (Off Jalan Putra) 05100 Alor Setar
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 3pm)
Siapa sangka ada restoran masakan Jerman di Malaysia dan ia terletak di Langkawi! Ramai pengunjung berpuas hati dengan masakan mereka. Malah ada yang mengatakan ia lebih sedap daripada masakan asli dari Jerman yang mereka pernah rasa. Ini mungkin kerana chef mereka yang memang berasal dari Jerman.
Harga makanan pula amat berpatutan selain suasana dan lokasi sangat memuaskan. Apa dalam menu mereka? Bayangkan makanan barat dan selebihnya adalah untuk anda terokai sendiri di sana.
Alamat: Oriental Village, Cable Car, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 8pm)
Ia terletak di tepi laut. Jadi, pemandangannya indah terutama ketika waktu senja. Tambahan pula ia dibuka lewat petang sehingga tengah malam. Jadi, ramai yang datang makan sambil melihat matahari terbenam walaupun hiasan kedai ini ringkas sahaja.
Banyak pilihan hidangan makanan laut dengan gaya tempatan ada di sini. Masakannya sedap dan harganya murah. Itulah sebab mengapa ramai yang suka makan di Tanjung Tirai View Café. Jika keliru hendak makan apa, pelayan mereka boleh mengesyorkan hidangan terbaik untuk anda.
Alamat: GF11 & GF12, Kompleks Jeti Pelancongan Kuah, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 12am)
Nasi Lemak Haji Ali sudah beroperasi kira-kira 50 tahun lamanya. Jadi, ia sudah memiliki reputasi yang bagus, sekurang-kurangnya di kalangan penduduk Kedah.
Lauk yang paling terkenal untuk nasi lemaknya adalah ayam goreng. Mereka juga ada menyediakan beberapa jenis kuah untuk digandingkan dengan nasi lemak seperti kari dan kurma. Bersedia untuk beratur pada waktu puncak. Terpaksa menunggu tapi tetap berbaloi.
Alamat: Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05050 Alor Setar
Waktu Operasi: Setiap hari (430pm – 230am)
Kecil dan ringkas. Gerai makan ini hanya dibuka bermula waktu bersarapan sehingga makan tengah hari. Sarapan mereka pula bukan setakat nasi lemak dan roti jala, tapi ada pilihan menu lain yang menarik. Oletto, contohnya, adalah hidangan yang sering mendapat pujian pelanggan.
Oletto mengandungi sosej, keju dan telur yang dibalut dengan roti jala. Selain itu, mereka juga ada roti bakar bersama-sama telur, roti jala dengan sardine, hot dog bersos cili, barbeku, dan mayonnaise. Sebenarnya ada banyak lagi hidangan tapi anda perlu datang dan mencubanya sendiri.
Alamat: No.24, Batu 3, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar
Waktu Operasi: Setiap hari (730am – 1230pm)
Ia terkenal dengan masakan barat. Uniknya, ia dihidangkan dalam talam. Harganya pula boleh dikatakan murah. Jadi, ramai yang datang ke sini bersama-sama dengan ahli keluarga mereka.
Malah, D’ Madinah Corner turut menyediakan set untuk keluarga yang cukup untuk dimakan oleh 4 hingga 5 orang. Restoran ini bersih dan kemas selain mempunyai pekerja-pekerja yang mesra. Pendek kata, makan di sini menyenangkan hati.
Alamat: No.27, Taman Temusu, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (5pm – 12am)
Peminat laksa, jom makan laksa di Laksa Penarak. Menurut beberapa pelanggan mereka, ini adalah tempat yang menyediakan laksa terbaik di Langkawi. Suasana di sini amat santai dan bersih. Ia menarik pelanggan dari pelbagai tempat dan latar belakang.
Kalau laksa bukan pilihan, mereka turut menyediakan hidangan tempatan yang lain seperti kuey tiaw Thai. Harga makanan di sini pula murah-murah. Jadi, tidak mustahillah ramai yang datang ke sini.
Alamat: No.24, Gerai Majlis Perbandaran Tasik Teluk Kedah, Jetty Point, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Khamis – Selasa (1230pm – 11pm)
Anda suka kedai makan yang mana? Atau anda ada cadangan tambahan lain? Jangan lupa untuk memberi cadangan tempat makan best di Kedah yang lain untuk kami masukkan dalam senarai ini.
Oh, yang penting jangan lupa share artikel ini ya.
Selain tempat makan best di Kedah, kami juga mempunyai artikel tempat makan menarik yang lain untuk anda baca.