Mencari tempat makan menarik di Kuala Terengganu? Siapa yang mampu menafikan keindahan songket tenunan Terengganu mahupun batik sutera lukisan tangan yang mampu menelan harga ratusan ringgit malah ada yang mencecah ribuan.
Tidak dinafikan juga keenakan makanan yang sedap-sedap dari Terengganu seperti nasi dagang dan juga keropok lekor atau keropok losong popular negeri ini.
Senarai ini akan menggariskan 35 tempat makan best sekitar Kuala Terengganu dan kawasan pinggirannya. Seperti biasa, ia tidak mengikut ‘ranking’. Jadi, teruskan membaca ya!
Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Sabtu-Khamis (11.00 am-5.00 pm)
Jika anda peminat tegar masakan kampung, restoran Singgang Budu ini memang wajib anda terjah. Ada pelbagai jenis lauk-pauk yang dimasak dengan pelbagai cara yang boleh anda cuba. Patutlah ramai yang gemar untuk makan tengahhari di sini.
Yang penting, masakan kampung di sini disediakan mengikut citarasa Pantai Timur. Antara lauk yang boleh dicuba ialah ikan singgang dan ayam kampung goreng.
Tak lengkaplah masakan kampung kalau tiada ulam-ulaman! Jangan lupa cuba ulam-ulaman bersama budu dan sambal di sini. Memang sedap tak terkira!
Alamat: Jalan Pantai A1693, Kampung Mengabang Telipot
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 3.30 – 8 pm
Di Terengganu juga, antara menu yang sering menjadi buruan pengunjung dari luar mahupun penduduk tempatan adalah ICT. ICT atau Ikan Celup Tepung ini biasanya dicari oleh bukan sahaja orang-orang biasa tetapi juga para pemimpin politik, selebriti dan ramai lagi.
Justeru itu, antara warung ikan celup tepung yang menjadi kegemaran ramai adalah Warung Pok Nong yang terletak betul-betul di tepi pantai Mengabang Telipot (sebelah pantai Teluk Ketapang), memang popular!
Seperti namanya, sudah pasti menu utama di sini ialah ikan goreng tepung dan makanan laut celup tepung yang lain seperti udang, sotong malahan juga terdapat keropok lekor celup tepung.
Harga pula dikenakan berdasarkan kuantiti makanan yang kita ambil. Kerangupan tepung dan perisanya amat sedap hingga menjadikan warung ini begitu popular bersama sos yang amat sedap.
Minuman di sini juga tidak mengecewakan dengan ais kacang, ais jagung, air kelapa muda dan lain-lain. Semuanya boleh dipesan pada harga yang berpatutan, memang terbaik!
Alamat: 3373, Jalan Batas Baru, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 4.30 pm – 11.30 pm
Restoran ini sangat terkenal dengan hidangan Barat yang berbagai. Walaupun dari luar ianya kelihatan seperti sebuah kafe moden biasa, namun menu-menu di sini pasti akan buat anda teruja.
Sebut sahaja jenis makanan yang anda mahu – dari stik, pasta burger, bebola daging, ke snek, semuanya ada! Minumannya juga berbagai, ada teh tarik, milo, jus buah, ice blended dan banyak lagi.
Yang paling menarik, makanan di sini juga kuantitinya banyak. Jadi tiada isu saiz kecik namun harga mencekik darah di sini, kerana harga yang ditawarkan juga berpatutan!
Alamat: 71, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am- 6 pm
Apa yang istimewa tentang Restoran Mat Binjai ini ialah ia menyediakan masakan berhidang yang disajikan ala makanan minang ataupun nasi padang. Masuk saja ke dalam restoran ini, pelayan akan menyajikan hidangan semua lauk-pauk yang ada di situ.
Bayaran hanya dikenakan untuk makanan yang dimakan sahaja. Benar-benar seperti konsep nasi padang. Cuma perbezaannya adalah di restoran ini hidangannya adalah masakan tradisi Terengganu.
