,

3 Resepi Kek Lapis Cheese, Red Velvet, Que Puteh Patut Cuba

kek lapis cheese

Di sini kami kongsikan 3 resepi kek lapis yang diperolehi daripada Facebook Elizabeth Bilong. Resepi ini boeh dikatakan viral dan mendapat pujian ramai di dalam group-group masakan.

Resepi yang dimasukkan adalah resepi kek lapis cheese, resepi kek lapis Red Velvet dan akhir sekali resepi kek lapis Que Puteh.

 

Kek Lapis Cheese Coklat Chip

kek lapis cheese

 

Bahan-bahan

  • 500gm butter
  • 10 biji telur gred A
  • 350gm tepung pau@tepung superfine
  • 200gm gula halus
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 paket santan serbuk
  • 60gm susu tepung
  • 250gm cream cheese
  • 1 sudu teh essen vanila
  • Sedikit perisa cheese
  • Perwarna putih (x letak)
  • Ovallate
  • Coklat chip secukupnya

Cara-Cara

Pukul butter, gula dan ovallate sampai berwarna putih.kemudian pukul telur satu persatu. Pukul lagi sehingga sebati
Masukkan susu, serbuk santan, essen vanila dan kacau sebati.

Masukkan cheese. Pukul skejap shingga cheese tidak berketul. Masukkan tepung.

Kemudian bolehlah bakar. Lapisan pertama guna api atas bawah. Lapisan seterusnya guna api atas sahaja. Setiap lapisan tabur coklat chip. Suhu ikut kepanasan oven masing-masing.

 

Resepi Kek Lapis Red Velvet

kek lapis red velvet

Resepi asal adalah Sury Abil boleh melawat di sini. http://syapex blogspot com

Bahan-bahan

  • Adunan merah
    -250 gram mentega (saya pakai Anchor)
    -5 biji telur ay am gred A
    -235 gram tepung gandum – diayak bersama serbuk koko
    -2-3 sudu makan serbuk koko
    -175 gram gula kastor
    -150 gram susu pekat manis
    -1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g) ( aku letak yg plain )
    -1 sudu teh ovallette
    -pewarna merah (aku letak 1 1/2 sudu besar )
  • Adunan Cheese
    -500 gram cream cheese
    -3 biji telur ayam gred A
    -120 gram gula kastor
    -sedikit esen vanila

Cara-cara

1.Adunan Merah:

Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang.

Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan.

Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.

2.Adunan Cheese:

Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.

3.Panaskan oven 170-1 90’C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper.

Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat.

Bila dah nampak kering dan masak bolehlah sudukan satu lagi lapisan, sebany ak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis cheese.

 

Kek Lapis Que Puteh

Kek Lapis Que Puteh

Resepi asal oleh Nur Lokman

Peralatan

  • Loyang 7×7, 8×8(gandakan adunan)

Bahan-bahan

  • 250gm mentega
  • 1/2cwn gula halus
  • 5biji telur gred A
  • 1/2 cwn Horlick
  • 1cwn tepung gandum
  • 1sudu teh esen vanila
  • 1/2cwn susu pekat
  • 50gm tepung ice cream atau
  • Ice cream vanila yg di cairkan ( jgn cair sangat)
  • Pewarna merah Dan pink
  • Strawberry jem atau paste

Cara- cara

Pukul mentega Dan gula hingga kembang.

Masukan telur satu persatu

Masukan susu, esen vanila

Akhir sekali sasukan tepung gandum dan horlick

Bahagi kepada 2.

1 warna pink di campur serbuk ice cream @ ice cream Perisa vanila

1 warna merah di campur strawberry jem atau Strawberi paste

Bahan cream cheese

  • 250gm cream cheese
  • 60gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan air masak
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara-cara

Pukul cream cheese, dan bahan lain kecuali telur. Pukul sampai sebati baru letak telur. Pukul sebati.

Bakar cream cheese dulu sampai habis. Pastu warna pink dan merah.Atau ikut mana suka.

 

Resepi Menarik Lain Yang Viral & Perkongsian Ramai

Resepi Ayam Bakar

Resepi Dimsum Mudan

Resepi Donut Gebu

Resepi Kek Batik

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

Resepi Donut Gebu

Tips dan Resepi Donut Gebu Yang Boleh Dicuba Petang Ini

Resepi Serabai

Resepi Serabai Kuah Durian Yang Mengliurkan