Tatkala mendengar nama ini sudah pasti agak pelik kedengaran. Apakah menu sebenar nasi gunting ini ?

Nasi Gunting

Imej via facebook

Menjelajah ke utara, anda akan disajikan dengan nasi kandar, jika ke Bandar Ipoh pula, Nasi Ganja menjadi pilihan.

Namun, jika ke Melaka buka sahaja asam pedas yang sering dicari, namun Nasi Gunting Haji Awal juga memikat hati.

Asal Usul Nasi Gunting

Nasi Gunting sebenarnya berasa dari Negara jiran iaitu Indonesia.

Menu ini bukanlah nasi putih yang digunting, tetapi lauk pauknya yang digunting sebelum disajikan kepada para pelanggan.

Nasi Gunting

Imej via facebook

Lauk pauk ini dimasak bersama rempah ratus yang dibawa khas dari Negara seberang.

Resepinya merupakan resepi rahsia turun temurun yang berasal dari bapa pemilik warung ini iaitu Haji Juki.

Oleh sebab itu, masakan yang dihasilkan sukar mendapat persamaan dengan masakan lain di Melaka. Begitulah uniknya masakan ini.

Bahan utama dalam menghasilkan lauk pauk ini adalah organ dalaman lembu seperti limpa, paru, usus dan perut kitab serta daging lembu.

Rempah ratus yang diperap bersama bahan – bahan utama itu tadi menghasilkan satu hidangan yang begitu unik dan berbeza dengan lauk pauk lain.

Nasi Gunting

Imej via facebook

Aroma yang lazat dari masakan ini benar – benar membuatkan anda terasa lapar tatkala tiba di sini.

Kuah gulainya yang lemak berempah ternyata begitu menyelerakan. Ia bukanlah seperti hidangan kari yang dihidangkan di restoran – restoran mamak.

Ternyata hidangannya mempunyai rasa yang begitu berbeza kerana rempah ratusnya yang mempunyai rahsia yang tersendiri.

Nasi Gunting ini jika diperhatikan, ia seakan – akan seperti nasi kandar.

Nasi yang dibanjiri dengan kuah, lauk pauk daging dan perut lembu yang digunting kecil serta disajikan bersama sepotong telur masin, ulam timun dan cili hijau.

Lokasi di mana ?

Lokasi Nasi Gunting Haji Awal ini dahulunya terletak tingkat atas Pasar Besar Melaka.

Namun, oleh kerana bangunan tersebut telah mengalami struktur bangunan, ia kemudiannya berpindah ke khemah luar bangunan Pasar Besar Melaka.

Waktu operasi warung ini adalah mulai jam 8.30 pagi setiap hari sehingga nasi habis dijual.

Jika anda ingin mencubanya, silalah datang awal ke warung ini kerana ramai pelanggan setiap hari.

Menjelang hujung minggu ataupun cuti umum, warung ini sering mendapat perhatian ramai pelanggan tempatan dan juga pelanggan luar.

Nasi Gunting

Imej via facebook

Adakalanya, pada jam 9.30 pagi lagi nasi gunting ini telah habis dijual terutamanya di hari cuti.

Bagi mengelakkan kekecewaan ini, anda dinasihatkan untuk datang awal bagi mendapatkan nasi gunting ini.

Kebiasaannya, Nasi Gunting ini telah habis sebelum waktu makan tengahari lagi kerana telah mempunyai pelanggan tetap yang sering mendapatkan hidangan ini sejak awal pagi lagi.

Harga makanan di sini sangatlah berpatutan dan berbaloi dengan rasa keenakan nasi yang dijual.

Alamat : Kompleks Pasar Besar ( Malacca Wet Market ), Taman Melaka City Square, 75400, Melaka

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.