Adakah anda masih tercari-cari tempat makan best di Kota Tinggi? Tempat makan yang bukan sahaja menyajikan makanan yang enak dan kena dengan citarasa malah berpatutan juga harganya?

Usah gundah, berikut kami senaraikan 9 tempat makan di Kota Tinggi yang wajib anda singgah. Senarai ini tidak mengikut ‘ranking’, jadi teruskan membaca!

#1 Restoran Seafood Hassan Ong

Alamat: 3, Jalan Tun Habab, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 petang – 12:20 tengah malam

Restoran Seafood Hassan Ong ini merupakan restoran Cina-Muslim yang cukup terkenal di Kota Tinggi. Jika anda teringin untuk mencuba makanan laut berasaskan makanan Cina, restoran ini wajib anda singgah!

makan @ seafood hassan ong kota tinggi

Imej via Foursquare

udang nestum @ hassan ong seafood kota tinggi

Imej via Foursquare

Antara hidangan yang anda boleh cuba di sini ialah Daging Rusa Hot Plate, siakap stim, Udang Nestum, Baby Sotong Goreng, Ayam Masak Cili dan banyak lagi. Kesemuanya dijamin lazat!

Dek kerana jumlah pelanggan yang kian ramai saban hari, kami nasihatkan agar anda membuat tempahan dengan pihak restoran terlebih dahulu supaya tidak berebut di kemudian hari.

Jadi, hubungi sahaja nombor telefon yang kami sertakan di atas ya!

#2 Gerai Belangkas Mahkota

Alamat: Jalan Kota Tinggi, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Anda pernah merasai Belangkas? Atau anda teringin untuk merasainya? Di Kota Tinggi, Gerai Belangkas Mahkota ini memang terkenal dengan menu ini.

Buktinya, gerai ini sentiasa penuh dengan pelanggan termasuk yang datang dari luar Johor. Nampaknya ramai juga menggemari belangkas atau turut dikenali dengan nama ‘King Crab’ ini, ya?

belangkas asam pedas @ gerai belangkas mahkota kota tinggi

Imej via Foursquare

Belangkas di Gerai Belangkas Mahkota ini dibuat asam pedas. Rasanya yang tidak terlampau masam dan pedas, ditambah pula dengan isi belangkas yang segar memang bikin ramai jatuh cinta dengannya.

#3 Samballana Bistro

Alamat: No 31, Jalan Kolam Air, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11.00 malam

Anda peminat tegar makanan Barat? Tambahan pula makanan Barat yang digabungkan dalam satu dulang, pasti anda kecur air liur memikirkan keenakannya bukan?

talam combo @ samballana bistro kota tinggi

Imej via Facebook

Di Samballana Bistro, anda boleh menikmati hidangan seumpama itu dan ianya ialah Talam Combo. Ada tiga set – A, B dan C Hidangan ini menggabungkan Chicken Chop, Spaghetti Bolognese Meatballs dan banyak lagi.

banana split @ samballana bistro

Imej via Facebook

Selain itu, menu lain juga tidak kurang hebatnya. Meatball Leleh, Chicken Chop Krik, Dairy Banana Split dan Fetuccine Carbonara juga merupakan antara menu yang patut anda cuba.

#4 SDS Cake House & Cafeteria

Alamat: No. 4 & 6, Jalan Niaga 2, Bandar Baru, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi – 10 malam

SDS Cake House & Cafeteria ini mempunyai 30 cawangan di negeri Johor, memang menarik! Jelas membuktikan yang ianya merupakan antara kafe terbaik di sini.

pastri @ sds

Imej via Foursquare

Salah satu cawangannya ialah di Kota Tinggi. Menghidangkan pelbagai jenis pencuci mulut dan makanan Barat, ramai pelanggan mengakui yang kebanyakannya enak-enak belaka.

makan @ sds kota tinggi

Imej via Foursquare

Antara menu yang wajib anda cuba ialah Crispy Chicken Chop, Spaghetti Bolognese, Lamb Shoulder, Teriyaki Grilled Fish Fillet dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan kualit hidangannya,

#5 Restoran Haji Daud (RHD)

Alamat: Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pagi – 12 tengah malam

Restoran Haji Daud atau RHD ini memang bikin ramai rambang mata. Bukan sahaja terkenal dengan masakan kampung, malah makanan Barat di sini juga tidak kurang hebatnya.

nasi ayam rhd kota tinggi

Imej via Foursquare

nasi campu rhd

Imej via Foursquare

Antara hidangan yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan ialah nasi ayam dan nasi campur. Lauk untuk nasi campur juga ada beraneka jenis. Dari yang bergoreng, masak lemak, kari, asam pedas, semuanya ada!

makan @ rhd kota tinggi

Imej via Foursquare

Untuk makanan Barat pula, hidangan seperti Chicken Chop, Lamb Chop dan pasta merupakan antara yang terlaris. Saiz hidangannya juga besar, pasti mengenyangkan.

#6 Ongah Goreng Pisang

Alamat: Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

Semasa cuaca panas-panas dan tekak mula terasa dahaga, makanan apa yang mula terlintas di minda? Pasti anda terbayangkan cendol yang sememangnya menyegarkan tekak, bukan?

kuih @ ongah goreng pisang

Imej via Foursquare

Jika anda teringin untuk mencuba cendol yang bukan biasa-biasa sedapnya, anda wajib singgah di Ongah Goreng Pisang ini. Bukan cendol sahaja, malah kuih-muih dan ABC pun ada.

cendol pulut durian

Imej via Foursquare

Antara cendol yang wajib anda cuba ialah cendol pulut durian. Rasa cendolnya yang lemak-lemak manis ditambah pula dengan isi durian yang lembut dan manis – satu gabungan yang sempurna!

#7 Mak Lam Seafood Teluk Sengat

Alamat: J174, Teluk Sengat, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 2 pagi – 2 petang

Pencinta makanan laut sekalian, kami ada berita baik buat anda! Di Teluk Sengat, terdapat sebuah restoran makanan laut yang merupakan antara yang terbaik di Kota Tinggi – Mak Lam Seafood Teluk Sengat!

makan @ mak lam seafood

Imej via Foursquare

nasi goreng @ mak lam

Imej via Foursquare

Ada berbagai jenis makanan laut yang dimasak dengan cara yang berbeza. Anda boleh cuba Siakap Stim, Siput Gonggong Masak Pedas, Ketam Masam Manis dan banyak lagi. Dijamin sedap tak terhingga!

#8 Kedai Masakan Kampung Ibrahim

Alamat: No 1 Simpang Telok Sengat, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7 pagi – 4 petang

Masakan kampung merupakan antara hidangan yang wajib ada terutamanya untuk makan tengah hari. Jika anda teringin menikmati masakan kampung yang cukup beraneka, singgah sahaja di Kedai Masakan Kampung Ibrahim!

lauk @ kedai masakan kampung ibrahim

Imej via Foursquare

makan @ kedai masakan kampung ibrahim

Imej via Foursquare

Antara lauk-pauk yang dihidangkan di sini ialah asam pedas belangkas, ikan pari bakar, ketam masak cili dan banyak lagi. Kesegaran makanan laut di sini juga tidak dapat disangkal lagi, jadi rugi jika anda tak cuba!

#9 Medan Selera Telok Sengat

Alamat: J222, Teluk Sengat, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 4 petang – 10 pagi

Satu lagi tempat yang pencinta makanan laut wajib singgah ialah Medan Selera Telok Sengat. Terletak berdekatan dengan Jeti Telok Sengat, sambil-sambil makan bolehlah anda menikmati pemandangan lauk yang cantik!

Ada beberapa restoran yang menghidangkan makanan laut, singgah sahaja yang mana anda berkenan. Yang pasti, semuanya menjanjikan keenakan dan kesegaran makanan laut.

makan @ medan selera telok sengat

Imej via Foursquare

Antara menu yang kerap dipesan di sini ialah siput gonggong stim, kupang masak pedas, asam pedas belangkas, ketam masam manis dan banyak lagi. Dengar nama sahaja sudah kecur air liur, belum lagi merasainya sendiri!

Kesimpulan

Banyak juga tempat makan di Kota Tinggi ini, tambah-tambah restoran makanan laut. Ini baru sahaja 9 kami senaraikan, namun kami yakin anda pasti sudah mula rambang mata, bukan?

Jika ya, singgah sahaja di mana-mana restoran yang anda berkenan dahulu. Anda juga dinasihati supaya datang awal kerana dikhuatiri ruang parkir dan ruang dalam restoran penuh. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.