Di sini juga terdapat beberapa hidangan yang jarang untuk kita temui seperti telur penyu. Lauk-lauk lain juga tidak kurang hebatnya. Jangan lupa pesan ulam-ulaman bersama, enak dicicah bersama budu!
Alamat: Kios No3 Medan Selera MBKT Bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Hiliran, Jalan, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Khamis-Selasa (7.30 am-12.30 pm)
Tak tahu nak sarapan di mana? Jom datang ke Adilroti yang terletak di bawah jambatan Sultan Mahmud. Dah nama kedai pun Adilroti, semestinya aneka roti iaitu roti canai menjadi signature dish yang perlu anda cuba.
Ada Roti Sarang Denasor, Roti Goyang, Roti Pisang, Roti Coklat dan bermacam jenis roti yang ada. Nak breakfast dengan ala-ala menu barat pun ada seperti Salad dan Telur Omlet. Tak cukup dengan itu, Nasi Minyak, Nasi Tomato dan Mihun Tomyam pasti membuatkan anda kekenyangan hingga malam!
Alamat: Kiosk No 1 Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-11.20 pm)
Salaza & Sons merupakan port lepak bersama keluarga mahupun rakan sambil makan pelbagai menu barat yang sedap. Ada juga menu Asia yang mampu membuat pengunjung jatuh cinta dengan masakannya.
Tempatnya sangat luas hingga dapat memuatkan 300 orang dalam satu masa, pada bahagian bawah dan tingkat atas yang terbuka. Antara kelebihan makan di sini adalah parkir kereta yang luas, servis laju dan restoran bersih.
Lebih 100 menu buat pilihan pengunjung hingga rambang mata untuk memilihnya. Ada aneka pasta, chicken family set, shellout, steak mahupun siakap tiga rasa. Harga tak payah cakap, sangat berbaloi dengan rasa dan kuantitinya!
Alamat: 1318, T101, Kampung Pengkalan Setur, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 6.30 am – 11.30 am
Nasi Dagang Atas Tol juga menjadi tempat sarapan pilihan ramai penduduk setempat mahupun pengunjung dari luar. Kesedapan pelbagai menu di sini tiada tandingannya sehingga membukan tiga cawangan lain di sekitar Terengganu.
Bukan nasi dagang sahaja yang menjadi buruan ramai, malah nasi minyak gulai daging, nasi kunyit gulai daging dan keropok lekor crispy diidami ramai. Untuk minuman pula, apa kata anda cuba Teh Beng Ombak Rindu dan Green Tea Hulk memang kaw dan puas untuk dirasai.
Alamat: Jalan Ketapang Pantai, Kampung Pengkalan Maras, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu 3 – 11 pm, hujung minggu 3 pm – 12 am
NR Seafood Village merupakan restoran yang dikatakan ramai sebagai antara restoran Western Food terbaik di Terengganu. Tidak hairanlah restoran ini pernah dipaparkan di dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan terbitan TV3 suatu ketika dulu.
Suasana dan dekorasi restoran ini sudah cukup menyerlahkan keunikannya kerana ia dibina daripada kayu dan berasaskan tumbuhan disekelilingnya. Sesuai benar dengan namanya sebagai “village”.
Pilihan makanan di sini juga pelbagai. Seperti namanya, pastinya mereka menyajikan hidangan seafood yang sangat sedap malahan nasi gorengnya juga kaya dengan elemen seafood yang melimpah ruah.
Terdapat begitu banyak sekali pilihan makanan Barat selain makanan yang lain. Antara makanan barat pilihan yang sering menjadi pilihan adalah chicken chop yang dihidangkan dengan kentang goreng dan kuah yang amat sedap.
Alamat: 11, Jalan Mawar 3, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Apa yang istimewa di sini tentulah lempeng. Namapun restoran lempeng kan? Lempeng atau pancake.
