6 Kedai Makan Kelantan “Meleleh” Sedap

Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan budaya dan tradisi, tidak kurang juga dengan gadis-gadisnya yang comel serta wanitanya yang rajin bekerja. Selain terkenal dengan pasukan Red Warriornya, negeri Pantai Timur ini juga terkenal dengan makanan unik yang berasal dari sini tetapi kini sudah bertaburan di seluruh negara.

Namun pastinya keasliannya masih berada di bumi Kelantan itu sendiri.  Mungkin kita pernah mendengar kuih tahi itik, akok, cek mek molek dan sebagainya. Semuanya ini berasal dari Kelantan. Begitu juga nasi kerabu dan juga nasi air.Boleh dikatakan makanan di Kelantan kebanyakkan sedap dan menarik untuk dicuba.

Senarai ini tidak hanya memberi perhatian kepada makanan tradisi Kelantan, tetapi sekadar memberikan gambaran tempat makan terbaik yang mungkin melibatkan makanan lain yang ‘outstanding’ di Kelantan. Seperti biasa, susunan ini adalah tidak mengikut “ranking”. Semoga 6 pilihan kedai makan sedap di Kelantan ini menarik minat anda. 🙂

 

6 Kedai Makan Sedap Kelantan

 

#1 Alemy Meggi Ketam

Bangunan MDPP, Jalan Pasir Puteh, Cherang Ruku, Pasir Puteh

Alemy Meggi Ketam merupakan salah satu menu paling hangat di Kelantan masa kini. Ianya menjadi buruan pelancong tempatan yang bercuti ke Kelantan. Malahan terdapat beberapa restoran yang menghidangkan megi ketam ini untuk santapan pelanggan.

Namun antara yang paling menyerlah adalah Alemy Meggi Ketam yang terletak di Cherang Ruku. Ada yang menggelarnya megi ketam Cherang Ruku. Megi ketam di sini dimasak menggunakan ketam nipah segar. Ianya kemudian dihidangkan di dalam periuk tanah untuk menaikkan aroma serta mengekalkan suhu megi yang amat sedap dimakan ketika panas.

 Alemy Meggi Ketam

Alemy Meggi Ketam

Setiap hidangan menggunakan dua ekor ketam nipah yang bermula daripada saiz yang kecil sehinggalah kepada saiz yang besar. Harganya tertakluk kepada saiz ketam yang digunakan dan juga harga pasaran ketam semasa. Biasanya harga setiap hidangan bermula daripada RM20 sehinggalah kepada RM50.

 Melihat Alemy Meggi Ketam yang mendidih dihadapan kita dengan dua ekor ketam bertakup di atasnya dengan wap serta aroma yang menyelerakan, periuk tanah itu boleh dikososngkan dalam masa yang amat singkat.

 

#2 Kedarotippaye ( Kedai Roti Tempayan )

Sebelah Stesen Minyak Caltex, Guchil 2, 18020 Kuala Krai

Kedai ini lebih merupakan sebuah warung, akan tetapi kualiti makanan yang disajikan boleh dianggap bertaraf restoran. Terletak berhampiran simpang tiga Guchil-Kuala Krai, warung ini menyajikan roti tempayan yang asli yang dianggap terbaik di Kelantan.

Rotinya diadun dengan resipi tradisi dan di bakar di dalam tempayan dengan arang menjadikan aroma serta kelembutan aslinya amat mudah memerangkap selera sesiapa yang mencubanya. Tidak kurang juga dengan pencicahnya yang terdiri daripada pelbagai jenis kari atau gulai bercirikan Kelantan yang amat pekat dan berperisa.

Kedai Roti Tempayan

Kari daging mahupun ayam selain ikan adalah kuah yang sering menjadi pilihan pelanggan selain daripada kari kambing yang dianggap amat memenuhi selera pengunjung di sini. Tetapi satu kuah yang begitu istimewa adalah kari kepala ikan yang sangat sedap.

Selain roti tempayan, terdapat juga makanan ala mamak yang lain seperti roti canai, murtabak dan sebagainya. Harganya juga amat berpatutan.

 

#3 Kopitiam Kita

4357-A, Taman Desa Jaya,  Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu

Kopitiam Kita adalah sebuah kafe untuk sarapan yang paling popular di Kota Bharu atas alasan kunjungan yang berterusan daripada masyarakat setempat mahupun pengunjung dari luar. Malahan lebih membanggakan adalah kunjungan daripada selebriti dan juga pemimpin-pemimpin politik yang sering menjamu selera di kafe ini.

Kopitiam Kita

Kopitiam Kita

Untuk berlaku adil, makanannya juga amat unik dan memikat yang terdiri daripada himpunan nasi dan juga kuih muih dari seluruh pelusuk Kelantan. Daripada Nasi Kak Wok, Nasi Air Dingin sehinggalah kepada Nasi Tumpang Kubang Pasu, semuanya boleh didapati di kafe ini. Menjadikan ianya merupakan “one stop center” kepada makanan Kelantan.

