Bercuti di Yogyakarta memang best sebab banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Pemandangan di sekitar Yogyakarta juga begitu indah sehingga mampu memukau hati anda. Yogyakarta yang juga seringkali disebut sebagai Jogjakarta ataupun Jogja ini merupakan sebuah bandar di Pulau Jawa dan masyarakatnya majoriti beragama Islam.

Oleh itu, tiada sebarang masalah untuk mendapatkan makanan halal jika anda berada di sini. Namun, perlu diingatkan supaya anda berhati – hati dalam memilih restoran sebelum menjamu selera, kerana masyarakat tempatan ada juga yang berpakaian seperti seorang muslim, namun bukanlah beragama Islam.

Adalah sebaiknya anda benar – benar dapat memastikan restoran tersebut hanya menghidangkan makanan halal sahaja ya ! Jom kita lihat senarai tempat makan best yang boleh anda cuba di Yogyakarta.

#1. Ayam Penyet Surabaya

Ayam penyet di restoran ini memang padu rasanya. Ianya cukup garing tetapi lembut dan terasa perapan yang digunakan. Selain ayam penyet, terdapat lele penyet juga yang semestinya garing dan enak.

Ayam Penyet Surabaya

Imej via arescharesmi

Hidangan di sini disajikan bersama sambal penyet yang nampak biasa tetapi pedasnya begitu luar biasa. Begitu enak dimakan bersama nasi panas dan ayam atau lele penyet.

Ayam Penyet Surabaya

Imej via arescharesmi

Sebaiknya jika makan di sini, pesan lah air teh tawar panas. Rasanya seakan teh jasmin, dan sangat sesuai diminum kerana memberi kesegaran kepada badan anda.

Lokasi : Jalan Parangtritis, No 166 Yogyakarta, 55143, Indonesia

Waktu Operasi : Dibuka mulai 8.30 pagi hinnga 10.00 malam setiap hari

#2. Restoran Satria Resto

Kalau nak makan tengahari, penulis mencadangkan anda mencuba di Restoran Satria Resto yang berada berhampiran dengan Plaosan Temple. Pelbagai hidangan masakan panas disediakan buat para pelanggan yang datang.

Satria Resto

Imej via acuyuhan

Anda boleh mencuba menu seperti ikan masam manis, sup sayur, kangkung seafood, teh tawar, jus tembikai dan banyak lagi. Restoran ini agak menarik dari segi dekorasinya. Ia mempunyai gazebo serta mempunyai pemandangan menarik kerana berlatar belakangkan  sawah padi.

Restoran Satria Resto

Imej via facebook

Harga makanan di sini agak boleh tahan, namun hidangannya sememangnya enak dan tidak mengecewakan. Restoran ini turut mengenakan service charge ke atas bil pelanggan.

Lokasi : Jl Proliman Tulung, Tamanmartani, Kalasan, Sleman Yogyakarta 55571, Indonesia

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari

 #3. Bakso Balungan Pak Granat

Bukan sahaja menawarkan hidangan bakso yang cukup enak, layanan dari pelayan restoran juga cukup memuaskan hati. Restoran ini begitu terkenal dengan pelbagai hidangan antaranya bakso dan mee ayam.

Bakso Pak Granat

Imej via facebook

Harga mee ayam di sini begitu murah dengan saiz hidangan yang agak besar. Ia seakan mee kari yang tidak berkuah, namun dimakan bersama sup.

Bakso Pak Granat

Imej via makanjogja

Bakso di sini juga begitu mengliurkan pelanggan. Ternyata bebola dagingnya cukup padu rasanya.

Lokasi : Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa, 55511 Yogyakarta Indonesia

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.30 pagi hingga 8.00 malam (Isnin – Khamis) dan ditutup pada jam 9.00 malam (Jumaat – Ahad)

#4. Rumah Makan Bale Kambang

Rumah makan atau restoran ini terletak di kawasan berhampiran Candi Borobodur. Jadinya, setelah anda melawat Candi Borobodur, bolehlah singgah ke restoran ini jika terasa lapar.

