Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay, Melaka

Jom kali ini kami bawakan medan ikan bakar lain selain medan Ikan Bakar Umbai ataupun Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Medan ikan bakar yang dimaksudkan adalah Medan Ikan Bakar Crystal Bay.

Medan ikan bakar ini juga sering menjadi tumpuan ramai.Dikenali sebagai Ikan Bakar Alai ataupun Ikan Bakar Crystal Bay. Ianya terletak di Crystal Bay, Alai, Melaka.Terdapat pelbagai menu yang boleh anda makan di sini berkaitan makanan laut. Menu di sini adalah yang dicadangkan adalah sotong goreng tepung, sup ketam dan kelah masak masam manis sesuai dengan citarasa kami.

Pelbagai gerai di sini yang menjadi pilihan yang boleh anda cuba.Harga juga dikatakan sangat berpatutan sesuai dengan menu yang dihidangkan. Tetapi yang mendapat perhatian ramai dan sangat disyorkan adalah Ikan Bakar Haji Musa.

 

Ikan Bakar Haji Musa Crystal Bay

Ikan Bakar Haji Musa Crystal Bay

Ikan Bakar Haji Musa Crystal Bay
Imej:Foursquare

Perlu berhati-hati apabila ingin datang sini buat pertama kali. Medan Ikan Bakar ini terletak dalam kawasan perumahan. Maksu anda ada kemungkinan untuk terlepas simpang nak masuk.

Pelabagi jenis masakan anda boleh pesan di gerai ini. Tidak kisahlah apa, semuanya sedap sahaja. Pesanlah apa sahaja untuk di masak, memang sedap.

Tidak kisahlah sama ada ikan pari buat masak sambal, lala masak sambal, ikan siakap separuh masak 3 rasa dan sayur kangkung, semuanya memang sedap dan sangat berpuas hati.

Sambal kicapnya dikatakan sedap dan mendapat pujian ramai. Jadi, jangan lupa untuk makan bersama dengan ikan bakar apabila anda berada di sini. Fuh memang terangkat.Ada yang mengatakan bahawa tempat makan ini adalah yang sedap dan murah di Melaka.

Anda pernah makan di sini? Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Pendapat Anda?

Penaja

Add Comment