Tak susah pun nak cari tempat makan di KL waktu malam kerana semua ceruk bandar anda boleh dapatkannya. Nak cari kedai viral memang banyak, namun rasanya belum tentu kena dengan tekak. 

Nak cari makanan tradisi, makanan barat, makanan timur tengah dan lain-lain juga ada. Mudah untuk anda membuat pilihan kedai mengikut jenis makanan yang anda suka.

Kami senaraikan 15 tempat makan di KL waktu malam yang bukan sahaja viral, tapi diyakini menepati citarasa anda. Senarai tempat makan ini dicadangkan oleh penduduk setempat dan warga KL di sosial media. Jadi tak perlu ragu dengan senarai tempat ini.

WhiteButter.KL

Imej via WhiteButter.KL

Bukan tempat makan sahaja yang cantik dan berlatarkan Menara KLCC, malah parkir juga mudah untuk untuk dicari, berdekatan kedai dan paling penting percuma. Terletak di Kampung Baru, tempat makan ini makin popular.

Menu utama semestinya menu berasaskan butter. Set White Buttermilk Chicken, Salted Buttermilk Chicken, Salted Buttermilk Pasta dan Mantou Buns bersama sos Buttermilk merupakan menu pilihan ramai. Sos buttermilk pekat, pedas dan tidak muak.

Selain itu, cuba juga aneka burger besar dan kenyang untuk menikmatinya. Boleh pilih American Cheese Burger, Chick’ Fila Burger mahupun Chicken Burger Ala Kampung Baru yang menjadi bualan ramai. Setiap hidangan burger didatangkan bersama kentang goreng. Menu sampingan lain yang ramai memuji keenakannya adalah Spicy Korean Cheezy Fries, Butter Bao dan Japanese Croquettes.

Alamat: 52, Jalan Hamzah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-10.00 pm)

White N Black Kampong Heritage 

Teringin masakan kampung untuk dijadikan sebagai menu makan malam? Bukan senang nak cari di tengah-tengah bandar lebih-lebih lagi pada waktu malam. Namun, anda boleh nikmatinya di White N Black Kampong Heritage yang terletak di Chow Kit.

Restoran sangat eksklusif dimana dekorasinya juga mengikut tema makanan utama iaitu klasik dan tradisional. Restoran penuh dengan hiasan dan barangan antik. Selesa, luas dan sangat bersih.

Restoran dua tingkat ini menyediakan makanan tradisi seluruh pelusuk Malaysia. Antara menu yang mendapat perhatian kami adalah ikan bakar sambal petai, daging salai masak lemak, sambal udang petai dan terung berlada. Makan bersama ulam-ulaman dan tiga jenis sambal tradisi iaitu sambal tempoyak, sambal budu dan sambal belacan menjadikan hidangan anda lebih lengkap dan berselera.

Alamat: 15, Jalan Kamunting, Chow Kit, 50330 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa-Ahad (11.00 am-11.00 pm)

Rot Thai Steamboat & Grill

Rot Thai Steamboat adalah tempat makan di KL waktu malam yang terkenal dengan keenakan pelbagai menu Thai yang sedap. Bukan itu sahaja, Rot Thai Steamboat juga menjadi port steamboat pilihan ramai. Terdapat beberapa cawangannya di KL termasuklah Gombak, Danau Kota dan Sentul.

Jika mahu makan steamboat, ada banyak pilihan makanan laut, daging dan ayam perap serta sayur segar.  Tak kurang dengan pilihan sosnya, macam-macam rasa anda boleh dapat seperti masam dan pedas! Selain steamboat, makanan Thai semestinya ada seperti Pad Krao Pao, kerabu magga, kerabu maggi dan laksa Thai juga buat ramai terliur.

Pilihan menu buffet juga membuatkan ramai yang rambang mata untuk memilihnya. Ada makanan bergoreng, lauk-pauk dan makanan segera. Tak cukup dengan itu, anda boleh pilih sebanyak mana pemanis mulut yang terdiri daripada kek, puding dan buah-buahan. Pastikan perut anda kosong sebelum datang ke sini!

Waktu operasi: Setiap hari (4.00 pm-12.00 am)

Halab Gate 

Imej via Halab Gate

Terletak di Bukit Bintang, Halab Gate menjadi tempat makan di KL waktu malam buat penggemar makanan timur tengah. Sebut sahaja Halab Gate, ramai yang sedia tahu tentang keenakan makanan di sini. Kedai ini pernah tular dengan kesedapan shawarma yang tiada tandingan.