Rumah Makan Bale Kambang

Imej via travelingyuk

Rumah Makan Bale Kambang ini menyediakan pelbagai makanan. Malah, hidangan panas seperti nasi goreng turut disajikan. Anda boleh mencuba nasi goreng special dan nasi goreng oriental yang begitu enak sekali.

Rumah Makan Bale Kambang

Imej via facebook

Bagi peminat sayuran, lebih baik mencuba nasi goreng oriental kerana ia disajikan bersama sayuran yang banyak. Saiz hidangan nasi goreng di sini cukup banyak dan mengenyangkan.

Lokasi : Jl. Raya Borobudur KM.2,8, Pabelan, Mungkid, Magelang, Jawa Tengah 56512, Indonesia

Waktu Operasi : Dibukan mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari

#5. Restoran Ayam Geprek DBC

Selepas berjalan dan membeli belah di Malioboro Street, apa kata anda mencuba hidangan makan malam di Restoran Ayam Geprek DBC yang berada di sekitar Malioboro. Ayam geprek merupakan hidangan yang begitu terkenal di sini.

Ayam Geprek

Imej via facebook

Geprek sebenarnya bermaksud ayam yang telah dihancurkan. Ayam akan digoreng terlebih dahulu sebelum dihancurkan dan dipenyetkan. Inilah yang dinamakan ayam geprek.

Semasa memesan ayam geprek anda boleh memilih tahap kepedasan yang diinginkan. Level kepedasan di Indonesia begitu berbeza, jadi bagi anda yang tidak tahan pedas, jangan pula memesan level kepedasan yang tinggi.

Ayam Geprek

Imej via facebook

Hidangan ayam geprek dimakan bersama sambal seakan sambal ayam penyet, pedas dan begitu enak. Selain ayam geprek, anda juga boleh memesan hidangan lain seperti nasi goreng, nasi lele goreng, nasi ayam geprek dan banyak lagi.

Lokasi : Jl. Beskalan no.1 (Samping Ramai Mall), Malioboro, Jogjakarta

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari

#6. Bong Kopitown

Suasana di dalam restoran ini kelihatan seperti sebuah penjara, yang begitu unik dan berbeza. Alas mejanya menggunakan daun pisang dan makanan dihidangkan di atasnya.

Bong Kopitown

Imej via bonvoyagejogja

Buku menu untuk para pelanggan juga begitu unik kerana ia seakan surat  khabar. Hidangan makanan di sini juga tidak kurang hebatnya.

Bong Kopitown

Imej via rri.co.id

Bagi anda yang merindui hidangan Malaysia, boleh cuba memesan Penang Fried Noodle, Chicken atau Beef Rice Claypot yang begitu menyelerakan. Tidak kurang hebat juga menu Singapore Laksa Noodle nya yang begitu mengliurkan. Restoran ini turut menyediakan teh tarik yang sangat popular dan terbaik untuk dinikmati.

Lokasi: Jalan Sagan Kidul, No 4, Terban Gondokusuman Yogyakarta

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari

#7. House of Raminten

Restoran ini dibuka 24 jam sehari dan menyediakan pelbagai hidangan tradisional serta makanan barat. Para pelayan restoran mengenakan pakaian tradisi yang cukup menarik dan mempesonakan.

House of Raminten

Imej via bonvayagejogja

Setiap meja makan disediakan dengan kentungan, dan pelanggan yang ingin memesan makanan atau apa sahaja, hanya perlu mengetuk kentungan tersebut. Pelayan restoran akan segera datang ke meja anda.

House of Raminten

Imej via bonvoyagejogja

Selain hidangan barat, anda boleh mencuba hidangan istimewa yang enak di sini seperti nasi brongkos, bebola tauhu serta teh sirih yang begitu berbeza. Bagi anda yang kelaparan di tengah – tengah malam semasa bercuti di Yogyakarta, anda boleh datang dan memesan makanan di sini.