Lempeng di sini tidak jauh dengan lempeng traditional yang eprnah anda makan. Bahan asas iaitu tepung dicampung dengan isi kelapa (separa muda), santan, berserta sedikit gula dan garam. Seterusnya ianya dimakan bersama dengan sambal bilis.
Imej via Foursquare
Kelemakkan yang ada pada lempeng disebabkan isi kelapa dan kepedasan daripada sambal bilis sudah pasti menghasilkan aroma dan keenakkan rasa. Boleh bayangkan?
Selain lempeng, anda juga boleh cuba ketupat sotong, nasi dagang, nasi minyak yang juga mendapat pujian ramai.
Alamat: Medan Selera MBKT 2, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Khamis-Selasa (11.00 am-1.00 am)
Jika anda mencari tempat makan Kuala Terengganu untuk tengah hari di tepi laut, datang saja ke Warung Dalam Kenangan. Terletak di Pantai Batu Buruk, anda bukan sahaja boleh mengisi perut, malah dapat melihat permandangan laut yang memukau. Sambil makan sambil healing!
Lebih 30 jenis lauk disediakan setiap hari buat pengunjung. Ikan bakar dan aneka celup tepung pun ada! Berdasarkan rata-rata komen pengunjung, mereka mengatakan harganya juga berpatutan dengan kualiti dan kuantiti makanan.
Alamat: Taman Awam Lagun Kuala Ibai
Waktu operasi: Selasa-Ahad (4.00 pm – 12.30 am)
Banyak aktiviti menarik anda boleh lakukan di sekitar D’Suasane Ibai selain menikmati menu-menu yang mengiurkan. Anda boleh bergambar dengan pelbagai latar menarik, menaiki bot itik serta jetski dan menikmati pemandangan tasik yang indah. Sambil makan pengunjung akan disajikan dengan persembahan busker.
Apa yang menarik pada menu di restoran ini? Ianya terkenal dengan keenakan makanan Thai dan menu bakar. Paling best setiap set bakar didatangkan dengan tiga jenis pencicah iaitu sos hijau, sambal kicap dan air asam. Makan di dalam bot pun boleh dengan kadar sewaan tertentu!
Dengar cerita shellout dan nasi khao mok antara menu sedap. Tak lupa juga menu istimewa dari D’Suasane Ibai iaitu set Ikan Stim Hong Kong yang dihidangkan di dalam talam besar bersama bergedil seafood, sotong salted egg, ayam goreng belacan dan ketam special D’Suasane.
Alamat: MCTS, Tok Jembal, Kuala Terengganu
Waktu operasi: Khamis-Selasa (12.00 am-8.00 pm)
MCTS atau nama panjangnya MR. Celup Tepung Station sememangnya terkenal dengan port celup tepung yang sedap dan memuaskan. Selain di Kuala Terengganu, terdapat satu lagi cawangan yang terletak di Penarik, Setiu.
Tempat makan Kuala Terengganu ini sentiasa dipenuhi ramai pengunjung terutama pada musim cuti. Namun jangan risau, keluasan kedai dan tempat makan mampu memuatkan ramai orang dalam satu masa. Ada tempat berbumbung dan ada pondok berdekatan laut.
Nak lebih puas, pesan set celup tepung yang didatangkan bersama ikan, sotong, udang dan sebagainya bersama minuman percuma. Menu lain yang turut menjadi tumpuan semestinya Maggie Lobster Besar, Maggie Lobster Kecil dan Maggie Ketam. Makan bersama Coconut Shake atau cendol memang padu dan menyegarkan tekak.
Alamat: Kg Bukit Cempaka, Jalan Maras-Batu Rakit
Waktu operasi: Selasa-Ahad (5.30 pm-12.30 am)
Restoran ini juga mempunyai ruang yang luas dan boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa. Nak buat sebarang majlis secara privasi juga mudah kerana mereka menyediakan bahagian dalam rumah sebagai tempat makan.
