Mencari tempat makan wafel di Lembah Klang?

Wafel merupakan hidangan yang diperbuat daripada bater atau doh yang cukup digemari ramai.

Ianya enak dinikmati bersama pencuci mulut seperti aiskrim atau juga sesuai dijadikan hidangan savouri, cukup versatil!

Tercari-cari tempat makan wafel di Lembah Klang? Jangan risau, berikut kami senaraikan 12 tempat makan wafel di Lembah Klang untuk anda. Teruskan membaca!

#1 New Chapter by The Owls Cafe

Alamat: Calvary Convention Centre, 1, Jalan Jalil Perkasa 1, Bukit Jalil, 57100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 9 pm

Berada sekitar Bukit Jalil? Antara tempat makan yang terkenal dengan wafel sekitar sini ialah New Chapter by The Owls Cafe.

Kafe ini menyajikan sajian Barat yang berbagai jenis dan wafel merupakan hidangan yang terlaris.

rebecca waffle new chapter by the owls cafe wafel lembah klang
Imej via Foursquare

Anda wajib cuba Rebecca Waffle mereka. Wafel yang cukup terkenal ini disajikan dengan aiskrim grey earl dan dihiasi dengan strawberi, kacang, pisang serta kelapa.

Mahukan wafel savouri pula? Anda boleh cuba Sally Salmon dan Chicken Waffle. Menyelerakan dan mengenyangkan!

#2 Chequers

Alamat: 153, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 8 am – 10 pm

Di TTDI, ada satu kafe moden yang menyajikan wafel yang boleh bikin sesiapa sahaja terliur – Chequers.

Bukan sahaja menyajikan wafel yang enak dan cantik, malah pilihannya juga cukup bervariasi.

bo peep waffle chequers
Imej via Foursquare

Wafel-wafel yang boleh dipesan ialah Bo Peep Waffle, Chicken Waffles dan Banana Waffles Boat. Lebih menarik, anda boleh pilih sendiri topping tambahannya.

#3 Fluffed Cafe & Dessert Bar

Alamat: 55, Jalan 20/7, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa 10 am – 10.30 pm, Rabu – Khamis 10 am – 10 pm manakala Jumaat – Ahad 10 am – 11 pm

Sukakan wafel yang disajikan dengan buah-buahan? Antara kafe yang boleh anda singgah untuk itu ialah Fluffed Cafe & Dessert Bar.

Wafel di sini bukan sahaja sedap, malah aiskrim yang dihiaskan di atasnya juga buatan sendiri.

fluffed cafe wafel lembah klang
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba Pooh’s Bear Favorite, Alice in Wonderland, Peter Pan dan Snoopy & Peanut. Nama pun menarik, inikan pula hidangannya.

#4 Paramount Coffee House

Alamat: F-G-28, Vista Alam, Jalan Ikhtisas,, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10.30 pm

Orang Shah Alam pasti biasa terdengar nama restoran Paramount Coffee House ini. Biasalah, restoran popular!

paramount coffee house wafel lembah klang
Imej via Foursquare

Jenis wafel yang sentiasa dibanjiri dengan pujian ialah wafel dessert. Anda boleh cuba Triple Chocolate Waffle, memang banjir coklatnya!

Ianya disajikan bersama aiskrim coklat dan dihiasi dengan strawberi di sekelilingnya dan pretzel di atasnya. Sedap? Semestinya.

#5 VCR

Alamat: 2, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu 8.30 am – 5 pm, hujung minggu 8.30 am – 9 pm

VCR – nama kafe yang cukup tersohor di Kuala Lumpur. Menyajikan hidangan selera Barat, wafel di sini turut menjadi kegemaran ramai.

vcr wafel lembah klang
Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan wafel jenis savouri dan pencuci mulut. Wafel yang paling laris di sini ialah Potato Waffle.

Ianya merupakan wafel kentang yang disajikan dengan cendawan, telur yang suhunya 63°C dan fondue tomato. Sesuai dinikmati untuk sarapan!

#6 The Daily Grind

Alamat: LG Bangsar Village, 1, Jalan Telawi 1, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Satu lagi tempat makan yang menyajikan wafel di Lembah Klang ialah The Daily Grind.

Wafel di sini dikatakan rangup di luar dan lembut isinya. Mereka menyajikan wafel jenis savouri dan pencuci mulut.

wafel lembah klang the daily grind
Imej via Foursquare

Old Fashioned Waffle merupakan wafel pencuci mulut yang menjadi rebutan. Untuk savouri, anda boleh pesan Beef Brisket with Waffles, Southern Fried Chicken Waffle.

#7 Frisky Goat Bakery Cafe

Alamat: 72, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, Ahad – Khamis 8 am – 9 pm, Jumaat – Sabtu 8 am – 10 pm

Satu lagi kafe di TTDI yang menyediakan wafel yang mencuri tumpuan ramai ialah Frisky Goat Bakery Cafe.

classic waffle @ frisky goat ttdi
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba Classic Waffles dan Waffles L’Americaine, wafel-wafel terlaris di sini. Ada juga wafel yang boleh anda ubahsuai sendiri, sangat menarik!

Dibuka seawal jam 8 pagi, kafe ini juga sesuai dijadikan port sarapan. Suasana yang santai merupakan satu bonus kepada pelanggan.

#8 Shugatori Dessert Cafe

Alamat: 95, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu 2 – 11 pm, hujung minggu 12 – 11 pm

Sebagai pelanggan, semestinya anda mementingkan rupa makanan di samping rasanya, bukan?

Shugatori Dessert Cafe ini bukan sahaja menyajikan wafel dan pencuci mulut yang sedap dan berbagai, malah wafelnya juga cantik.

shugatori dessert cafe
Imej via Fourquare

Yin Yang Waffle, Taro Waffle, Banana Waffle dan Ujicha Waffle merupakan antara wafel-wafel yang cukup popular di kafe ini.

#9 Alchemist Dessert Café

Alamat: 90, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu 12 pm – 1 am, hujung minggu 2 pm – 1 am

Wafel mempunyai banyak jenis dan salah satu jenis yang popular ialah Belgian Waffle, sejenis wafel pencuci mulut.

Alchemist Dessert Cafe ada menyajikan Belgian Waffle yang sentiasa meniti di bibir pelanggan-pelanggan tetapnya.

alchemist dessert cafe
Imej via Foursquare

Ianya disajikan bersama aiskrim, Nutella, kekacang, pisang dan coklat sebagai topping. Terliur melihat gambarnya? Lekaslah serbu dan cuba!

#10 Jemi Cafe

Alamat: 17, Jalan 2/109f, Taman Danau Desa, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11 am – 10 pm manakala Sabtu 11 am – 9.30 pm

Menikmati wafel di kafe moden yang selesa merupakan satu idea bersantai yang memang menarik.

Untuk itu, singgah sahaja di Jemi Cafe jika anda berada di KL. Kafe ini menyajikan wafel savouri dan pencuci mulut yang juga dikenali dengan nama Lover’s Waffle.

jemi cafe wafel lembah klang
Imej via Foursquare

Anda boleh menikmati Karaage Waffle, Banana Caramel Waffle, Choc A Latte Waffle, Sweet Potato Waffle dan Berry Berry Waffle.

#11 Softsrve Ice Cream, Dessert & Balloon Bar (Seapark)

Alamat: 5, Jalan 21/11a, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 12.30 – 10 pm

Pernah menikmati wafel yang disajikan bersama aiskrim soft serve? Jika belum, anda wajib singgah di Softsrve Ice Cream, Dessert & Balloon Bar.

Terletak di Petaling Jaya, Softsrve menyajikan hidangan pencuci mulut seperti aiskrim dan juga wafel.

softsrve
Imej via Foursquare

Antara wafel di sini ialah Mango Waffles, Mixed Fruit Waffles, Strawberry Waffles dan Torched Banana Chocolate Waffles.

#12 Rach Dessert & Ice Cream

Alamat: 44, Jalan USJ 10/1e, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 1 – 11 pm

Berada sekitar Subang Jaya? Ini merupakan antara kafe yang terkenal dengan wafelnya – Rach Dessert & Ice Cream.

rach subang jya waffle
Imej via Facebook

Wafe di sini disajikan dengan aiskrim. Kerangupan wafel yang digabungkan dengan kemanisan aiskrim berkualiti tinggi ini sememangnya menakjubkan.

Aiskrim juga boleh dipilih oleh anda sendiri. Antara pilihan yang menarik ialah Butterscotch Pecan, Salted Caramel dan Oreo Ice Cream.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan wafel di Lembah Klang yang ingin anda lawati? Semua tempat makan yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.