Mencari tempat makan di Pulau Langkawi bukanlah sesuatu yang sukar.  Di mana-mana sahaja anda pergi pasti ada kedai makan dan tempat makan yang menarik. Namun tidak semua kedai makan menyediakan nasi campur. Selera orang Malaysia pasti mencari nasi campur. Jika korang sampai pulau lagenda Pulau Langkawi ketika waktu tengahari, Restoran Kak Ani Langkawi mesti ada dalam jadual. Menikmati hidangan nasi campur ala kampung, restoran ini menyajikan pelbagai pilihan lauk untuk dipilih.

Restoran Kak Ani Langkawi

Lokasi yang amat strategik, terletak di tepi jalan amat mudah untuk sampai ke sini. Cari sahaja stesen minyak PETRONAS Klibang, pasti akan nampak kedai makan di seberang jalan.

Terdapat pelbagai jenis lauk pauk yang dijual disini. Paling best makanan yang turut dilengkapi disini pada setiap hari adalah ulam-ulaman dan sambal belacan.

Pelbagai Lauk di Restoran Kak Ani Langkawi

Pelbagai jenis lauk pauk dapat anda nikmati seperti ayam, ikan, makanan laut dan lain-lain lagi. Lauk ala-ala masakan kampung seperti ulam ulaman, ikan masin dan sambal belacan ada dihidangkan di sini.

Restoran Kak Ani Langkawi

Melangkah masuk ke sini, mata pasti terpandang dengan deretan lauk-pauk yang pasti membuatkan perut terus rasa lapar. Lagi pula yang baru sampai dari tanah besar dengan feri. Terus nak makan.

Restoran Kak Ani Langkawi bukan sahaja restoran nasi campur biasa-biasa. Tetapi ada juga ikan bakar dan makanan laut bakar yang lain. Terdapat pelbagai jenis ikan bakar dan ikan goreng seperti ikan cencaru, ikan bawal, ikan tenggiri, ikan pari dan lain-lain lagi. Tidak lupa juga sotong, ketam dan udang.

Ada banyak lagi lauk yang disediakan di restoran ini pada setiap hari. Anda boleh memilih apa sahaja yang anda suka kerana harga semua lauk di sini amat murah. Pasti ianya sangat sedap jika dimakan dengan nasi putih yang panas.

Restoran Kak Ani Langkawi

Harga yang berpatutan pasti akan ada yang ke sini lagi. Ramai lagi yang masih bingung dan tercari-cari akan nasi putih lauk campur yang paling sedap dan paling murah di Pulau Langkawi. Jom singgah Restoran Kak Ani.

Restoran Kak Ani

1, Jalan Padang Matsirat, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.