Menu juga banyak sehingga pasti membuatkan ramai yang rambang mata. Pelbagai pilihan menanti anda dari makanan Thai, makanan barat dan menu tradisi. Kami syorkan anda untuk mencuba Maggi Tomyum Kung Udang Galah, Nasi Goreng Ikan, Nasi Goreng Daging Harimau Menangis dan set Miang Pla.
Tak ketinggalan, menu yang pasti membuatkan anda bertambah iaitu set bakar pelbagai talam yang mengandungi ikan dan sotong bakar berempah bersama daging harimau menangis. Set ini didatangkan bersama 4 nasi. Memang berbaloi!
Alamat: Jalan Pantai Batu Burok Kuala Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 7 pm
Selain nasi dagang Mak Ngah, Nasi Dagang Kak Pah juga antara nasi dagang yang popular di Batu Burok. Ada yang memuji yang Restoran Nasi Dagang Kak Pah adalah kedai nasi dagang paling sedap di Kuala Terengganu.
Imej:Foursquare
Katanya sukar untuk mencari nasi dagang berkualiti seperti ini. Walau bagaimanapun anda mestilah cuba untuk menetahui kebenaran cerita ini.Kemungkinan besar anda akan bersetuju bahawa ianya sememangnya sedap.
Alamat: Waterfront, Pulau Kambing, Kuala Terengganu
Zie’s Corner adalah tempat makan Kuala Terengganu yang popular dengan masakan western. Restoran ini terletak di Waterfront Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Berdasarkan pandangan ramai, sudah tentu chicken chop dan lam chop adalah menu yang wajib cuba di sini.
Imej via Foursquare
Menu lain yang juga berada dalam senarai cadangan adalah seperti banana pancake,tuna roll dan vanilla float. Dengar sahaja sudah mula kecur air liur, inikan pua merasainya sendiri! Harganya juga berpatutan.
Alamat: 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 9 pm
Anda pasti berasa kecewa bila singgah di sesetengah restoran yang menyajikan beberapa jenis lauk sahaja, bukan? Jika anda singgah di restoran Kak Yah Ikan Bakar, anda tak akan berhadapan dengan isu sebegitu.
Restoran ini menyajikan pelbagai jenis masakan kampung dan makanan tradisi Terengganu yang berbagai. Dari makanan laut yang segar, lauk bergoreng. dibakar dan dibuat kari, semuanya ada.
Ulam-ulaman juga ada beraneka jenis. Ikan bakar juga merupakan antara menu yang wajib anda cuba bila di sini. Segar dan sangat menyelerakan, hargaya juga berpatutan!
Alamat: Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Kolam, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 6.45 am – 1 pm
Tak perlu jauh-jauh hingga ke Kelantan untuk mencuba nasi kerabu yang bukan sahaja enak rasanya malah asli resepinya. restoran ini juga merupakan antara restoran nasi kerbau terbaik sekitar sini.
Lauk yang menjadi pilihan ramai ialah daging bakar dan ayam bakar. Ramai memuji isi daging dan ayam yang lembut, membuktikan yang ianya dibakar dengan begitu sempurna.
Saiz hidangannya juga agak besar. Jadi, jika anda singgah di sini dalam keadaan perut kosong pun tidak menjadi satu masalah. Dijamin kenyang habis!
Alamat: 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 4:30 pm – 1:30 am manakala Ahad bermula 4:30 pm – 12 am
Ingin menikmati makanan Thai dan Barat yang enak dan berbagai? Singgah sahaja di Hazlan Bistro. Restoran ini juga merupakan antara tempat makan menarik di Kuala Terengganu yang paling popular.
Bagi yang menggemari sizzling yee mee, hidangan ini juga merupakan antara yang laku keras di restoran Hazlan Bistro. Saiz hidangannya juga agak besar, jadi kekenyangan semestinya terjamin.
Selain itu, anda juga boleh mencuba menu lain seperti stik, Grilled Lamb Chop, siakap tiga rasa dan sotong goreng tepung. Berbagai jenis betul menu di sini, patutlah ramai rambang mata!
