Pontian merupakan salah sebuah daerah di negeri Johor, di mana ibu daaerahnya ialah Pontian Kechil. Jika anda pernah terdengar tentang Tanjung Piai, ianya meruapakan salah sebuah kawasan di Pontian yang merupakan titik yang paling selatan di benua Asia.

Ada banyak tarikan pelancongan di Pontian, namun antara yang paling popular di sini ialah Taman Negara Tanjung Piai. Selain itu, Pontian juga terkenal dengan Pulau Kukup yang memang cantik pantainya.

Ada pembaca yang bercadang untuk ke Pontian namun masih tercari-cari tempat makan menarik sekitar situ? Usah gundah, kami ada senarainya. Senarai ini tidak mengikut ranking, jadi teruskan membaca ya!

#1 Restoran Assalam

Alamat: Taman Suraya Indah (Jalan Pontian-Kukup), 82000 Pontian Besar, Johor

Bosan dan lapar pada lewat malam? Ke mana lagi anda akan singgah kalau bukan ke kedai mamak, bukan? Ada beberapa kedai mamak di sekitar Pontian, namun restoran ini merupakan antara kedai mamak yang agak popular – Restoran Assalam.

megi goreng mamak @ assalam

Imej via Foursquare

Kalau dah namanya kedai mamak, semestinya makanan yang popular di sini ialah roti canai, roti telur dan megi goreng mamak. Selain itu, hidangan berat seperti nasi campur juga turut disediakan.

abc @ assalam

Imej via Foursquare

ayam penyet @ assalam

Imej via Foursquare

Pencuci mulut seperti ABC dan makanan Indonesia seperti ayam penyet juga turut dihidangkan di sini. Pendek kata, menu di sini memang ada pelbagai jenis. Berkemungkinan besar anda sendiri akan rambang mata!

#2 Restoran Kemangi

Alamat: 912, Jalan Bakek, Kampung Atap, 82000 Pontian, Johor

Tak tahu mahu makan malam di mana? Singgah sahaja di Restoran Kemangi! Restoran ini ada menghidangkan pelbagai jenis hidangan seperti hidangan tempatan dan Barat.

menu @ kemangi

Imej via Foursquare

pasta @ kemangi

Imej via Foursquare

Antara menu yang menjadi kegemaran ramai di sini ialah ayam lemon, aneka jenis nasi goreng, sotong goreng tepung dan hidangan pasta. Nasi kerabu dan nasi dagang juga turut mendapat sambutan yang hangat di sini.

wafel @ kemangi

Imej via Foursquare

Selain makanan berat, pencuci mulut juga turut disediakan di sini. Yang menarik perhatian kami ialah wafel yang dihidangkan bersama aiskrim vanila. Selain itu, kek juga boleh didapati di Restoran Kemangi ini.

#3 Coxn’s Bistro Cafe

Alamat: Ibrahim, Jalan Parit Dukacita, Kampung Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor

coxn

Imej via Foursquare

Siapa sahaja yang tidak mengimpikan makan malam atau siang bersama insan tersayang sambil menghadap pemandangan pantai yang indah dan tenang? Di Pontian, anda boleh menikmati suasana tersebut di Coxn’s Bistro Cafe.

garlic bread @ coxn

Imej via Foursquare

Makanan yang disajikan di sini berasaskan makanan Barat. Antara menu yang disediakan ialah Chicken Chop, Lamb Chop, Salmon Steak dan Garlic Bread with Mushroom Soup.

deko @ coxn

Imej via Foursquare

Dekorasi kafe ini juga cantik dan santai, berbumbungkan atap rumbia! Pasti menyeronokkan jika anda menikmati makanan dan minuman anda sambil menghayati pemandangan tepi pantai yang cukup cantik.

#4 New Kukup Seafood Restaurant

Alamat: Kukup, 82300 Kukup, Johor

Ada penggemar makanan laut di sini? Kami ada berita baik buat anda! Restoran New Kukup Seafood ini ada menghidangkan berbagai jenis makanan laut yang segar-segar belaka!

Restoran ini terletak di pekan Kukup, sebuah perkampungan nelayan di Pontian. Maka tidak hairanlah bekalan makanan lautnya sentiasa banyak. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga berpatutan.

lala @ kukup

Imej via Foursquare

makan @ kukup

Imej via Foursquare

ketam @ kukup

Imej via Foursquare

Cara masakan untuk setiap lauk juga berbeza-beza. Pesan sahaja yang mana anda berkenan, pasti pihak restoran dapat menyediakannya buat anda.

#5 Warong Soto Sri Bunian

Alamat: J169, 82000 Pontian District, Johor

lontong @ warong sri bunian

Imej via Foursquare

Negeri Johor memang sangat terkenal dengan hidangan yang satu ini iaitu soto. Pergi sahaja di mana-mana warung atau gerai, pasti kebanyakannya ada menghidangkan soto.

soto @ sri bunian

Imej via Foursquare

Warung di Pontian ini tidak terkecuali. Warung Soto Sri Bunian ini agak terkenal dengan hidangan soto mereka. Memang bertambah enak jika dimakan bersama bebola daging atau ayam dan sup.

mi goreng @ sri bunian

Imej via Foursquare

Selain soto, lontong goreng mereka juga turut mendapat sambutan yang hangat di kalangan pelanggan. Menu lain seperti mi goreng, mi rebus dan bihun sup juga turut disediakan.

#6 Warung Ketupat & Burasak

Alamat: Jalan Alsagoff (Jalan Pontian), Pontian Besar, Johor

Ketupat merupakan antara makanan yang paling terkenal bila sebut sahaja tentang makanan ruji semasa hari raya puasa. Namun, siapa kata ketupat hanya boleh dinikmati dan dijumpai semasa hari raya sahaja? Anda juga boleh menikmatinya pada hari biasa!

ketupat @ warung Ketupat & Burasak

Imej via Foursquare

Singgah sahaja di Warung Ketupat & Burasak yang terletak berdekatan dengan Hospital Pontian ini. Jika ketupatnya dimakan bersama rendang di sini, dijamin melampau keenakannya.

kuah @ warung Ketupat & Burasak

Imej via Foursquare

Selain rendang, anda juga boleh menjamah ketupat bersama sambal kacang dan lontong, mengikut selera masing-masing. Sudah mula teruja untuk ke sini? Singgah sahaja terus. Untuk makluman, warung ini ditutup setiap Ahad.

#7 Ikhwan Western Food Pontian

Alamat: 341, Jalan Saujana 7, Taman Saujana, 82000 Pontian, Johor

Penggemar makanan Barat, ada satu lagi restoran sekitar Pontian yang anda wajib kunjungi. Bukan sahaja ad hidangan berat, malah burger juga meruapakan antara menu yang laku keras di restoran ini.

lamb chop @ ikhwan

Imej via Foursquare

burger @ ikhwan

Imej via Foursquare

Antara hidangan berat yang mendapat pujian ramai ialah Chicken Chop dan Lamb Chop. Kuah lada hitam yang disediakan juga banyak, bonus buat penggemar sos banjir!

Kesimpulan

Sudah mula rambang mata tidak tahu tempat makan mana yang patut disinggah? Kami faham. Ini pun baru sedikit kami senaraikan, belum lagi kesemua tempat makan menarik yang boleh anda kunjungi baik di Pontian Kechil mahupun Pontian Besar.

Anda dinasihatkan untuk datang sedikit awal kerana dikhuatiri ruang parkir dan ruang dalam restoran penuh. Jangan lepaskan peluang ini jika anda berkunjung ke Pontian. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.