Mencari tempat makan hipster di Langkawi?
Langkawi sememangnya terkenal sebagai antara pusat pelancongan yang utama di Malaysia. Setiap tahun, bilangan pelancongnya sentiasa ramai disebabkan oleh tarikan pantai-pantai yang cantik di sini.
Bukan itu sahaja, tempat makan di sini juga berbagai genre dan ini termasuklah tempat makan hipster.
Masih tercari-cari tempat makan hipster di Langkawi? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 tempat makan hipster di Langkawi untuk anda. Teruskan membaca!
Alamat: Lot 1388, Jalan Tanjung Rhu, Mukim Air Hangat, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm
Sukakan Fish and Chips? Jika anda berada di Tanjung Rhu, anda wajib serbu restoran Scarborough Fish & Chips- Tanjung Rhu untuk menikmati Fish and Chips yang sangat sedap.
Antara keistimewaan utama Fish and Chips di sini ialah ianya menggunakan isi ikan dori yang segar dan bukan jenis yang segera, jadi kualitinya terjamin.
Sos yang digunakan juga menyempurnakan lagi hidangan ini. Pemandangan pantai yang cantik juga pasti akan buat anda terpegun, sangat best!
Alamat: Kg Batu Ara, 132, Jalan Pantai Kok, Kampung Batu Ara, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 5.30 – 11.30 pm
Mencari tempat makan hipster di Langkawi yang juga romantis suasananya? Jika begitu, lekaslah singgah di kafe Santai @ Kuza & Luke ini.
Kafe ini meyajikan hidangan selera Barat dan Asia. Untuk hidangan Barat anda boleh cuba ialah Lamb Chop, Beef Steak, Caesar Salad dan Calamari.
Untuk hidangan tempatan pula, restoran ini memang terkenal dengan cucur pisang mereka. Ianya menjadi rebutan ramai, jadi anda wajib pesan jika ke sini!
Alamat: Sunblock, Jl. Teluk Baru, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 10 pm
Satu lagi kafe di Langkawi yang wajib anda singgah ialah The Argan Trees Restaurant.
Terletak di Jalan Pantai Tengah, restoran ini menyajikan hidangan Morocco, bukan senang untuk didapati!
Antara menu yang boleh anda cuba ialah Chicken Tagine, hidangan tradisi Morocco yang disajikan bersama sayur-sayuran dan dibakar.
Selain daripada menyajikan hidangan Morocco yang asli dan sedap, restoran ini turut dipuji dari segi servis yang cemerlang serta suasana yang menyenangkan.
Alamat: Jalan Pantai Tengah, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 3 pm – 1 am
Sebut sahaja nama restoran makanan Barat ini, pasti ramai penduduk Langkawi tahu tentangnya.
Yellow Beach Cafe menyajikan hidangan yang enak seperti pizza, nachos dan pasta.
Dekorasi restoran yang unik serta warnanya yang serba-serbi kuning juga cukup menarik dan menyerlah.
Alamat: Jalan Padang Matsirat, Kampung Pokok Asam, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 – 11.45 pm
Mahu menikmati makanan Barat yang bukan sahaja enak, malah berpatutan harganya? Di Jalan Padang Matsirat, Uncle Jai Cafe adalah kafe yang terkenal untuk itu.
Menyajikan hidangan Barat dan tempatan yang berbagai, antara menu yang boleh anda cuba di sini ialah Grilled Chicken, Nasi Goreng Blackpepper dan Kuetiau Goreng Basah.
Selain itu, restoran ini turut menyajikan pencuci mulut yang dijamin bikin ketagih. Anda boleh pesan Korean Style Waffle dan Bingsoo Buah, memang sedap!
Alamat: Jl. Teluk Baru, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 3.30 pm – 12 am
Untuk makan malam, mesti best jika anda menikmati hidangan BBQ, bukan? Untuk itu, singgah sahaja di restoran Arang BBQ & Grill Langkawi ini.
Restoran Arang BBQ & Grill Langkawi ini menyajikan hidangan Barat yang berbagai jenis.
Menu-menu yang popular di sini ialah Lamb Burger, Grilled Fish, Tikka Tempe dan Lamb Kebab.
Kesegaran daging dan ikan yang digunakan juga turut diakui ramai. Sebaik sahaja melangkah masuk ke restoran ini, anda pasti akan kecur air liur apabila terhidu aroma daging dan ikan yang dibakar.
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 3, dibuka semula pada jam 6 – 9 pm
Kebanyakan tempat makan di Langkawi selalunya mempunyai pemandangan laut. Berlainan pula dengan Pia’s The Padi ini.
Restoran ini pemandangan sawah padi yang cukup menenangkan, sesuai disinggah jika anda ingin bersantai.
Hidangan yang disajikan pula berasaskan selera Asia dan Barat. Untuk selera Asia, anda boleh cuba Rendang Daging, Butter Chicken Masala dan Sambal Ikan.
Untuk hidangan Barat pula, anda boleh mencuba pencuci mulut buatan sendiri di sini iaitu aiskrim, dijamin sedap tak terkata!
Alamat: Jalan Pantai Cenang-Ground floor of the Langgura Baron Resort, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis 12 – 11 pm, Jumaat 5 – 11 pm manakala Sabtu – Ahad 11 am – 11 pm
Melihat namanya sahaja pasti anda sudah boleh teka yang My French Factory ini menyajikan hidangan Perancis.
Jenis hidangan yang disajikan di sini ialah pastri dan pencuci mulut. Antara yang popular ialah wafel dan krep yang berbagai.
Ada boleh cuba Mushroom Beef Egg Crepe, Nutella Waffle with Coconut Ice Cream, Salted Butter Caramel Crepe dan Banana Crepe.
Bukan itu sahaja, mereka juga ada menyajikan pizza yang bersaiz sederhana, sesuai diikmati untuk minum petang.
Alamat: 5th Floor, Royal Agate Beach Resort, Jalan Pantai Cenang, Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 – 11 am, dibuka semula pada jam 5 – 11 pm
Jika anda sukakan kafe hipster yang berkonsepkan rooftop cafe, ini antara kafe hipster di Langkawi yang wajib anda terjah – Nest Rooftop BYOB Cafe.
Terletak di Pantai Cenang, restoran ini menyajikan hidangan sarapan dan makan malam yang berkonsepkan selera Barat.
Untuk sarapan, anda boleh menikmati sarapan ala English seperti roti bakar, yogurt dan penkek.
Untuk makan malam pula, anda boleh pesan stik mereka yang cukup enak. Selain itu, anda juga boleh cuba pasta dan Chicken Grill.
Alamat: 33, Jalan Pandak Mayah 4, Pusat Bandar Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11 am – 9 pm
Ingin menikmati hidangan mesra vegetarian di kafe hipster? Singgah sahaja di Melior Cafe untuk tujuan itu.
Walaupun baharu sahaja beroperasi, kafe ini berjaya mencuri tumpuan ramai kerana hidangan di sini memang dipuji ramai.
Antara yang boleh dicuba ialah Claypot Yee Mee, Malaysian Rendang, Couscous Indian Style Curry dan Langkawi Vegan Nasi Lemak.
Sudah jumpa tempat makan hipster di Langkawi yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu tempat makan yang kami senaraikan kerana semuanya memang menarik.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!