Alamat: Jalan Tengku Ampuan Bariah, Taman Samudera, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, Ahad & Isnin (5 pm – 12 am), Rabu (12 – 1 am, 5 pm – 1 am) & Khamis – Sabtu (5 pm – 1 am)
Selain makanan, Restoran Air Buah Gelas Besar adalah antara tempat makan di Kuala Terengganu yang wajib anda singgah. Restoran ini juga memang sangat terkenal di sini.
Menu utama di sini sudah semestinya air buah. Harga setiap air pula berbeza pada pesanan dan ianya berdasarkan saiz gelas, samada gelas kecil, sederhana atau besar.
Orang tempatan di sini memanggil air buah ini dengan nama air buah ‘pior’. Pior adalah bermaksud asli yang berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘pure’, jelas menggambarkan kesegaran air buah di sini.
Jangan risau tentang masakan atau menu lain di sini. Jika lapar, anda boleh mencuba mihun sup yang sangat sedap. Menu lain seperti sate, nasi dagang, nasi minyak, keropok lekor, roti canai dan banyak lagi juga boleh dipilih apabila berada di sini.
Alamat: 1102-d, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5 pm – 12 am
Mengidamkan makanan Barat? Singgah saja di Oliva Cafe yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman ini! Ada berbagai jenis hidangan, dari stik, pasta ke burger, semuanya enak-enak belaka.
Antara menu yang anda boleh cuba di sini ialah Crab Spaghetti, Fish and Chips dan Beef Burger. Saiz hidangannya besar jadi tidak perlu bimbang tentang kuantiti makanannya.
Alamat: Jalan Panji Alam, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu 9 am – 6 pm manakala hujung minggu 12 – 6 pm
Asyik makan nasi sahaja, pasti anda teringinkan kuih-muih bukan? Singgah saja di Kedai Kuih Gong Kapas, ada beraneka jenis kuih-muih di sini. Kami yakin pasti ada kuih yang anda tidak pernah cuba, jadi inilah masanya untuk mencubanya!
Jika kami senaraikan semuanya memang tidak akan habis! Selain kuih-muih, mereka juga ada menyediakan hidangan lain seperti soto, megi goreng dan mi goreng.
Alamat: 7710, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Kampung Banggul Tuan Muda, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7 am – 12 pm, 5 pm – 12 am
Jika dilihat pada namanya, Gudang Makang ini konsepnya memang seperti kilang makanan kerana ada berbagai jenis gerai yang menghidangkan pelbagai jenis makanan di sini, pencinta makanan pasti akan menyukai tempat ini!
Dari makanan Barat ke makanan tempatan, hidangan berat ke pencuci mulut, semuanya ada. Medan selera ini juga berkonsepkan santai, jadi cukup sesuai untuk anda singgah jika anda ingin makan sambil bersantai bersama keluarga mahupun sahabat handai.
Alamat: No. 147, Jalan Bandar, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 12 pm
Nampak sahaja seperti kafe ‘hipster’, tetapi kafe ini lebih daripada itu. Selalunya kafe ‘hipster’ pasti akan menghidangkan menu yang berasaskan makanan Barat sahaja. Namun, On The Way Kopitiam ini sebaliknya!
Kafe ini cukup terkenal dengan makanan-makanan yang cukup popular di Terengganu seperti laksam, laksa Terengganu dan keropok lekor. Selain itu, menu shaved ice dessert juga turut dihidangkan di sini. Ada berbagai jenis dan rupa dan semestinya enak!
Alamat: Jalan Tengku Ampuan Bariah, Kampung Teluk Ketapang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 7 am – 11 pm
Sebut sahaja tentang sarapan, pasti roti canai akan termasuk dalam menu sarapan kegemaran anda, bukan? Sambil anda bercuti di Kuala Terengganu, bolehlah anda singgah di Hot Hot Roti Canai untuk mencuba roti canai di sini.
Menurut ramai, roti canai di sini merupakan antara yang terbaik di Gong Badak! Kuah karinya yang pekat dan roti canai yang gebu menjadi punca utama ianya begitu disukai. Menu lain seperti nasi goreng dan kuey teow goreng juga turut disediakan.
Alamat: Bawah jambatan (Kuala Ibai), Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 5:30 pm – 1:30 am
Restoran Bawah Jambatan Kuala Ibai ini merupakan antara restoran yang menghidangkan makanan laut yang paling popular di Terengganu. Hal ini memang diakui oleh ramai, termasuk orang Terengganu sendiri!
Ada berbagai jenis makanan laut yang boleh anda temui di sini. Sotong, udang, ketam, kerang dan juga beraneka jenis ikan. Lauk-lauk ini boleh dibuat goreng tepung atau dibakar, seperti sotong goreng tepung atau pari bakar. Pasti enak!
Alamat: 1482, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Setiap hari, Sabtu – Selasa (12 pm – 12.30 am), Rabu & Khamis (12 pm – 2 am) dan Jumaat (5 pm – 2 am)
Penggemar kopi, anda wajib serbu kafe ini! Merupakan antara tempat makan Kuala Terengganu hipster yang cukup terkenal di Kuala Terengganu, kafe yang turut digelar ‘kafe kontena’ ini menyediakan lebih 60 jenis kopi!
Selain kopi, makanan berat dan pencuci mulut juga turut disediakan. Sambil anda mengenakan kopi mereka yang memang pekat, bolehlah anda mencuba makanan di sini sekali. Menyelerakan dan mengenyangkan!
Alamat: 1436, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 5 – 7 pm, 8 – 11 pm
Namanya unik, sama juga seperti menu-menu yang dihidangkan di sini. Selalunya kebanyakan restoran yang menghidangkan makanan Barat pasti menghidangkan menu seperti Chicken Chop atau Fish and Chips sahaja tetapi tidak di sini!
Jika anda inginkan kelainan, singgah sahaja di Rahsia Kitchen dan cubalah menu-menu seperti Chicken Roulade, Pomodoro dan Carbonara. Jika masih inginkan Fish and Chips dan Chicken Chop, jangan risau. Menu tersebut juga ada dihidangkan di Rahsia Kitchen.
Alamat: Kampung Geliga Cik Akob, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 7:30 pm
Sata merupakan makanan tradisional negeri Terengganu yang menyajikan isi ikan yang dibalut dengan daun pisang dan dibakar. Kami yakin pasti ada di kalangan pembaca yang teringin untuk mencubanya, bukan?
Di Chukai, Warung Aziz Satar merupakan warung yang sangat terkenal dengan menu sata ini. Menurut ramai, sata di sini memang sata yang terbaik di Chukai. Selain sata, otak-otak juga turut mendapat tempias yang sama, memang ramai suka!
Alamat: 24000 Chukai, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 7 pm
Jika tadi kami sebutkan tentang sata, kali ini kita cuba otak-otak pula. Turut terletak di Chukai, alang-alang anda singgah di Warung Aziz Satar untuk mencuba satanya, anda juga boleh singgah di warung ini untuk mencuba otak-otaknya.
Keistimewaan utama otak-otak di sini ialah ianya sedikit pedas, jadi tidaklah tawar rasanya. Isi ikannya juga dikatakan segar. Selain otak-otak, pais ikan juga merupakan antara menu yang dicadangkan oleh ramai pelanggan.
Alamat: 82, Jalan Kampung Cina, Kampung Banggul, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 2 pm – 12 am
Pencinta kopi wajib serbu kafer Star Anise ini. Ada beberapa jenis kopi yang dihidangkan di sini, antaranya espresso, americano, mocha dan latte.
Menurut pelanggan yang pernah berkunjung ke sini, kopi mereka dikatakan manis namun tidaklah terlampau. Kepekatan kopi di sini dan aromanya yang harum menjadi punca utama ianya digemari.