Lokasi : Jalan FM Noto 7 Kota Baru, Yogyakarta

Waktu Operasi : 24 jam

#8. The Captain Urban Lounge

Menjamu selera di dalam kokpit kapal terbang pastinya memberi pengalaman yang berbeza. Jika selama ini anda hanya menjamu selera di dalam restoran, apa kata mencuba pengalaman berbeza semasa di Yogyakarta. Anda boleh mencuba menjamu selera di The Captain Urban Lounge pula.

The Captain

Imej via ratnanene

Menggunakan kokpit kapal terbang bahagian hadapan merupakan keunikan restoran ini. Bahagian ini juga dijadikan sebagai pintu masuk utama restoran. The Captain Urban Lounge ini menggunakan badan pesawat jenis Foker 28.

The Captain

Imej via ratnanene

Suasana di dalam restoran sangat menenangkan kerana terdapat live music didendangkan buat para pelanggan. Menu makanan di sini agak ringkas. Anda boleh cuba memesan nachos, tacos serta snek kudapan yang lain.

Lokasi : Jalan Damai 41 Daerah Istimewa, Yogyakarta

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 12.00 malam setiap hari

#9. Kastil Mang Engking

Bagi anda yang mungkin sudah agak bosan dengan hidangan menu tradisi masyarakat Yogyakarta, anda boleh cuba menukar selera dengan mencuba hidangan berasaskan makanan laut pula. Kastil Mang Engking menyediakan pelbagai hidangan makanan laut bermula dari kerang, udang, sotong, ikan bakar dan banyak lagi.

Kastil Mang Engking

Imej via bobocantik

Restoran ini agak unik kerana ia mempunyai replika istana di bahagian dalam restoran. Replika istana ini dibina seakan sebuah istana kerajaan sehingga para pelanggan yang menjamu selera di sini berasa seperti seorang raja yang sedap bersantap.

Kastil Mang Engking

Imej via bonvoyagejogja                                                                                                       

Selain itu, anda juga boleh menjamu selera di bahagian luar restoran iaitu makan di pondok buluh. Suasana di pondok buluh ini juga agak menarik kerana dihiasi dengan kolam ikan. Sambil menjamu selera, anda boleh melihat ikan – ikan berenang dengan riang.

Lokasi : Jalan Soragan No 13, Daerah Istimewa Yogyakarta

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam

#10. Sate Klathak Pak Pong

Semasa berada jauh dari ibu negara tercinta, pastinya anda merindui makanan yang sering dinikmati di Malaysia. Apatah lagi hidangan ringkas dan enak seperti sate.

Sate Klathak

Imej via airyrooms

Yogyakarta juga terkenal dengan hidangan sate yang begitu enak, lembut dan menyelerakan. Bagi penggemar sate, anda boleh mencuba hidangan ini di Sate Klathak Pak Pong yang terletak di bahagian selatan Yogyakarta. Bunyi sate ini agak pelik tetapi bezanya hanyalah cara penyediaannya yang menggunakan lidi besi untuk mencucuk sate.

Sate Klathak

Imej via myeatandtravelstory

Penggunaan lidi besi ini supaya daging sate yang tidak terbakar dengan bara api akan masak dengan sendirinya kerana besi panas tersebut akan memasak daging sate. Besi merupakan konduktor panas.

Selain sate, anda juga mencuba pelbagai hidangan berasaskan daging kambing seperti gulai kambing, bakar dan banyak lagi.

Lokasi : Jalan Imogiri Timur, Wonokromo Pleret, Bantul

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam

#11. Pondok Makan Pelem Golek

Pondok Makan Pelem Golek menampilkan suasana restoran yang cukup mendamaikan. Anda akan dapat mendengar kicauan burung yang begitu indah serta merdu sekali. Malah, anda boleh mendengar deruan air terjun yang cukup menenangkan.

