Cuaca yang panas terik membuatkan tekak kita mula mengidamkan minuman yang manis dan menyegarkan tekak. Untuk menghilangkan rasa dahaga, singgah sahaja di restoran ini – Warung Kurnia Ibu.

Dari luar, ianya tampak seperti sebuah warung biasa sahaja. Namun, jangan menilai tempat makan dari luarannya! Restoran ini merupakan antara restoran yang top bukan sahaja di Pasir Mas, malah di Kelantan.

Tertanya-tanya menu apa yang wajib dicuba dan apa yang membuatkan Warung Kurnia Ibu begitu popular? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Coconut Shake, Minuman Manis & Menyegarkan Tekak

Jika di Melaka kita ada Klebang Original Coconut Shake, di Pasir Mas Warung Kurnia Ibu. Coconut Shake merupakan minuman yang membuatkan nama restoran Warung Kurnia Ibu menjadi sebutan ramai!

coconut shake @ warung kurnia ibu

Imej via Foursquare

coconut shake

Imej via Instagram

Ramai pelanggan mengakui yang mereka terpikat dengan Coconut Shake di sini kerana rasanya yang manis namun tidak terlampau. Kesegaran air kelapa juga dapat dirasai sebaik sahaja mereka menghirup minuman ini.

Ada beberapa jenis yang boleh anda cuba – biasa, aiskrim dan ‘special tikrie’. Untuk aiskrim pula, ada aiskrim mangga, vanilla chip, jagung, coklat, tutti frutti dan banyak lagi.

Datang Dengan Perut Kosong? Pesan Sahaja Makanan di Sini!

Bukan minuman sahaja yang boleh didapati di restoran ini. Berbagai jenis makanan juga turut disediakan. Jadi, jika anda datang dengan perut kosong, pesan sahaja hidangan-hidangan yang disajikan!

chicken chop warung kurnia ibu

Imej via Instagram

mi celup warung kurnia ibu

Imej via Instagram

Ada makanan tempatan dan makanan Barat yang boleh dicuba. Untuk makanan Barat, ramai pelanggan mencadangkan Chicken Chop mereka. Sos lada hitam yang membanjirinya memang sedap.

Untuk makanan tempatan pula, mihun celup dan mi celup merupakan antara yang terlaris. Sedikit tips dari kami, jangan lupa tambah lebih serbuk cili, pasti berganda keenakkannya!

Nasi Goreng Yang Menjamin Kekenyangan

Masih mahu nasi juga? Jangan risau, restoran ini juga turut menyediakan beberapa nasi goreng yang bersaiz besar. Jadi, kekenyangan sudah semestinya dijamin!

nasi goreng daging

Imej via Facebook

Antara nasi goreng yang boleh dicuba ialah nasi goreng biasa, nasi goreng daging dan nasi goreng pattaya. Jika dinikmati untuk makan tengahari bersama Coconut Shake, pasti lebih puas.

Harganya juga berpatutan dengan saiz hidangan yang besar. Yang pasti, tidak melebihi RM 10, sangat berbaloi untuk dicuba!

Banyak Lagi

Restoran ini juga turut menyediakan hidangan ringan seperti keropok lekor. Sesuai untuk dinikmati untuk makan petang sambil anda bersantai-santai di restoran ini.

Harganya juga sangat murah, cuma RM 2 sahaja sepinggan. Pesan sahaja lebih jika anda terpikat dengan kelazatannya!

Kesimpulan

Mula gatal-gatal tekak kerana membayangkan keenakkan hidangan di Warung Kurnia Ibu? Jangan berlengah-lengah lagi, singgah sahaja jika anda berkesempatan ke Pasir Mas!

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang bersesuaian ya, takut nanti terlepas peluang pula. Rugi nanti!

Alamat: w1/20 Lorong Shell Jln Pengkalan Pasir, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10 pagi – 6.30 petang

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Kelantan? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Sedap di Kelantan

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .