Warung Aja terletak di Bukit Setongkol Kuantan. Ia menyajikan hidangan lauk pauk sehingga 80 jenis setiap hari.  Kalau anda singgah ke Warung Aja, pati haru biru untuk memilih lauk pauk yang ada.

Pemilik Warung Aja, Nur Haza Mazlin Razali mempunyai seramai 15 orang pekerja mahir yang sama – sama bertungkus lumus menyediakan pelbagai hidangan setiap hari. Lauk pauk dimasak menggunakan 10 buah periuk yang dikhaskan.

Setiap lauk pauk yang dimasak adalah dalam kuantiti sedikit sahaja iaitu hidangan hanya untuk 1 ‘tray’. Hidangan yang telah habis akan digantikan dengan lauk pauk lain pula.

Lauk Pauk

Imej via facebook

Antara lauk pauk yang disajikan adalah seperti kambing bakar, ayam lemon, ikan puyu masak lemak cili api dan ikan kerisi berlada. Ada juga seafood tauhu, telur ikan masak lemak, ayam pandan, pari stim asam mangga dan ikan pekasam.

Ikan Puyu Masak Lemak Cili Api

Setiap hari sebanyak 15 hingga 20 ekor ikan puyu dimasak lemak cili api. Keenakan hidangan ini menyebabkan ia menjadi rebutan pelanggan setiap hari.

Hidangan yang terhad ini menjadikan ia sebagai satu hidangan istimewa di warung ini. Tambahan pula ia dimasak bersama ramuan asli seperti halia, kunyit hidup, serai, nanas, bawang kecil, belacan dan juga santan menjadikan rasanya begitu menyelerakan. Ikan puyu ini akan dibakar terlebih dahulu untuk menghilangkan lendirnya.

Masakan kampung turut menjadi pilihan menu di Warung Aja. Anda boleh mencuba gulai pisang muda, gulai jantung pisang dan gulai rebung. Terdapat juga menu menarik seperti sosej berlada, ayam goreng nestum, ayam butter cereal cheese serta 15 jenis sayur goreng.

Sup Ikan

Imej via facebook

Selain lauk pauk dan sayur goreng, sebanyak 11 jenis sambal turut disediakan oleh tukang masak bernama Nor Khazlina Hamid. Sambal yang disediakan termasuklah sambal belacan mempelam, sambal belacan limau, sambal kicap bersama petai jeruk, bawang jeruk, jeruk maman dan juga ulam – ulaman.

Konsep mempelbagaikan hidangan lauk pauk adalah supaya pelanggan tidak jemu dengan hidangan yang sama setiap hari. Inilah antara tarikan dan keistimewaan warung ini.

Pencuci Mulut Yang Terbaik

Warung ini turut menyediakan hidangan pencuci mulut yang tidak kurang hebatnya. Antaranya adalah ubi rebus, jagung nyiur, ubi goreng dan juga pulut sambal ikan.

Pada setiap hari Rabu, warung ini memberikan hidangan bubur percuma buat para pelanggannya. Bubur yang disediakan adalah bubur kacang hijau, bubur lambuk seafood atau bubur pulut hitam.

Sebagai promosi menu Rakyat 1Malaysia, pemilik warung ini juga memperkenalkan pakej hidangan tengahari pada harga hanya RM 4.00 sahaja. Pakej makan tengahari ini terdiri dari nasi putih, udang bersaiz sederhana dan sayuran, nasi putih, ikan goreng dan sayuran.

Nasi Bajet

Imej via facebook

Selain itu, nasi putih, ayam goreng dan sayuran, nasi putih, seafood tauhu dan sayuran, nasi putih, sosej berlada dan sayuran. Setiap menu Rakyat 1Malaysia ini disertakan bersama minuman iaitu pilihan samada teh o, teh o ais, sirap ataupun cordial.

Warung ini dibuka setiap hari mulai jam 8 pagi hingga 5 petang. Ramai pelanggan luar yang datang menjamu selera di hujung minggu terutama hari Jumaat dan Sabtu. Pelanggan luar yang menjamu selera di sini datang dari Kelantan dan Terengganu. Malah, dari Kuala Lumpur juga ada yang datang singgah ke sini.

Alamat : Jalan Bukit Setongkol, Taman Bukit Setongkol Indah, 25200 Kuantan, Pahang

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.