Kepala Batas merupakan salah satu daerah di Pulau Pinang. Jangan terkeliru pula kerana di Kedah pun ada juga daerah yang namanya Kepala Batas, cuma ianya semestinya berbeza dengan Kepala Batas di Pulau Pinang.

Daerah ini memang terkenal dengan banyak pusat pengajian seperti Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Pusat Giat Mara Kepala Batas, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Bertam dan banyak lagi.

Jadi kami yakin pasti ramai di kalangan pelajar di Kepala Batas yang tercari-cari tempat makan menarik yang menawarkan harga berpatutan di sekitar Kepala Batas. Jangan risau, kami ada senarainya. Teruskan membaca ya!

#1 Restoran Ikan Bakar Din

Alamat: 6735, Jalan Butterworth, Kampung Permatang Manggis, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Nama restoran ini cukup terkenal di Kepala Batas. Bukan sahaja di Kepala Batas, malah ia juga begitu popular di negeri luar. Buktinya, kebanyakan pelanggan yang singgah di sini datang dari pelbagai negeri.

lauk @ ikan bakar din

Imej via Foursquare

daging @ ikan bakar din

Imej via Foursquare

Keistimewaan utama restoran ini ialah kesegaran dan kepelbagaian lauknya. Ada pelbagai jenis lauk yang dibakar yang disediakan, antaranya ikan keli bakar, ikan pari bakar, sotong bakar dan daging rimau nangis bakar.

menu @ ikan bakar din

Imej via Foursquare

Lauk-lauk ini cukup enak jika dikenakan bersama aneka ulaman yang disediakan bersama sambal belacan atau sambal tempoyaknya. Sepinggan memang tak cukup!

#2 Arango Park

Alamat: Lot 8888, 13200 Kepala Batas, Penang

Restoran ini merupakan antara ‘port’ sarapan yang agak terkenal di sini. Selain daripada ‘port’ sarapan, restoran ini juga ada cawangan lain di Kepala Batas untuk makan malam, jadi jangan terkeliru ya!

roti @ arango

Imej via Foursquare

Antara menu yang kerap dipesan ramai di sini ialah roti bakar. Mungkin kedengaran biasa sahaja tapi jika anda lihat dan rasa menu ini sendiri, menu ini memang bukan biasa-biasa.

roti bakar @ arango

Imej via Foursquare

Dihidangkan bersama sosej bersama keju di atasnya, kacang panggang dan tarikan utamanya iaitu telur separuh masak, menu sarapan ini sememangnya enak dan mengenyangkan. Anda wajib cuba!

#3 BertamLicious

Alamat: 50, Jalan Dagangan 2, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran ini ada menghidangkan aneka jenis makanan. Ada makanan Barat dan tempatan, menunya juga berbagai. Malah, ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh untuk mencuba sendiri menu-menu di sini, memang menarik!

sate @ bertamlicious

Imej via Foursquare

chicken chop @ bertamlicious

Imej via Foursquare

Antara menu yang disediakan di sini ialah burger, nasi goreng, sate dan kuey teow. Jangan terkejut, pulut mangga pun ada disediakan di sini. Yang menjadi kegemaran ramai ialah burger.

burger @ bertamlicious

Imej via Foursquare

Burgernya bersaiz besar. Dihidangkan bersama kentang goreng, rasanya juga enak dan harga yang ditawarkan juga dikatakan murah. Berbaloi dengan keenakan yang dijanjikan!

#4 Restoran Muhammad Loh

Alamat: 7-G, Jalan Dagangan, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Teringin untuk mencuba masakan cina yang halal? Singgah sahaja di Restoran Muhammad Loh. Jika di sekitar KL kita ada Restoran Muhammad Chan, di Kepala Batas kita ada Restoran Muhammad Loh. Yang pasti, resepinya memang asli!

ayam telur masin @ restoran muhammad loh

Imej via Foursquare

Antara menu yang popular di sini ialah ayam telur masin. Unik bunyinya, tapi rasa dan aromanya memang memikat. Jika dimakan bersama nasi putih panas-panas, pasti berganda keenakannya!

menu @ restoran muhammad loh

Imej via Foursquare

dim sum @ restoran muhammad loh

Imej via Foursquare

Selain itu, menu lain yang anda boleh cuba di restoran ini ialah Bihun Singapore, dim sum dan banyak lagi. Suasana restoran ini juga santai, sangat sesuai jika anda bercadang untuk makan bersama keluarga di sini.

#5 Restoran Shahul Hamid Cucur Udang

Alamat: 45, Jalan Butterworth, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Sukakan cucur udang? Inilah restoran yang wajib anda serbu jika anda sukakan menu tersebut! Mungkin cucur udang kedengaran seperti menu biasa sahaja bagi anda, namun jika anda mencubanya sendiri di sini, anda pasti akan jatuh cinta!

cucur udang @ shahul hamid

Imej via Foursquare

cucur udang @ shahul hamid

Imej via Foursquare

Cucur udang di sini dihidangkan bersama tauhu yang cukup lembut dan kuah kacang yang cukup pekat rasanya. Tekstur cucur udang itu sendiri memang rangup di luar dan lembut di dalam. Pendek kata, memang ‘tip top’!

Selain cucur udang, menu lain seperti roti canai dan roti telur juga turut disediakan di sini.

#6 Kerang Berapi

Alamat: 2747, Jalan Arumugam Pillai, Kampung Banggul, 13220 Kepala Batas, Pulau Pinang

kerang berapi

Imej via Foursquare

Dari namanya sahaja kita sudah tahu menu apa yang menjadi tarikan istimewa di sini – Kerang Berapi! Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan, ada hidangan tempatan, Barat dan Thai.

menu @ kerang berapi

Imej via Foursquare

kangkung kungfu @ kerang berapi

Imej via Foursquare

Selain Kerang Berapi, menu lain seperti siakap stim limau, kangkung kungfu dan tomyam seafood turut menjadi kegemaran ramai. Jika dimakan sebagai satu set, memang bergandalah keenakan dan kekenyangannya!

#7 D’1000 Citarasa Nasi Daging & Nasi Ayam

Alamat: Kampung Pongsu Seribu, 13220 Kepala Batas, Penang

Jika di Terengganu kita ada nasi dagang, di Pulau Pinang kita ada nasi daging! Tidak dinafikan, menu nasi daging memang cukup terkenal di negeri Pulau Pinang.

Teringin untuk mencuba nasi daging utara? Singgah sahaja di restoran D’1000 Citarasa Nasi Daging & Nasi Ayam. Menurut pelanggan di sini, nasi dagingnya murah dan enak. Air asamnya memang cukup memikat!

nasi ayam @ D'1000 Citarasa Nasi Daging & Nasi Ayam

Imej via Foursquare

Selain nasi daging, nasi ayam juga turut disediakan di sini. Tidak kurang juga enaknya, malah saiz hidanganya juga agak besar.

Kesimpulan

Banyak juga tempat makan menarik sekitar Kepala Batas ini ya. Dari makanan tempatan, Cina, Barat ke Thai, semuanya kami senaraikan buat anda. Singgah sahaja mana yang berkenan di hati.

Anda juga digalakkan untuk datang lebih awal sebelum ruang dalam restoran atau ruang parkir penuh dengan pelanggan. Memang rugi jika peluang ini dilepaskan begitu sahaja. Jadi, selamat menjamu selera ya!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.