Jika anda singgah di Warung Pokdi Kelate, pasti akan terubat rindu anda pada makanan Pantai Timur walaupun anda berada jauh di Sabah.

Ini merupakan antara punca utama ianya begitu terkenal sekitar sini. Restoran ini tak putus-putus menerima kunjungan pelanggan, malah ada pelancong luar yang turut singgah di sini.

Wah, nampaknya bukan calang-calang restoran! Tertanya-tanya apa hidangan Kelantan yang anda boleh cuba di Warung Pokdi Kelate? Teruskan membaca ya!

Nasi Kerabu Seenak Nasi Kerabu di Kelantan

Walaupun nasi kerabu merupakan hidangan Kelantan, tak banyak restoran di luar negeri Kelantan yang mampu menyediakan nasi kerabu seasli dan seenak nasi kerabu di Kelantan.

nasi kerabu @ warung pokdi kelate

Imej via Foursquare

Namun, perkara tersebut tidak akan anda hadapi jika anda singgah di restoran ini. Hal ini kerana nasi kerabu di sini memang sedap dan asli resepinya!

Ada beberapa lauk yang boleh dipilih – ayam, ketam, daging dan ikan. Pilih sahaja lauk mana yang anda berkenan. Kekenyangan memang dijamin kerana saiz hidangannya besar!

Nasi Dagang Yang Terlampau Sedap

nasi dagang @ warung pokdi kelate

Imej via Facebook

Bukan makanan Kelantan sahaja yang boleh didapati di restoran Warung Pokdi Kelate. Hidangan Terengganu iaitu nasi dagang juga boleh anda cuba di sini.

Ada beberapa lauk yang boleh anda pesan untuk hidangan ini. Selalunya kebanyakan pelanggan akan memesan ayam goreng berempah atau gulai ikan.

Selain itu, satu lagi lauk sampingan yang wajib ada ialah gulai telur. Ramai pelanggan menggemari gulainya yang pekat dan aromanya yang memikat. Anda wajib cuba!

Laksam & Colek, Hidangan Yang Laku Keras

Perut sudah terlalu kenyang untuk menerima nasi? Tidak mengapa, cubalah hidangan ringan seperti laksam dan colek.

laksam

Imej via Foursquare

colek @ warung pokdi kelate

Imej via Facebook

Laksam dan colek ini kedua-duanya hidangan negeri Cik Siti Wan Kembang, dan kami berani jamin menu-menu tersebut seenak laksam dan colek di Kelantan.

Laksamnya memang secukup rasa. Coleknya pula rangup dan kuah colek merupakan tarikan istimewa menu ini. Tak tahu mahu pesan yang mana? Pesan sahaja kedua-duanya sekali, pasti berganda kelazatannya!

Banyak Lagi

Nasi berlauk juga turut disediakan di restoran ini. Ada berbagai jenis lauk yang disajikan, pilih sahaja mana-mana yang kena dengan citarasa anda.

teh beng madu @ warung pokdi kelate

Imej via Foursquare

Untuk minuman, memang rugi kalau anda tak cuba teh beng madu. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang ianya semanis dan sesedap teh tarik madu Pak Mat!

Kesimpulan

Anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu menikmati keenakkan hidangan Pantai Timur di Warung Pokdi Kelate, bukan? Beruntung jika anda berada jauh di Sabah namun masih dapat menikmati hidangan sebegini.

Jadi, jangan berlengah lagi. Serbu sahaja jika perut mula meronta-ronta mengidamkan hidangan Pantai Timur. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang sesuai ya!

Alamat: Sulaman Sentral, Sepanggar (Lorong Sulaman Sentral 2), 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 pagi – 11 malam

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di ? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!
31 Tempat Makan Best Di Kota Kinabalu

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .