Nasi lemak adalah menu sarapan yang boleh dikatakan wajib untuk rakyat Malaysia.Peh memang terliur.
Sebut sahaja nasi lemak,pasti di dalam otak ini akan terbayang nasi yang berlaukkan ikan bilis, telur rebus, manakala menu tambahan seperti ayam dan sebagainya. Lebih istimewa lagi dan mengliurkan, ianya yang dibungkus bersama daun pisang yang menaikkan aroma masakan tersebut.
Nasi lemak secara ‘tradisional’ dimakan pada waktu pagi.Itu dahulu dan zaman telah pun berubah. Sekarang nasi lemak dimakan pada bila-bila masa dan dimana jua tidak kira siang ataupun malam.
Nasi Lemak istimewa yang ingin kami tulis kepada anda ialah tentang Nasi Lemak New Village Park.
Bagi kawasan Damansara,Nasi Lemak New Village Park boleh dikatakan agak terkenal dan sering berada dalam radar pencari masakan nasi lemak sedap di KL.
Kesedapannya sering dipuji ramai. Jadi, kepada penggemar nasi lemak, kedai ini bileh anda tuju dan dijadikan salah satu destinasi makanan.
Kepada yang datang, bolehlah cuba pesan nasi lemak berserta ayam goreng yang ranggup. Ini menu wajib dan dicadang ramai. Kuahnya dan sambalnya memang lazat dan menyelerakan berdasarkan tinjauan ramai.