Warung Ambo – bila anda dengar namanya sahaja kami rasa anda boleh teka restoran ini terkenal dengan hidangan apa, bukan? Ya, semestinya hidangan Pantai Timur!

Tidak dinafikan, makanan Pantai Timur memang dekat di hati kita. Tidak kira apa jua bangsa, pasti Nasi Kerabu & Nasi Dagang termasuk dalam senarai makanan kegemaran anda, bukan?

warung ambo

Imej via Foursquare

Restoran Warung Ambo ini ada menyediakan masakan Pantai Timur yang asli & enak-enak belaka. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Nasi Kerabu, Hidangan Kegemaran Ramai Pelanggan di Warung Ambo

Sebut sahaja makanan Pantai Timur, hidangan ini semestinya wajib ada dalam senarai. Tak lain tak bukan, hidangan nasi berwarna biru iaitu Nasi Kerabu!

nasi kerabu @ warung ambo

Imej via Foursquare

Nasi Kerabu merupakan antara hidangan terlaris di restoran ini. Saiz hidangannya yang besar & rasanya yang persis Nasi Kerabu di Kelantan membuatkan ramai pelanggan jatuh hati dengannya.

Ada beberapa jenis lauk yang boleh anda pesan bersama menu ini. Antaranya ialah ikan celup tepung, daging bakar & ayam goreng. Kuah & sambalnya merupakan antara tarikan istimewa hidangan ini, memang sedap!

Nasi Ambo, Lazat dan Mengenyangkan!

Mengidamkan hidangan yang kelihatan ringkas namun keenakkannya masih terjamin? Ada satu hidangan yang turut menjadi kesukaan ramai pelanggan di sini iaitu Nasi Ambo!

nasi ambo @ warung ambo

Imej via Foursquare

Nasi Ambo ini merupakan hidangan yang menggabungkan nasi putih bersama ayam goreng cincang & dibanjiri dengan kuah gulai yang pekat & sambal.

Dihidangkan atas daun pisang, aromanya cukup memikat. Sekali terbau, memang bikin terliur. Rasanya juga lebih enak, memang rugi kalau tak cuba!

Colek Ambo, Antara Hidangan yang Laku Keras!

Kurang menggemari makanan berat? Jangan risau, restoran ini ada menyediakan beberapa jenis hidangan ringan. Salah satu hidangan yang boleh anda cuba ialah Colek Ambo.

colek @ warung ambo

Imej via Foursquare

Di Kelantan, kami yakin yang nama Colek ini memang tidak asing lagi. Namun anda tak perlu susah-susah ke Kelantan kerana di Colek Ambo ini rasanya sesedap Colek di Kelantan!

Dalam sebekas Colek Ambo anda akan pelbagai jenis ‘fish ball’, paru, ayam, udang, keropok keping, keropok lekor & banyak lagi. Yang paling istimewa tentangnya ialah Kuah Colek yang membanjirinya, dijamin terbaik!

Banyak Lagi

sate @ warung ambo

Imej via Foursquare

Hidangan ringan lain yang boleh didapati di sini ialah sate. Sate di sini bukan biasa-biasa, kerana saiznya luar biasa besar!  Kalau makan seorang pun dijamin kenyang.

Selain itu, jika anda inginkan hidangan bersup cuba sahaja Nasi Set Sup mereka. Set ini dihidangkan bersama sambal, telur masin & yang paling istimewa, sup tulang!

Kesimpulan

Kami yakin pasti ada di kalangan pembaca yang kecur air liur membayangkan keenakkan masakan Pantai Timur, bukan? Lekas terjah restoran ini sekiranya berpeluang ya!

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran, selamat menjamu selera!

Alamat: 38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 – 4 petang

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Shah Alam? Klik sahaja di link di bawah ya!
25 Tempat Makan Best Di Shah Alam 2019 (Wajib Dalam List)

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.