Di Kuala Lumpur ini, apa sahaja yang tidak ada. Di sinilah tempat berkumpul macam-macam jenis resepi. Nak selera Pantai Timur ada, makanan Arab, makanan Jepun, makanan Korea, Itali, pendek kata macam-macam ada lah.

Sekali-sekala melayan selera tekak yang inginkan makanan bukan Melayu, apa salahnya kan. Sekiranya anda tercari-cari tempat makan Western yang best-best, bolehlah cuba 10 senarai tempat makan Western yang kami senaraikan ini.

10 Tempat Makan Western Best Di Kuala Lumpur

#1 Me’nate Steak Hub

Imej via foursquare

Pernah terpalit dengan kontroversi dan viral di media sosial, nama Me’nate mula dikenali ramai. Ramai yang memuji kelazatan makanan barat yang dihidangkan di restoran milik seorang chef yang berpengalaman luas termasuk memasak untuk orang kenamaan.

Terdapat banyak pilihan daging, layanan pantas dan mesra, serta ruang makan yang selesa. Me’nate turut memahami kehendak pengunjung Islam dengan menyediakan surau di restoran mereka. Harga boleh dikatakan agak mahal tapi amat berbaloi dengan apa yang anda perolehi.

Alamat: Starpac Point, C-01-02 & C-01-03, Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 11pm) | Jumaat (3pm – 11pm)

 

#2 Pekan Station

Imej via foursquare

Tiada apa yang menarik mengenai dekorasinya. Tapi ia terkenal dengan pemandangan KLCC yang boleh dilihat semasa menikmati hidangan di sini. Kualiti makanannya juga bagus di samping harga yang berpatutan.

Disebabkan itulah, ia mendapat rating yang tinggi dari para pelanggannya. Walaupun agak sukar untuk mendapatkan tempat meletak kereta, namun pelanggan merasakan yang ia berbaloi untuk makan di sini.

Malah, Pekan Station turut menyediakan khidmat penghantaran makanan ke rumah di kawasan sekitarnya.

Alamat: 66, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (630am – 1am)

 

#3 Copper

Imej via foursquare

Restoran yang menghidangkan masakan Eropah dengan pengaruh Mediterranean. Restoran yang terletak di Menara Shell ini mempunyai gaya mewah yang seiring dengan persembahan hidangannya.

Hampir semua hidangannya mendapat pujian daripada pelanggan. Menunya boleh dikatakan ringkas dengan harga yang berpatutan. Copper menjadi pilihan pasangan kekasih dan keluarga atau kumpulan. Ini kerana suasananya ceria dengan cahaya semulajadi pada waktu siang dan berubah kepada romantik pada waktu malam.

 Alamat: Level 5, Menara Shell, 211, Jalan Tun Sambantham

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (1130am – 430pm) |  Selasa – Sabtu (630pm – 10pm)

 

#4 Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka

Imej via foursquare

Masakan Barat merupakan menu utama mereka dengan tambahan menu tempatan iaitu aneka asam pedas dan sate. Menurut sebahagian pelanggan, makanan Baratnya sedap-sedap. Ia sesuai untuk mereka yang mahu makan makanan barat dengan harga mampu.

Steak, pasta, dan snek semuanya disediakan dengan cukup bagus. Fiske juga terkenal dengan aneka kek yang lazat dan boleh ditempah untuk majlis-majlis istimewa tertentu.

Alamat: No. K4, Medan Selera, Jalan AU 2c, Taman Sri Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (6pm – 12am), ditutup pada hari Isnin

 

#5 Spoon Steakhouse

Imej via foursquare

Restoran milik Chef Zam ini pernah dikunjungi oleh kru Jalan-Jalan Cari Makan. Antara pujian yang diberikan kepada restoran ini adalah kualiti makanan yang dikatakan lima bintang iaitu cukup lazat dan dengan kuantiti yang banyak.