Alamat: Lot 2188 Tingkat Bawah, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Sabtu, 12 – 11 pm manakala Jumaat 3 – 11 pm
Satu lagi restoran yang menghidangkan makanan Barat – Gossip Kitchen! Namanya juga unik, mungkin memberi maksud sambil anda makan, boleh juga anda bergosip kerana konsep restoran ini cukup santai.
Antara menu yang kami cadangkan untuk anda cuba ialah Cordon Bleu Chicken dan Chicken Chop. Hidangan yang bersaiz besar ini pasti mengenyangkan dan enak!
Alamat: Gerai G1/G2 MBKT Duyung Food Court, Pulau Duyung, Kuala Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 5 pm – 12 am
Bagi penggemar steamboat, anda boleh mencuba tempat makan Kuala Terengganu steamboat di restoran ini yang terletak di Pulau Duyung. Restoran ini terletak di tepi laut menjadikan pemandangannya sangat-sangat indah terutama pada waktu malam dengan angin laut yang amat mendamaikan.
Restoran D’Ganu Cafe Steamboat ini menghidangkan aneka jenis makanan. Ada menu makanan laut, makanan barat malahan makanan tempatan yang mampu membuka selera sesiapa yang bertandang.
Alamat: Jalan Lapangan Terbang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 5 pm – 2 am
Restoran Simpang Corner ini menyediakan pelbagai jenis menu berlainan selera. Ada selera tempatan dan selera Barat, dan menunya juga memang berbagai.
Jadi, jika anda teringin makanan Barat atau makanan tempatan, singgah sahaja di sini. Untuk makanan Barat, kami cadangkan agar anda cuba burger mereka yang mendapat pujian ramai.
Masih mahukan nasi? Pelbagai jenis nasi goreng juga boleh didapati d sini. Nasi goreng daging merah merupakan antara menu yang kerap menerima pesanan ramai.
Alamat: 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 2.15 – 7.30 pm
Satu lagi restoran di Kuala Terengganu yang menyediakan ikan celup tepung atau lebih dikenali dengan ICT ialah restoran Haji Pok Long ICT.
Lauk yang digoreng tepung ada berbagai. Antaranya ialah ikan, sotong, udang dan ketam. Yang penting, ianya digoreng dengan rangup namun kesegaran makanan lautnya masih terjamin.
Untuk minuman pula, ABC merupakan minuman yang wajib anda cuba di sini. Ada pelbagai jenis, namun ABC Jagung merupakan antara yang terlaris. Manis dan menyegarkan tekak!
Alamat: Lot 8292 Seberang Takir Darul Iman, Kampung Bukit Tok Beng, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tempat makan Kuala Terengganu seterusnya adalah kedai keropok lekor yang terletak di Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Dahulu kedai keropok lekor ini dikenali dengan Keropok BTB tetapi di jenama semula dengan Dynar Lekor.
Terdapat jenis keropok lekor yang unik juga dijual sini dengan pelbagai perisa. Boleh pening juga untuk memilihnya, sama ada untuk pilih pilihan klasik ataupun pilihan moden. Jika anda peminat cheese, keropok lekor cheese boleh dipilih sebagai pilihan.
Keropok lekor di restoran ini memang mendapat pujian ramai. Ianya rangup namun masih lembut, isinya juga agak tebal. Dicicah pula bersama sos yang manis dan pedas, memang padu habis!
Memang banyak tempat makan menarik di Kuala Terengganu ini. Ini belum lagi kami senaraikan semuanya. Baru sahaja beberapa tempat tetapi kami yakin anda pasti sudah mula memasang niat untuk singgah di tempat-tempat makan ini, bukan?
Kami cadangkan agar anda datang awal ke tempat-tempat ini supaya tidak terlepas peluang. Selamat menjamu selera!
Mencari port nasi dagang tersedap di Terengganu? Klik sahaja di link di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut!