Hari ini kami ingin kongsikan 2 senarai nasi ayam paling sedap yang pernah kami makan. Mungkin anda mempunyai kedai nasi ayam yang paling sedap yang lain. Ataupun mungkin pilihan kita sama. Mana tahu bukan. Jadi hari ini kami kongsikan senarai kami. Semoga pilihan hati kita sama. Barulah orang kata sehati dan seperut. 😛
Nasi Ayam Semenyih
Dewan SJK (C) Kg Baru Semenyih,Semenyih
Kedai ini terletak di Semenyih, Selangor. Kalau anda ke Brogra, bolehlah singgah di kedai ini selepas panjat Bukit Brogra. Dengan ini, kalori anda akan kembali seperti biasa. Pertambahan lemak juga mungkin berlaku. 🙂
Sedapnya Nasi Ayam Semenyih ini adalah pada nasi dan ayamnya. Ayam dan nasinya memang lain orang cakap. Kuahnya memang sedap dan kami suka!
Nasi Ayam Misai
Ground Floor, Kompleks Bukit Jambul (Jalan Rumbia), Bayan Lepas, Pulau Pinang 11900
Kedai ini pula mempunyai beberapa cawangan di Pulau Pinang. Jadi , anda boleh pilih sahaja kedai nasi ayam cawangan mana untuk dilawati. Biasanya kami akan ke Food Court Pasar Bayan Baru ataupun ke cawangan yang terletak di Kompleks Bukit Jambul.
Keistimewaannya terletak pada kuah kicap dan sos cilinya. Memang ala-ala rasa sos cili Ayam Mas. Kami sukakan sos kicapnya. Terasa sos tiramnya.
Anda bagaimana? Ada cadangan untuk kedai makan nasi ayam yang paling sedap?