Rupa-rupanya ada banyak lagi menu yang sedap. Nasi arab lebih sedap jika makan bersama Tajine Shish Tawook atau Tajine Okra Lamb. Tak nak makan nasi? Apa kata cuba Lasagna Beef, Mexican Sandwich, Salad Fruit atau Kunafa. Pasti teringat-ingat!

Satu lagi menu ‘signature’ di Halab Gate adalah Halab Gate Mixed Grilled yang didatangkan bersama ayam, daging dan udang bakar bersama sos istimewa. Dekorasi restoran nampak mewah, ala-ala di Timur Tengah, eksklusif, bersih, luas dan cantik.

Alamat: 51, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang

Waktu operasi: Setiap hari (10.30 am-5.00 am)

Nasi Lemak Burung Hantu TTDI

Nama sahaja kedai nasi lemak, namun bukanlah dibuka waktu pagi untuk sarapan tetapi untuk makan malam. Nasi Lemak Burung Hantu antara kedai nasi lemak di KL dan Selangor yang tidak asing lagi di kalangan penduduk setempat.

Tiada lagi masalah jika teringin makan nasi lemak pada tengah malam. Nasi lemak ayam berempah sedap. Saiz ayam besar, teksturnya rangup di luar, lembut pada isinya dan juicy. Menggunakan beras basmathi, nasi akan dikukus selepas masak menjadikannya lembut, gebu dan wangi.

Sambalnya pekat dan sedikit manis. Nasi lemak di sini sesuai untuk semua golongan umur kerana tidak terlalu pedas. Ada pelbagai pilihan lauk seperti sambal sotong, paru berlada dan sambal udang petai.

Alamat: 19, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, KL

Waktu operasi: Setiap hari (4.00 pm-3.00 am)

Shellout Kampung Baru

Ada penggemar shellout yang mencari port shellout tersedap di KL? Jom cubanya di Shellout Kampung Baru yang terletak di Laman Selera Stadium Kampung yang berkonsepkan medan selera. Paling best, boleh makan sambil lihat permandangan KLCC.

Jika di kebanyakan kedai shellout hanya menawarkan tiga jenis shellout, namun tidak do Shellout Kampung Baru yang menawarkan beberapa jenis pilihan. Ada Shellout Buttermilk, Shellout Thai Spicy dan Shellout Sweet Sour. 

Harga shellout sangat murah iaitu RM 75 untuk 4 pax, lengkap dengan ketam, udang, lala, sotong dan sebagainya. Siap dapat buah percuma! Makanan Thai yang lain juga sedap dan sangat berbaloi untuk dicuba. 

Alamat: Laman Selera Stadium Kampong, Kampung Baru, KL

Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-12.00 am)

Flow Smoke & Brew

Imej via Flow

Smoked Brisked, Smoke Lamb Ribs dan Smoke Burger adalah tiga menu utama yang disajikan oleh Flow Smoke & Brew. Restoran halal ini bukan sahaja menjadi port makan malam di KL waktu malam bagi warga KL, malah pelancong asing turut berselera menikmati banyak menu lain di sini.

Dari luar nampak macam warung biasa namun siapa sangka vibe restoran dan menu yang ditawarkan seperti di restoran mewah. Menu utama iaitu semestinya berasaskan daging. Tak tahu nak pilih apa? Ramai yang mencadangkan untuk merasai keenakan Smoke Lamb Shank, Smoke Beef Ribs, Smoke Family Platter dan Smoke Buffalo Burger.

Pesan bersama Roti Johnlie lebih memuaskan kerana portionnya besar dan rasanya mengiurkan. Jom datang ke Flow Smoke & Brew untuk merasai daging smoke yang sedap, juicy dan murah.

Alamat: Kg Chubadak, Sentul, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa-Jumaat (5.00 pm-11.00 pm)

Banglo 289

Imej via Banglo 289

Banglo 289 menyediakan masakan Thai sebagai menu utama. Resepi turun-temurun dan memang original dari Thailand. Siapa yang pernah ke Thailand, pasti tahu keenakan rasa makanan di sana.

