Malaysia sememangnya sudah terkenal sebagai salah satu negara syurga makanan dikalangan pelancong luar. Maka tak hairanlah kenapa rakyat Malaysia ini sangat suka makan. Kepelbagaian kaum turut memberi impak dengan pelbagai jenis menu istimewa dari kalangan kaum Melayu, Cina dan India. 

Untuk restoran sajian Melayu, salah satu daripadanya adalah restoran  ‘Murni Discovery’. Mungkin ada yang belum pernah mendengar nama ini tetapi sebenarnya Restoran Murni Discovery ini sudah agak terkenal di sekitar Lembah Klang. 

Meskipun ia dimulakan sebagai rangkaian restoran mamak, restoran ini sudah mulai berkembang pesat dan memperluas menu mereka demi menarik perhatian rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa. ‘Murni Discovery’ begitu popular di kalangan rakyat Malaysia dan kini restorannya senantiasa penuh tanpa mengira di mana cawangan atau masa. 

Imej via MurniDiscovery

Antara cabaran ketika makan di Murni Discovery ini adalah pada menunya yang komprehensif dan banyak, mulai dari nasi lemak, pelbagai mi, makanan berprotein dan lain-lain yang boleh membuatkan sesiapa saja berasa sukar untuk membuat pilihan makanan yang ingin dinikmati. 

Nasi Lemak Murni Discovery

Imej via MurniDiscovery

Untuk mempermudahkan urusan , pelanggan boleh terus memilih menu kegemaran Malaysia iaitu Nasi Lemak Murni Discovery yang berharga RM 13.90. Harga sepinggan nasi lemak sepadan dengan harga yang dibayar kerana ia disertakan dengan kepingan sayap ayam, bumbu sambal dengan udang, telur rebus, kacang ,potongan timun dan dilapik dengan sehelai daun pisang untuk menaikkan aroma nasi lemak tersebut. 

Semua perasa cukup lengkap untuk selera para pencinta makanan di luar sana! Andai kata harus memilih apa yang perlu diperbaiki adalah pada sambal bumbunya. Masih kekurangan ‘wow’ faktor untuk melengkapi masakan nasi lemak yang enak itu. Tapi lain orang lain citarasanya. 

Set Ayam Alkiev Mentega Berkeju

Imej via MurniDiscovery

Jika mahu mencuba menu yang agak berbeza, set Ayam Alkiev Mentega Berkeju dengan Mee Raja Meletup yang berharga RM 24.80 ini memang berbaloi. Ia adalah hidangan besar raksasa untuk dimakan. 

Kelihatan seperti piring bufet pula dengan Mee Raja Meletup di tepi , kemudian disajikan bersama dada ayam goreng yang dihiris dengan keju bersama campuran herba dan kentang goreng. 

Bahagian mi sudah pastinya banyak untuk seseorang menghabiskannya, adalah lebih bagus jika anda seorang kaki makan untuk habiskannya sendiri atau nak lebih selamat boleh berkongsi dengan yang tersayang. Makan berdua untuk habiskan hidangan tersebut semestinya sangat bagus kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan sambil dapat mengelakkan pembaziran dalam satu masa.

Ramai pelanggan sangat suka dengan set ini kerana kata mereka, ketika menikmati mi ini ianya sangat best kerana tekstur mi tersebut yang lebih padat dan kenyal berbanding dengan mi yang lain. 

Untuk pengetahuan anda, menu di Murni Discovery akan diolah pada setiap tahun. Mungkin tahun hadapan akan mempunyai menu baru dan ada yang dibuang dari menu? Nampaknya para pelanggan kena rajin datang lagi bagi mencuba pelbagai menu baru dan lama yang ada. 

Alamat kedainya pula adalah : 

Murni Discovery SS2

53, Jalan SS 2/75, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

+60 3-7865 1010

Operation hours: 8 am –5 am (Monday – Saturday); 5 pm – 5 am (Sunday)

Nak Makan Menu Yang Sedap Tapi Tak Ada Masa Untuk Ke Mana-mana Restoran? Apa Nak Risau, Servis Penghantaran Makanan Kan Ada!

Tak dinafikan, ramai orang di dalam kalangan masyarakat kita yang agak sibuk sampaikan tak ada masa untuk diri sendiri. Ada juga yang terpaksa berkerja keras buat overtime dan sebagainya untuk menambahkan pendapatan. Kadangkala nak keluar makan pun tak sempat. Bahkan ada yang pulang ke rumah terus makan apa saja yang ada akibat terlalu penat. 

Bila difikirkan balik, masalah ini ada cara penyelesaiannya. Salah satu kaedah terbaik adalah dengan menggunakan servis western food delivery yang ada di Malaysia ini. Salah satu daripadanya adalah Foodpanda.  

Dengan adanya servis Foodpanda ini, dengan mudah boleh nikmati apa-apa menu hidangan yang disukai. Pilih saja apakah menunya. Nak pilih sesuai dengan bajet masing-masing juga boleh. Pendek kata, segalanya hanya dihujung jari dan sangat memudahkan urusan sesiapa saja yang sibuk. 

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.