Ada rancangan untuk ke Ipoh? Jika ada, kami ingin cadangkan sebuah tempat makan di sana untuk dicuba. Tempat makan yang dimaksudkan adalah Nasi Ganja Ipoh. Tidak keterlauan kami katakan, ianya adalah antra tempat makan sedap di Ipoh.
Imej via Foursquare
Sebenarnya nasi ganja ini adalah nasi kandar. Tetapi mungkin kerana ramai yang ketagihan dengan kesedapan masakan ini, menyebabkan ianya menjadi ketagihan ramai seolah-olah diletaknya ganja. Ini sudah memberi tanda bahawa tempat makan ini adalah sedap. Jadi, janganlah anda terkeliru.
Pastinya, kedai makanan ini adalah kedai makanan yang berasaskan nasi dan karbohidrat, jadi jangan haraplah kalau ingin mengamalkan diet di sini. Pasti terliur juga akhirnya nanti melihat kawan-kawan atau saudara-mara makan engan penuh bermakna ketika di sini.Maklumlah, anda kini sedang berada di kendai yang dikenali sebagai kedai nasi kandar terbaik di Ipoh.
Kedai makan ini terletak di dalam Kedai Kopi Yong Suan. Untuk maklumat lengkap alamat, di sini kami kongsikan alamatnya. Kedai ini boleh dijumpai di 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia.
Sekadar maklumat, kedai ini telah beroperasi lebih daripada 50 tahun. Satu tempoh yang lama. Tidak tahulah bilalah agaknya kerjasama antara kedai makan ini bermula.
Untuk mereka yang sering tertannya-tanya, nasi ganja ipoh buka pukul berapa? Waktu operasi di sini bermula daripada awal pagi lagi. iaitu antara pukul 9.30pagi sehinggalah 5.30 petang. Ianya dibuka setiap hari ekcuali pada hari Isnin.
Waktu puncak kedai ini adalah antara pukul 12 tengah hari hinggalah pukul 1 petang. Jadi, sangat digalakkan supaya tidak datang apda waktu ini untuk mengelak daripada beratur panjang.Jadi datanglah awal, jika anda bukan seorang yang penyabar.
Mungkin akan ada yang mempersoalan adakah ianya halal? Jangan risau, nasi ganja ipoh ini halal walaupun beroperasi di kedai kopi Cina. Ianya cuma beroperasi dalam kedai perniagaan orang Cina.
Semua lauk di sini menarik untuk dicuba. Ramai sungguh yang makan di sini. Sungguh! Walaupun sudah pukul 3 petang, ramai yang masih beratur untuk makan di sini. Jadi, bersabarlah wahai Sajian sekali jika ingin makan di sini.
Dalam banyak-banyak menu, menu cadangan lauk adalah Ayam merah, telur masin!Kalau anda tanya dan ‘google’,menu ayam merah in dikatakan adalah menu popular apabila makan di restoran ini.Harganya pula dikatakan berbaloi dan tidak mahal.
Tempat makan ini wajib anda datang apabila datang ke sini. Ianya boleh dikatakan antara tempat menarik di Ipoh.