Orang Perak yang berada di Bandar Baru Bangi yang rindu masakan kampung? Anda boleh singgah di Nu In Kafe untuk melepaskan rindu masakan negeri Perak.

Bahkan kafe ini juga menitikberatkan elemen kesihatan dalam penyediaan makanan. Ini sesuai bagi mereka yang mementingkan makanan sihat.

nu in kafe

Apa yang pasti, cef di sini bertanggungjawab tidak berlebihan dalam menggunakan bahan masakan. Kafe ini juga menggunakan bahan yang berkualiti agar tidak memudaratkan kesihatan pelanggan.

Teh Tarik Istana Tarikan Nu In Kafe.

Sesiapa yang pernah jejak kaki ke  Nu In Kafe pasti tahu tentang tarikan dan kesedapan teh tarik istananya yang berhantu. Teh tarik istana ialah teh tarik yang menggunakan susu kambing. Ia menggantikan susu pekat manis. Minuman ini merupakan minuman berasaskan kesihatan yang diperkenalkan.

teh tarik istana

Berhantu teh tarik ini bukan bererti seram, tetapi berhantu kerana sering membayangi sesiapa sahaja yang pernah merasainya. Dalam sehari tidak pekena, terbayang-bayang tentang keenakanya di depan mata.

popiah nu-in cafe

Imej via Foursquare

Selain teh tarik istana, popiah basah turut menjadi pilihan pengunjung. Ramai singgah di sini untuk menikmati kedua-dua hidangan ini.

Restoran yang dibuka mulai jam 8.00 pagi ini turut menjadi tumpuan mereka yang ingin bersarapan bersama keluarga.

Terdapat banyak pilihan dengan menu-menu tempatan dan juga menu western.

nu in kafe

Imej via Google

Tanpa perlu disangkal lagi, khasiat susu kambing yang diketahui umum itu menunjukkan Nu In tegas dalam menjaga kesihatan pelanggan.

Selain kualiti masakan, Nu In kafe turut menitikberatkan tentang keselesaan pelanggan. Ini kerana, bagi mereka keselesaan sangat penting dalam menarik pelanggan apatah lagi restoran ini turut sesuai untuk yang berkeluarga.

Selain kafe makanan yang selesa dan sedap, Nu In turut menyediakan perkhidmatan katering, gathering, parti dan lain-lain acara yang diperlukan pelanggan dengan harga yang berpatutan.

Info

nu-in cafe

Bagi yang ingin merasai keenakan di Nu In Kafe boleh ke:

Alamat : 22-G-01, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor
No telefon : 03-8912 9312
Facebook : Nuinlittleperak

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.