Restoran berkonsepkan alam semula jadi, penuh dengan pokok dan bunga yang menghijau. Persekitaran kedai luas, bersih, cantik dan nampak mewah. Walaupun begitu, tak semestinya harga setiap menu mahal. Paling penting, harga mampu milik dan berbaloi.

Walaupun dibuka dari pagi sehingga tengah malam, namun menu Thai untuk makan malam bermula 4 petang sehingga 12 tengah malam. Menu utama yang mesti dicuba semestinya tomyam yang pekat, pedas dan panas. Makan bersama nasi putih, siakap masak steam dan Yam Kaisep yang menjadi best seller. 

Alamat: 289, Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (7.00 am-12.00 pm)

Megi Ketam Bistro

Berada di Batu Caves? Jom makan di Megi Ketam Bistro yang terkenal dengan pelbagai jenis menu. Ada menu tempatan, menu barat, menu Thai dan menu Indonesia. Menu utama semestinya Megi Ketam Nipah. Kuah memang sedap untuk dihirup. Ketam besar dan isinya banyak.

Selain itu, nasi daging dendeng, char kuey teow ketam nipah dan nasi goreng udang galah juga menjadi pilihan ramai. Megi Ketam Bistro mempunyai kawasan yang luas. Anda boleh memilih untuk makan di ruangan terbuka atau tertutup.

Alamat: 143, Jalan 28/10A, Taman Perindustrian IKS, Taman Batu Muda, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin-Khamis (4.00 pm-1.00 am) | Jumaat-Ahad (3.00 pm-1.00 am)

Bamboo Canton Boy

Imej via Canton Boy

Bamboo Canton Boy pula terkenal dengan Chinese cuisine sebagai menu utamanya. Restoran eksklusif ini berada di Bangsar Shopping Centre. Yang penting, restoran ini halal, jadi bagi pelanggan Muslim, tak perlu ragu-ragu untuk menjamu selera di sini. 

Dekorasi restoran nampak mewah dan eksklusif, sesuai untuk anda yang ingin datang bersama pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan untuk makan malam dengan istimewa dan selesa. Sebut sahaja juadah Chinese yang anda teringin, semuanya ada dari dim sum, sup, hingga ke minuman.

Aneka jenis dim sum boleh anda pilih seperti Siew Mai King, Xiao Long Bao, Salted Egg Lava, Szechuan Spicy Wonton dan sebagainya. Nak makan yang lebih berat? Ramai yang mencadangkan untuk makan nasi ayam. Lala Kam Heong, BBQ Beeef, Steamed Fish in Thai Style dan Blackpaper Crab juga antara kesukaan ramai pelanggan tetap.

Alamat: Lot F129, F130, F132, 1ST Floor, 285, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 am-10.00 pm)

Tok Ayah Western

Turut dikenali sebagai Restoran Tok Ayah Sizzling & Grill, ini satu lagi port makanan barat pilihan warga KL. Setiap hari Rabu, Tok Ayah Western akan memberi chicken grill secara percuma terhad untuk 50 pax tau! Tok Ayah memang terbaik!

Setiap portion makanan barat memang banyak. Didatangkan bersama kuah lada hitam yang pekat hingga menjilat jari, Tok Ayah Western memberikan kuah banjir untuk setiap hidangan menu barat termasuk chicken chop, lamb chop chop dan lamb grilled.

Sekiranya anda datang secara berkumpulan, kami cadangkan untuk mencuba Dulang Mak Ngah mahupun Dulang Pak Su yang merupakan set untuk 1 hingga 4 orang. Setiap set mempunyai kentang, chicken chop, lamb chop, garlic bread dan coleslaw. Apa yang lebih menarik, setiap set dulang ini akan mendapat Tower Drink secara percuma!

Alamat: No 15, Jalan Cheras Indah 26, Taman Cheras Indah, 56100 Cheras, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (4.00 pm-12.00 pm)

Luck Bros Kopi

Imej via Luck Bros Kopi

Lepak di Luck Bros Kopi pada waktu malam memang best kerana suasananya cukup berbeza. Berada di dereten lorong kedai, anda boleh melihat permandangan yang berlatarkan Menara Merdeka 118 iaitu bangunan tertinggi di Malaysia dengan jelas. Memang cantik pada waktu malam kerana dihiasi lambu berkelipan. 