Harganya pula sangat berpatutan di samping layanan mesra pekerja dan pemiliknya. Spoon Steakhouse turut memasukkan hidangan tempatan bagi mempelbagaikan dan menyesuaikannya dengan citarasa masyarakat tempatan.

 

Alamat: No.32 – GF, Jalan 1/27F, Pusat Bandar, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (11am – 2pm, 5pm – 11pm) | Sabtu – Ahad (1pm – 11pm), ditutup pada hari Isnin

 

#6 Paksu Chicken Chop

Imej via foursquare

Hidangan yang ringkas dengan harga yang murah. Itulah yang pelanggan tahu mengenai tempat ini. Ia menang dengan harganya. Contohnya, RM6.90 untuk sepinggan Chicken Chop dan Lamb Chop.

Selain itu, Paksu Chicken Chop juga ada spageti, dan penkek. Restorannya juga cukup selesa dengan Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas di depannya untuk pengunjung beragama Islam menunaikan kewajipan.

Alamat: 289, 279, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, 53100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (430pm – 12am)

 

Imej via foursquare

Banyak sebenarnya hidangan yang dipuji pelanggan dalam aneka piza, pasta dan burger yang mereka ada. Piza adalah yang paling sering disebut-sebut.

Kebanyakan pelanggan sudah pun menjadikan tempat ini lokasi makanan barat mereka. Tambahan pula restorannya amat selesa dan menarik dekorasinya. The Grato yang dimiliki oleh Chef Yasser ini juga pernah muncul dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.

Alamat: Lot 351, Jalan AU1A/4D, Taman Keramat Permai, 54200 Ulu Kelang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (530pm – 11pm), ditutup pada hari Isnin

 

#8 Moon’s Kitchen

Imej via foursquare

Restoran ini berkembang dari gerai kecil yang pernah diusahakan ahli keluarga pemiliknya. Suasana restoran comel ini ringkas dan ceria.

Dekorasi dinding dipenuhi dengan mercu tanda terkemuka dunia seperti patung Liberty, Menara Eiffel, Big Ben, dan banyak lagi. Masakan dan persembahan makanannya dibuat dengan baik. Jadi, restoran ini secara puratanya mendapat rating yang tinggi dari pelanggan mereka.

Alamat: Pandan Indah, 56100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (12pm – 330am), ditutup pada hari Isnin

 

#9 Islamic Sixty9 Steakhouse

Imej via foursquare

Ia tersenarai dalam 10 Best Halal Steaks in KL oleh havehalalwilltravel.com. Sama ada anda mahu steak, pizza, atau burger, semuanya sedap. Ruang restorannya pula sangat selesa untuk menjamu selera.

Pelanggan juga memuji layanan pantas pekerja. Ada banyak tempat meletak kenderaan jadi pelanggan tidak perlu risau mengenainya.

Alamat: Taman Melawati, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (8am – 1130pm) | Jumaat (3pm – 1130pm)

 

#10 Meat Point

Imej via foursquare

Meat Point tersenarai dalam banyak laman web tempat makan steak terbaik di KL. Daging untuk hidangan mereka diperolehi dari ladang lembu yang terdapat di Kuala Kangsar.

Pelanggan diberi peluang untuk memilih bahagian daging kesukaan mereka dan menunggu ia siap dimasak dan dihidangkan. Pelanggan rata-ratanya bersetuju yang Meat Point merupakan antara tempat terbaik untuk menikmati stik yang memuaskan.

Alamat: 62, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (12pm – 11pm) |  Jumaat (6pm – 11pm)

Kesimpulan

Anda suka kedai makan yang mana? Atau anda ada cadangan tambahan lain? Jangan lupa untuk memberi cadangan tempat makan Western best di Kuala Lumpur yang lain untuk kami masukkan dalam senarai ini.

Oh, yang penting jangan lupa share artikel ini ya.

Selain tempat makan Western best di KL, kami juga mempunyai artikel tempat makan menarik yang lain untuk anda baca.

 

Penulis: anis

Seorang yang simple. Suka mencuba dan mencari tempat makan yang menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.