Mahukan resepi kek batik yang menjilat jari?

Kek batik adalah antara resepi yang mudah untuk dibuat.Ianya tidak menggunakan peralatan yang canggih.Hanya beberapa bahan sahaja yang digunakan. Cara membuat juga tidak sukar.

Betul, ianya hanay memerlukan langkah mudah.
 

kek batik
Imej via Facebook

Tetapi masalahnya di sini adalah menghasilkan resepi kek batik yang sedap. Di sini kami kongsikan resepi kek batik cheese yang menjadi viral dan patut anda cuba. Kredit resepi kepada Puan Haya Habibah.

 

Langkah-Langkah  Kek Batik

Bahan-Bahan Resepi Kek Batik

  • 2 cup metrik milo atau satu paket kecil milo 200g
  • 1/2 cup susu pekat manis
  • 250g butter
  • 3 biji telur
  • 400g roti/biskut marie/koi belibo
  • Esen vanila

Cara-caranya

Telur di kocok dengan vanilla dulu.

Cairkan butter dlm kuali (api sederhana ok), tuang milo dan susu manis, tuang telur yang sudah di kocok tadi. Gaul hingga pekat baru di masukkan roti marie, gaul lagi. Siap. Tutup api.

Acuan di lapikkan dengan aluminium foil. Kemudian tuangkan adunan tadi dalam loyang dan tekankan.

 

Langkah-Langkah Resepi Cheese

Bahan-Bahan

  • 250g cream cheese
  • 1/4 cup gula halus
  • 1 biji telur

Cara penyediaan

Mixer bahan cheese sebati

Tuang atas kek tadi dan bakar sekejap dlm oven, 160c, 5 mins guna api atas saja.Siap.

Simpan dalam peti sejuk. Buat malam pagi boleh potong dan makan.

 

Selamat mencuba!

 

Resepi Menarik Lain Yang Viral & Perkongsian Ramai

Anda suka resepi yang telah dikongsikan di atas? Pastikan anda tidak lupa untuk mencuba resepi kuih lapis cheese ini nanti. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah ini.Mana tahu anda ada tips lain yang menarik.

Resepi Ayam Golek

Resepi Donut Gebu

Resepi Kuih Sagu Gula Melaka

Penulis: Awal Faiz

Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

〰〰

Langgan Info Kami

Berkaitan

〰〰
.