Nasi Lemak Panggong merupakan menu bestseller di Luck Bros Kopi. Nasi yang dikukus sangat lembut dan berbau wangi. Ayam goreng yang diletakkan besar, rangup di luar, isinya lembut dan juicy. Sambal nasi lemak juga sedap. Sambal Kantan Chicken Chop dan Salted Egg Chicken Chop yang dihidangkan bersama nasi juga menjadi kegilaan ramai.

Pesan sekali cendol mahupun ais kacang, pasti membuatkan tekan dan badan anda terasa segar pada waktu ini. Kafe yang terletak di Pasar seni ini turut mempunyai ruangan makan tertutup dengan dekorasi dan suasana yang menarik.

Alamat: 14, Jalan Panggong, 50000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin-Jumaat (10.00 am-12.00 am) | Sabtu-Ahad (9.00 am-12.00 am)

Hot Pot King

Hot Pot King mempunyai beberapa cawangan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Yang berada di KL, anda boleh datang ke cawangan Batu Caves & Jalan Kuching.

Apa yang menarik di sini? Jika ada yang tak tahu, Hot Pot King sangat terkenal dengan steamboat. Memang puas menikmati steamboat di sini kerana banyak pilihan makanan laut, ayam dan daging perap, bebola, sos, sayur dan makanan buffet yang lain.

Makan sepuasnya tanpa had! Kesemuanya ini anda boleh nikmati dengan harga serendah RM 29.80 yang terhad untuk waktu tertentu. Harga normal tetap murah tau! 

Alamat: 59, Jalan Prima SG 3/1, Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Zhang Lala Mee Tarik

Menjelang malam, restoran ini akan dipenuhi ramai orang tak kira kaum dan bangsa. Apa yang menarik di sini? Semestinya mee tarik original! Kedai ini pernah tular dengan keenakan mi tariknya dan masih dipenuhi ramai orang sehingga sekarang. Selain Chinatown, satu lagi cawangan di KL berada di Bukit Bintang.

Chicken or Beef Ramen Noodle, Chinese Lanzhou Ramen dan Daoxiao Beef Noodles antara best seller di sini. Tekstur mi yang kenyal dipadankan dengan sup yang secukup rasa, sedap dihirup ketika masih panas. Kuantiti hidangan banyak, puas dan mengenyangkan.

Selain mi tarik, makan menu sampingan seperti dumpling, Chinese Style BBQ  Skewer dan Scallion Pancake. Restoran ini dibuka dari pagi hinggalah ke lewat pagi. Jadi nak lepak sampai pukul berapa pun memang tiada masalah.

Alamat: 36, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 am-6.00)

Experiment Kitchen

Experiment Kitchen dengan tagline ‘Your Talam Expert’ menyediakan menu utama dan terkenal makanan barat yang disediakan di dalam talam. Menu tersebut didatangkan secara set dan boleh dimakan untuk beberapa orang. Tahukah anda, semua jenis burger di sini besar belaka terutama 50-50 Burger. Makan satu sahaja sudah cukup buat anda tersandar kekenyangan.

Set Talam Western, Shellout, Spaghetti Masak Lomak Atok dan Mac & Cheese merupakan menu paling laris. Menu sampingan yang perlu dicuba semestinya Puding Caramel, Original Burnt Cheesecake dan Banana Chocolate Waffle yang menjadi kesukaan ramai.

Jika datang pada waktu tengah hari, anda boleh makan set talam berlauk yang bermula 12 tengah hari sehingga 4 petang. Antaranya adalah set Talam Melati yang menghidangkan asam pedas tetel sebagai menu utama, udang sambal petai, ulam-laman dan lain-lain.

Alamat: Cheras

Waktu operasi: (12.00 pm-12.00 am)

Dah jumpa tempat makan di KL waktu malam untuk makan malam bersama pasangan, keluarga mahupun rakan? Banyak lagi tempat sedap tapi senarai di atas antara yang terbaik dan menjadi pilihan kebanyakan warga setempat.

Ada tempat yang dibuka hingga lewat pagi. Jadi tiada masalah untuk mencari tempat makan sedap pada waktu malam. Nak lepak mestilah lepak di tempat makan yang sedap, barulah puas lebih-lebih lagi makan bersama yang tersayang. Jom terjah sekarang!

Berikut merupakan tempat makan di KL yang viral boleh anda cuba:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.