Tidak dilupakan adalah Roti Titab yang dianggap menu ‘signature’ kafe Kopitiam Kita ini. Dengan telur separuh masak yang tertancap diatas roti bakar, dengan mudah selera kita tercuit. Tak kurang juga nasi kerabu dan kuih muih serta manisan yang sesuai untuk minum pagi. Minumannya juga boleh dianggap amat baik dan harga seta servisnya amat baik dan professional.Memang terbaik kedai Kopitiam Kita.

 

#4 Nasi Kak Wook

Jalan Masji Lundang, Kota Bahru

Tidak banyak yang perlu dikatakan berkenaan nasi Kak Wook yang amat popular di Kota Bharu. Kedai ini telah diusahakan turun temurun sejak bertahun yang lampau. Setiap warga Kota Bharu pasti tahu dan pernah merasai keenakan Nasi Kak Wook.

Menunya amat mudah dengan nasi berlauk ayam goreng berempah dan juga gulai ayam. Apa yang menjadikannya amat istimewa adalah rasa rempah ayam gorengnya yang begitu unik dan tidak akan didapati di tempat lain.

 Nasi Kak Wook Lundang

Nasi Kak Wook Lundang

Begitu juga rasa gulai ayamnya yang begitu baik dan melekat. Tidak hairanlah jika sehingga kini nasi Kak Wook ini telahpun memiliki cawangan samada yang memang dibuka oleh waris ataupun sekadar pada nama.

 

#5 Restoran Nasi Kerabu Golok

Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu

Kelantan dan nasi kerabu tidak akan boleh dipisahkan sampai bila-bila. Malah anak-anak Kelantan akan terus mencari nasi kerabu walau ke mana pun mereka merantau. Jadi tidak hairanlah jika nasi kerabu boleh didapati di mana-mana saja di Malaysia.

Di Kelantan sendiri, antara restoran nasi kerabu yang dikatakan terbaik adalah Restoran Nasi Kerabu Golok yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra. Dengan nasi berwarna biru, anda boleh memilih pelbagai jenis lauk pauk untuk dipadankan dengan ulam-ulaman dan juga budu dan pelbagai perencah lain. Terdapat ikan bakar, daging salai, telur masin, daging goreng, cili solok serta bermacam-macam lagi lauk asas nasi kerabu. Ramai yang tidak ragu-ragu mengatakan di sinilah nasi kerabu terbaik yang pernah mereka jamah.

Untuk berlaku adil, dikatakan kekuatan sebenar nasi kerabu Golok ini adalah daging salai serta ayam bakarnya yang amat sedap. Ditambah pula dengan ulam-ulaman yang segar serta budu yang juga segar. Tidak boleh dilupa juga adalah tomyamnya yang dikatakan amat sedap dan terasa.

Nasi Kerabu Golok

Nasi Kerabu Golok

Sedikit kontra untuk makanan di sini adalah ‘portion’ ayamnya yang kecil dan juga servis yang dikatakan sedikit lambat. Juga sistem kiraan yang masih ditakuk lama. Apapun semua itu langsung tidak menggugat keenakan nasi kerabu di sini. Cubalah makan di Restoran Nasi Kerabu Golok ini!

 

 

#6 Yati Ayam Percik

847 Jalan Long Yunus (Jalan Pekeliling), Kota Bharu

Selain nasi kerabu, Kelantan turut terkenal dengan makanan percik yang amat popular. Tambahan pula dimakan dengan nasi kerabu. Tidak hairanlah jika Restoran Yati Ayam Percik ini amat popular dan mendapat perhatian ramai.

Keistimewaan restoran ini adalah ayam, daging serta ikannya dipanggang di atas arang kayu yang menghasilkan aroma serta rasa yang berbeza. Pastinya rasa yang unik ini turut disumbang oleh adunan rempah ratus yang unik serta rahsia.

Begitu juga sos perciknya yang dikatakan lemak berkrim dan digemari oleh penduduk setempat mahupun pengunjung dari luar.

Roti Ayam Percik

Roti Ayam Percik

Ayam percik ini pula dihidangkan bersama nasi kerabu yang asas. Membayangkannya saja sudah cukup menyelerakan terutama bagi penggemar nasi kerabu.

Selain ayam percik, terdapat juga pelbagai masakan lain seperti sup tulang, ayam kampung, burung puyuh, ikan cencaru bakar, daging bakar, gulai kawah, gulai serati dan pelbagai jenis kuih muih Kelantan yang pelbagai.

 Restoran ini sentiasa sesak dengan pelanggan yang berkunjung terutama pada musim cuti sekolah. Malah kini restoran ini sudah memiliki cawangan di luar Kelantan seperti di USJ dan juga Bangi.

 

……………………………………………………………..

 

Anda sukakan kedai makan Kelantan yang dipilih oleh kami? Restoran atau kedai makanan yang mana menjadi pilihan kalbu anda? Oh, jangan lupa untuk like atau share jika restoran atau kedai makan yang dikongsi menarik. 🙂

 

Gambar

 
 

Artikel Menarik Lain

Pendapat Anda?

Add Comment