Makanan barat kini sudah menjadi pilihan penggemar makanan di Kedah. Sebelum ini agak sukar untuk mencari makanan barat yang sedap dan sesuai dengan citarasa jika berkunjung ke Alor Setar. Kini The Cruises Aman Central menjadi port untuk menikmati makanan barat yang sedap dan harga yang berpatutan. Terletak di Level 4 Aman Central Alor Setar, restoran yang mempunyai dekorasi cantik ini kini menjadi tumpuan penggemar makanan barat.
Melihat kepada nama restoran ini pasti korang akan fikir hanya terdapat daging lembu atau bebiri. Tetapi The Cruises Steak House turut menampilkan menu berasaskan ayam dan juga makanan laut seperti udang yang dimasak secara western food.
Melangkah masuk ke The Cruises mata pasti terpandang kepada dekorasi bertemakan marin. Suasana cukup santai untuk pengunjung yang ingin menikmati hidangan di sini. Restoran ini juga sesuai dijadikan tempat berkumpul keluarga dan rakan-rakan kerana tempatnya cukup luas.
Memang banyak menu yang terdapat di The Cruises Aman Central Alor Setar. Kesemua menu yang dihidangkan di sini memang mengujakan sehingga tidak tahu apa yang hendak dipesan. Signature Dish di sini semestinya King of The King iaitu hidangan udang bersaiz besar.
Selain itu korang boleh cuba steak atau lamb chop yang pastinya menggoda penggemar makanan barat.
Tapi bagi penggemar ayam seperti aku pasti tidak melepaskan peluang untuk mencuba menu specialty chicken The Cruises iaitu D’Cruises Smokey Chicken. Memang puas menikmati hidangan ini kerana saiz ayam yang besar dan juga hidangan sampingan yang banyak.
Jangan lupa untuk menikmati Ice Cappucino dan juga pencuci mulut seperti ice cream cake yang pasti membuatkan korang teringin lagi untuk berkunjung ke sini.
Pasti tertanya-tanya tentang harga di sini. Yang pasti harga makanan di sini amat berpatutan. Bermula RM 7.90 sehingga RM 39.90 sesuai dengan rasa dan saiz hidangan yang akan korang nikmati.
Bagi yang ingin berkunjung ke The Cruises Aman Central boleh ke Level 4, Aman Central Mall Alor Setar.