Ada beberapa tempat makan scone di Cameron Highland yang popular dan boleh anda kunjungi jika ke sini. Sebut sahaja tentang makanan yang melambangkan Cameron Highland, nasi lemak strawberi dan scone adalah menu yang dicari ramai.

Banyak tempat yang menjual scone di daerah ini dan rasa serta tekstur scone berlainan. Kami kongsikan 10 tempat makan scone di Cameron Highland yang dicadangkan ramai pengunjung yang pernah ke tempat tersebut.

Jom tengok tempat yang berdekatan dengan lokasi anda!

KHM Strawberries & Jam

Scone di KHM Strawberries & Jam terkenal di Cameron Highland dan menjadi pilihan ramai pengunjung. Set scone ini sangat berbaloi kerana didatangkan bersama teh o.

Scone yang dihidangkan mempunyai tekstur yang tidak rapuh. Jem strawberi dan whipped cream yang digunakan sebagai inti sedap dan tidak muak. Jangan lupa cuba sekali char kuey teow, spageti dan crossaint yang menjadi kegemaran ramai jika ke sini.

Jika mahu ke sini dengan tidak sesak, pastikan datang pada waktu yang sesuai kerana sering dipenuhi ramai pengunjung lebih-lebih lagi pada cuti sekolah.

Alamat: No 9, Kampung Taman Sedia, 39000, Pahang

Waktu operasi: Isnin – Khamis (8.00 am-5.00 pm) | Jumaat-Ahad (8.00 am-6.00 pm)

The Lord’s Cafe

Scone di Lords Cafe antara yang termurah dan sedap di Cameron Highland. Setakat ini harga untuk 1 scone adalah RM 3.20 sahaja yang dihidangkan bersama jem strawberi, mentega dan cream.

Kafe yang berkonsepkan klasik ini memberikan ‘vibe’ seperti zaman dahulu. Antara menu lain yang perlu anda cuba adalah chocolate banana cake dan apple pie bersama ais krim.

Alamat: Jalan Besar, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-7.00 pm)

House of Scone Opah Strawberries & Jams

Jika anda mahu cuba scone dengan pelbagai perisa, anda perlu cubanya di sini. Bukan sekadar strawberry scone sahaja yang ada, malah ada juga cheese, chocolate chip, matcha dan sebagainya.

Kami berikan A+ untuk hidangannya yang eksklusif dan saiz scone yang besar. Rasa scone memang sesuai dengan citarasa orang Malaysia. Kami galakkan anda untuk dine-in di sini. Makan scone sewaktu panas lebih sedap.

Alamat: No 30 Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari (8.00 am-4.30 pm)

The Smoke House

Jom nikmati minum petang dengan tenang dan permandangan yang cantik. Jika mahu mencari tempat makan scone di Cameron Highland yang mempunyai port ootd yang cantik, ini tempatnya! Makan seolah-olah berada di taman bunga dan dekorasi dalaman sangat eksklusif.

Ada yang mengatakan scone di sini sedikit keras tetapi masih sedap. Jika  anda mahu mencubanya, datanglah untuk santapan petang.

Alamat: By the Golf Course, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Cameron Valley

Imej via Cameron Valley

Lain pula vibe makan scone di Cameron Valley Tea House 2 dan 3 kerana anda dapat menikmati permandangan ladang teh yang luas dan cantik. Cameron Valley mempunyai tiga cawangan di Cameron Highland dan kesemuanya mudah diakses.

Di sini set scone didatangkan dengan dua biji scone bersama jem strawberi, mentega dan krim dan dihidangkan bersama teh. Scone sangat lembut, gebu dan luarannya sedikit crunchy.

Alamat: 34.5 Mile Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu operasi:  Setiap hari (8.30 am-6.00 pm)

Scott’s Cafe

Imej via Scott’s Cafe

Scone di sini juga dihidangkan bersama set teh dan khas untuk dua orang. Yang berada di Tanah Rata, apa tunggu lagi? Jom cuba scone di sini!

Alamat: No 24, Jalan Besar, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari (8.30 am-10.00 pm)

AyahMan Strawberi Cameron Highlands

Imej via AyahMan Strawberi Cameron Highland

Tekstur scone di AyahMan Cameron lembut di dalam dan rangup di luar. Jika tidak cukup, tapau dan bawa di rumah. Panaskan apabila hendak makan pasti lebih sedap dan kekal lembut. Alang-alang berada di sini, jom petik strawberi segar di kebun. Harga strawberi segar juga berpatutan.

Alamat: NO. 44, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu operasi: Setiap hari (7.30 am-4.00 pm)

Aidilbadri Strawberries

Imej via Aidilbadri Strawberries

Scone Aidilbadri Strawberries antara yang tersedap di Taman Sedia. Jem strawberi di sini sangat sedap dan pekat. Menariknya, jem ini dibuat sendiri mengikut resepi khas. Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan cream cheese sebagai filling.

Alamat: No 36 , Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu operasi: Khamis – Selasa (8.00 am-7.00 pm)

Royal Berry Strawberry Farm

Jika mahukan keselesaan terhadap kemudahan yang disediakan di tempat makan scone, anda boleh ke sini kerana mudah parkir dan senang diakses memandangkan ia berada di tepi jalan besar. Kafe ini turut dikenali sebagai Royal Berry Laman Kak Engku.

Harga scone di sini juga antara yang termurah di Cameron Highland. Bukan scone sahaja yang enak, malah rasa jem strawberi juga mengasyikkan. Di sini anda boleh memetik strawberi di ladang dan membeli pelbagai produk berasaskan strawberi yang sedap.

Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu operasi:Khamis – Selasa (8.00 am-6.00 pm)

The Lakehouse

Imej via The Lakehouse

Terletak 10 minit dari Tanah Rata, anda boleh menikmati scone yang berada di kafe perkarangan hotel ini. Harga sangat berbaloi iaitu serendah RM 30 sahaja untuk menikmati set scone.

Dekorasi dalaman dan luaran The Lake House memang memukau. Dekorasi dalaman berkonsepkan stail English. Dari luaran juga memukau dengan pemandangan bukit menghijau dan tasik.

Alamat: 30th Mile, Jalan Ringlet – Sungai Koyan, Sungai Khazanah, 39000 Ringlet, Pahang

Sudah ada tempat makan scone di Cameron Highland yang menarik perhatian anda? Jom ajak pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan menikmati sarapan mahupun minum dengan scone di sini. Makan bersama hidangan teh atau kopi panas dengan suhu yang rendah pasti mengasyikkan.

Rugi jika ke tanah tinggi Cameron jika tidak merasai salah satu menu yang melambangkan tempat sejuk ini. Selamat mencuba!

Berada di Cameron Highland? Jangan lupa masukkan tempat menarik ini ke senarai tempat yang perlu dikunjungi:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.