Jika anda pernah ke Wangsa Maju, anda pasti tahu yang ada banyak tempat makan di sini yang boleh diterjah.
Daripada makanan Barat, masakan Johor & Kelantan, semuanya ada. Jadi tidaklah perlu anda bersusah payah ke merata satu Malaysia mencari.
Di sini kami senaraikan tempat makan sekitar Wangsa Maju. Ada 20 kesemuanya, dan senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Teruskan membaca ya!
Alamat: Jalan 4a/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sebut sahaja tentang burger bakar terkenal di KL, pasti nama restoran ini akan terlintas di minda warga KL. Pendek kata, restoran Burger Bakar Kaw Ka ini memang popular!
Burger bakar di sini terletak pada saiz hidangan yang besar dan kesegaran daging burgernya. Daging burger di sini dikatakan segar dan sangat lembut. Ianya juga rangup di luar. Ada berbagai jenis burger yang boleh didapati.
Alamat: 12, Jalan 4a/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Restoran ini merupakan antara ‘top’ tempat makan di Wangsa Maju. Nasi lemak ayam gorengnya merupakan hidangan yang cukup digilai pelanggan-pelanggannya.
Biasanya orang kata, harga makanan di kedai mamak sedikit mahal. Tetapi di sini, ramai memuji harganya yang berpatutan. Rasanya juga sangat sedap, berbaloi dengan kualiti yang dijanjikan!
Alamat: Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Kedai makan western ini mendapat pujian ramai dari pengunjungnya dan kelihatan selesa untuk datang makan bersama keluarga. Harga yang dikatakan murah dan tidak mahal dengan makanan yang dihidangkan.
Makanan western seperti daging kambing sangat disyorkan apabila berada di sini. Anda boleh cuba lamb stew ataupun lamb grill. Pasti tidak menghampakan!
Dan jangan lupa untuk cuba makan asam pedas salmon. Satu hidangan yang lain daripada yang lain dan semestinya lazat tak terhingga!
Alamat: 19, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 55100 Kuala Lumpur
Mengidamkan patin tempoyak Pahang? Tak perl jauh-jauh, restoran ini ada menyediakan hidangan tersebut. Ada pelbagai juadah menu Pahang disajikan di sini.
Sudah tentu ikan patin tempoyak adalah menu utama patut anda ambil di sini. Ramai mengatakan ianya sesedap patin tempoyak resepi asli orang Pahang, memang terbaik!
Alamat: Ria 2, 25, Jalan Rampai Maju 1, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Nah, ini pula kedai makan untuk penggemar masakan dari Indonesia. Terdapat pelbagai pilihan menu masakan boleh anda pilih di restoran ini.
Menu seperti nasi bakar dan nasi liwet adalah patut anda cuba apabila makan di sini. Kebanyakan pengunjung mengesyorkan agar memilih ayam bakar daripada mengambil ayam goreng, lebih menarik!
Sambalnya juga dikatakan sedap! Tetapi hati-hati yang kurang gemar pedas. Sambal masakan Indonesia biasanya pedas bangat oii!
Alamat: D’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Jika anda ingin mencari nasi kerabu atau laksam, Restoran Patatimo mungkin adalah restoran yang sesuai anda terjah. Tempat makanan ini sememangnya menyediakan makanan versi Kelantan.
Menu lain yang anda boleh cuba adalah nasi goreng cendawan sotong, menu yang disyorkan ramai. Selain itu, ianya juga antara tempat ‘lepak’ yang disyorkan dek kerana suasana yang santai dan selesa.
Alamat: 11-G, Blok B, Plaza Wangsa Maju, Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur
Walaupun anda berada jauh di Wangsa Maju, anda masih boleh menikmati makanan Johor yang bukan sahaja enak rasanya malah asli resepinya.
Di kafe ini, anda boleh mencuba Laksa Johor, Kacang Pool dan Lontong. Kelazatannya memang akan buat anda rasa seolah-olah anda sedang menikmatinya di Johor sendiri. Terubat rindu!
Alamat: 76, 70, Jalan Danau Niaga 1, Crystal Ville, 53300 Kuala Lumpur
Naan keju di sini tidaklah perlu lagi dikenalkan. Sememangnya boleh dikatakan antara pelopor naan keju yang terbaik di Malaysia!
Mampu membangkitkan selera makan melihat cheese yang ditarik panjang. Cheese nan yang seakan-akan pizza yang cheese meleleh. Sudah tentu menu wajib apabila anda berada di sini adalah nan cheese dan tidak dilupakan, ayam tandoori.
Alamat: No 12 G , Jalan Wangsa Delima 11, D’Wangsa, Wangsa Link, Wangsa Maju, Seksyen 4 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Seperti biasa, kedai mamak tidak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Kedai atau Restoran NZ Wangsa Maju ini bagi kami patut juga berada dalam senarai ini.
Di sini,ramai memuji hidangan sarapannya yang enak-enak belaka. Contohnya seperti roti canai yang dikatakan sangat sedap serta naan keju dan tandoori.
Alamat: 8-10, Jalan Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Untuk peminat Master Chef Malaysia pasti kenal dengan Chef Zubir, anda wajib singgah di sini. Mereka menghidangkan makanan barat yang sedap dan ala-ala master chef.
Presentation makanan yang disediakan memang menarik dan membuat hati tidak sabar untuk mencubanya. Lamb shank antara yang disyorkan apabila berada di sini.
