Bagi anda yang suka lepak di kafe selepas waktu bekerja, The Embassy Cafe pasti menjadi piihan anda. Selain menikmati makanan yang lazat, pengunjung akan mendapat satu ketenangan jika datang bersama kenalan, pasangan atau ahli keluarga. Dengan bertemakan alam semula jadi yang memenuhi ruang dindingnya nyata memberikan aura santai dan damai.

The Embassy Cafe

Imej via Facebook

Menggunakan susun atur dekorasi serba ringkas dan minimalis, ia mewujudkan situasi eksklusif buat pengunjung yang hadir. Sesuai untuk semua tidak kira untuk lepak minum mahupun buat hadiri sebarang acara mahupun perbincangan.

Kafe ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk terus mendapatkan pilihan makanan terbaik.

Makanan Sedap di The Embassy Cafe

Mengenai hidangan yang disajikan di sini, pengunjung pasti berpuas hati kerana ia gabungan makanan barat dan tempatan. Istimewanya menu di sini benar-benar memberi satu revolusi kepada orang ramai.

The Embassy

 

Kafe yang terletak dalam sebuah pusat membeli-belah ini juga menyajikan pilihan yang cukup menakjubkan. Bermula daripada menu yang ringan, hidangan utama sehinggalah ke pencuci mulut.

Bagi pencinta salad anda disyorkan untuk mencuba Nordic Salad bersama dengan Spicy Sausage Ikan Bilis. Ini kerana kombinasi sayuran segar dan isi ketam lembut akan membuatkan setiap kunyahan benar-benar bermakna.

Selain itu, antara menu yang patut dicuba adalah Embassy Nasi Istimewa yang menjadi salah satu tarikan di kafe ini. Gabungan nasi goreng resipi tersendiri dan dihidangkan sekali dengan ikan bilis pedas dan sambal tempe, kubis goreng dan ayam pindang. Ada juga popadom, telur mata serta kerabu mangga melengkapkan hidangan tersebut.

The Embassy

Bagi yang ingin menikmati makanan barat, apa kata anda mencuba Spaghetti aglio dengan ketam kulit lembut. Jangn lupa untuk mencuba Rack of Lamb dan The Ambassador. The Ambassador ialah patty daging lembu yang dipanggang dan diletakkan keju serta sos BBQ Hickory.

Suasana yang mendamaikan di The Embassy Cafe sangat sesuai untuk orang ramai yang ingin mengadakan sebarang majlis. Boleh memuatkan 50 orang untuk ruang dalam dan 30 orang untuk bahagian luar ia boleh dipilih berdasarkan tema.

The Embassy

Beef rendang pasta

Biasanya majlis yang kecil dan sederhana sangat sesuai seperti mesyuarat korporat, sambutan hari jadi, majlis koktel, pelancaran produk atau majlis-majlis khas dan makan malam peribadi.

Info

The Embassy

The Embassy Cafe

Level 2, The Starling Mall,

Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor

03 7662 5408

www.embassydining.com

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.