KHM Strawberries & Jam

Percutian Tanah Tinggi Cameron banyak tarikannya. Udara yang nyaman dan segar menjadikan pusat percutian ini sebagai tempat paling sesuai untuk menenangkan fikiran.

Kelebihan ini menjadikan Cameron Highland tidak pernah sunyi daripada menerima kunjungan. Tidak hairan jika cuti umum, Cameron Highland pasti mengalami kesesakan jalan raya yang teruk.

Tetapi ada yang lebih istimewa yang membuatkan pengunjung terpanggil untuk ke sini. Menikmati makanan sedap di ladang strawberi.

KHM Strawberries & Jam

Imej via Facebook

Makanan Pencuci Mulut Sedap di KHM Strawberries & Jam

KHM Strawberries & Jam yang terletak di Taman Sedia Tanah Rata antara ladang strawberi yang dimiliki oleh pemilik bumiputra. Menarik di KHM Strawberries & Jam ini selain dari kita melihat buah strawberi dengan lebih dekat, kita boleh menjamu selera. Di sini terdapat pelbagai hidangan ringan yang berasaskan strawberi.

Kita dapat makan hidangan serta petik buah strawberi di tempat yang sama. Selain itu, dapat menikmati pemandangan kebun strawberi yang comel bersama keluarga.

strawberi

Di sini, anda disajikan dengan pelbagai hidangan yang mempunyai rasa yang sukar didapati di tempat lain. Anda perlu mencuba kek keju, scones, pavlova dan waffles bersama jem strawberi.

kek keju

Imej via Facebook

waffles

Rata-rata pengunjung memberi review yang bagus tentang makanan di sini. Malah set scones bersama teh di sini lebih murah berbanding tempat lain.

scones

Untuk dibawa pulang pastinya produk hiliran seperti kordial strawberi dan buah strawberi segar yang baru dituai. Terdapat juga strawberi kering, sirap ‘topping’ strawberi, jem strawberi serta acar strawberi yang sedap dimakan dengan nasi.

jem

INFO

No 9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. (163.18 km)
39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

No Telefon :05-491 1836

FB: KHM Strawberries & Jam

Waktu Operasi 09:00 pagi – 05.00 petang

KHM Strawberry and Jam had been operational in the late year 2000 as a simple hobby of the owner. The breeds and hybrid of strawberries was imported from Holland as a starting of a small experiment. After a few trials and error on the quest for the perfect system of planting, the successful fertigation system was created. The success had naturally gotten the attention of the agricultural department and MARDI which in turn provided help in form of advice and guidance from strawberry experts.

In 2002, the famous homemade jam and topping had started to fill up the shelves at the farm and other gifts shops around Cameron Highlands. While in 2003, other products like the concentrated juice, ice-cream and dried strawberry starts to contribute to the array of products.

 

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.