Surau turut disediakan di sini. Jadi bolehlah makan dengan senang hati tanpa tergesa-gesa untuk habiskan untuk pergi solat.
Alamat: 21, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ada peminat makanan Barat di sini? Restoran Grellas Wangsa Maju ini bukan seperti restoran makanan Barat yang biasa. Agak-agak apa yang membuatkannya begitu istimewa?
Rata-rata pelanggan sangat kagum dengan saiz hidangan untuk setiap makanan yang memang besar. Memang puas untuk makan seorang, kekenyangan dan keenakkan terjamin!
Alamat: No8A, Jalan 4/27f, off jalan genting klang desa setapak, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Jika anda peminat masakan Cina, restoran ini wajib anda singgah. Keistimewaan utama di sini terletak pada daging kambingnya.
Ada yang digoreng, ada juga yang dipanggang. Yang pasti daging kambingnya memang segar dan isinya sangat ‘juicy’, semakin dikunyah semakin terasa kesedapannya!
Alamat: 1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
BBQ dan Steamboat juga anda boleh perolehi sekitar Wangsa Maju. Tidak perlu susah-susah untuk ke tempat lain. Sesuai untuk aktiviti bersama keluarga borak lama-lama.
Restoran ini dipuji dari sudut perapan dagingnya dan satay kambingnya. Dagingnya dikatakan sangat lembut dan aromanya semasa dibakar cukup memikat. Memang bikin terliur!
Alamat: Platinum Walk, 2, Jalan Langkawi, Setapak, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kalau di Penang, hidangan Char Kuey Teow memang terkenal. Teringin mencuba Char Kuey Teow seenak di sana? Tak perlu jauh-jauh, di Wangsa Maju juga ada – semestinya di Mali’s Corner!
Selain Char Koey Teow, anda boleh makan nasi lemak yang merupakan juga menu popular di sini. Dimakan bersama ayam goreng rangup, memang terbaik rasanya!
Alamat: 12, Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tidak dinafikan, masakan Thai memang dekat di hati kita. Tidak keterlaluan juga jika kami katakan yang pasti anda juga menggemari masakan Thai, bukan?
Di Wangsa Maju, Restoran Sri Ayutthaya ini merupakan antara restoran masakan Thai yang cukup terkenal. Ada beraneka jenis makanan Thai yang boleh didapati.
Anda boleh mencuba makanan seperti kerabu mangga, siakap masam manis, ayam pandan dan tomyam campur. Dijamin sedap!
Alamat: 32, Jalan 1/27F, Pusat Bandar, Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jika anda sukakan makanan Barat seperti stik yang dipanggang dengan sempurna, restoran Spoon Steakhouse ini wajib anda singgah.
Alamat: Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Selalunya jika singgah sahaja di mana-mana restoran Mamak, pasti hidangan ini merupakan antara yang terlaris di situ – semestinya mi segera seperti Maggie Goreng.
Berbeza dengan restoran ini, mi segera yang ‘laku keras’ ialah Indo Mee. Dimakan bersama telur ‘goyang’ yang cair telur kuningnya, memang berganda lah kelazatannya!
Ada berbagai jenis menu yang boleh didapati. Antaranya ialah Sirloine Steak, Chicken Chop, BBQ Beef Rib dan banyak lagi yang dijamin lazat!
Alamat: Seksyen 2 No, 42, Jalan Metro Wangsa, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Nama restoran ini cukup unik. Sinonim dengan namanya, mungkin keenakkan hidangan di sini boleh buat pelanggannya ketagih sampai rindu dengannya!
Kebanyakan hidangan di sini bersaiz besar, memang sesuai untuk dinikmati lebih daripada seorang. Antara yang anda boleh cuba ialah Lamb Shank, Tenderloin Steak dan Elephant Ear Steak.
Alamat: No 23, Jalan 3/27D, Seksyen 6, Wangsa 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Ini sebuah lagi tempat makan masakan Barat yang disyorkan ramai. Jika anda peminat tegar makanan Barat, anda wajib serbu Jiran Cafe ini. Kalau tak, memang rugi!
Antara menu yang disediakan ialah pasta, pizza dan yang paling menarik, nasi goreng Italian. Hidangannya juga bersaiz besar. Bukan sahaja menyelerakan malah mengenyangkan!
Alamat: No.9-G, Jalan Maju Ria 2, Block B, Plaza Wangsa Maju, Section, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Tidak banyak untuk kami katakan tentang tempat makan ini. Makanan Arab lain juga boleh didapati di sini, anda wajib cuba!
Alamat: 19, Jalan Wangsa Delima 2a, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Nasi Kak Wook ialah nasi putih yang dimakan bersama-sama kuah kari dan ketulan ayam kecil yang banyak. Kedengaran ringkas, tapi itu yang membuatkannya sangat menyelerakan!
Jika anda teringin Nasi Kak Wook, tidaklah perlu turun ke Kelantan. Di sini juga ada menjualnya. Semestinya seenak Nasi Kak Wook di Kelantan, kami berani jamin!
Bagaimana dengan senarai ini? Anda pernah mencuba makan di senarai restoran di atas? Atau anda sudah tidak sabar untuk singgah lagi?
Sebenarnya banyak lagi tempat makan di Wangsa Maju yang boleh diterjah selain senarai di atas.Tetapi ini antara senarai panjang buat setakat ini. Semestinya akan di dikemaskini semasa demi semasa.
Anda ada cadangan lain untuk tempat makan di Wangsa Maju? Komen di bawah ya. Dan selamat menjamu selera!