Pondok Makan Pelem Golek

Imej via facebook

Restoran ini terletak di bahagian utara Jogja dan di pinggir sungai yang begitu tenang dan bersih. Pelbagai menu yang enak disajikan seperti ikan kerapu tabur permata, udang sos lada hitam dan banyak lagi. Kebanyakan menu yang disajikan di sini berasaskan seafood yang segar dan lazat.

Pondok Makan Pelem Golek

Imej via facebook

Lokasi : Jalan Palagan, Tentera Pelajar km 7 Sendangdadi Mlati Sieman

Waktu Operasi : DIbuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.30  malam

#12. Kimchi Go

Biarpun jauh di negara orang, anda yang begitu meminati makanan Korea boleh juga mendapatkannya ketika melancong ke Yogyakarta. Anda boleh mengunjungi Kimchi Go yang terdapat di Jogja City Mall.

Kimchi Go

Imej via chirpstory

Masyarakat Yogyakarta ramai yang menggemari makanan Korean, maka tidak hairanlah restoran makanan Korea turut beroperasi di Jogja. Restoran ini tidak hanya menyediakan kimchi, tetapi juga turut menyediakan menu lain seperti teobokki, ramen, bulgogi, dosirak dan banyak lagi.

Kimchi Go

Imej via missrisna

Lokasi : Jalan Magelang km 6 No 18 Sinduadi Sleman

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam

#13. Abhayagiri Restoran

Restoran ini memiliki pemandangan yang indah. Ia terletak di atas bukit berdekatan Candi Prambanan dan Gunung Merapi yang memberi pemandangan yang sungguh menakjubkan buat para pelanggan yang datang ke restoran ini.

Abhayagiri

Imej via gourmetcam

Hidangan di restoran ini juga pastinya indah dan enak dinikmati. Anda boleh mencuba hidangan black pepper nya yang sedap, churros, apple crumble dan pelbagai desert yang memikat hati.

Abhayagiri

Imej via gourmetcam

Lokasi : Sumberwatu Heritage Resort, Sumberwatu RT 02/RW 01, Sambirejo, Prambanan

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam

#14. Gudeg Yu Djum

Sewaktu berada di Jogja, pastinya dengan mudah anda boleh mendapatkan hidangan gudeg. Hampir di setiap pelosok, hidangan ini boleh anda temukan. Namun, yang paling popular adalah Gudeg Yu Djum.

Nasi Gudeg

Imej via gudegyudjumpusat

Pelbagai jenis gudeg anda boleh dapati di sini, bermula dari gudeg kering, gudeg kendil, gudeg basah dan banyak lagi. Pastikan anda menambah sambal krecek dalam gudeng anda kerana ianya pasti membuka selera anda.

Nasi Gudeg

Imej via visitingjogja

Lokasi : Jalan Wijilan, Panembahan, Kraton, Panembahan, Yogyakarta

Waktu Operasi : DIbuka mulai jam 6.00 petang hingga 10.00 malam

#15. Nanamia Pizzeria Mozes

Para peminat pizza boleh mencuba hidangan pizza di sini. Ia menyajikan pelbagai jenis pizza dengan topping yang berbeza.

Pizza Nanamia

Imej via food.detik

Apa yang menarik pizza di sini adalah cara  memasaknya yang menggunakan oven kayu tradisional berbanding oven elektrik. Penggunaan oven tradisional ini memberikan rasa yang lebih enak dengan aroma yang begitu menyelerakan.

Pizza Nanamia

Imej via ardiankusuma

Harga pizza yang dikenakan pula adalah berdasarkan saiz serta jenis pizza yang dipesan. Namun, pizza yang disajikan ternyata berbeza dan sedap sekali.

Lokasi :Jalan Moses Gatotkaca B9

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam

Kesimpulan

Itu sahaja senarai tempat makan best yang terdapat di Yogyakarta yang boleh anda cuba. Sesetengah restoran ini turut tersenarai di dalam tripadvisor yang begitu popular.

Pastinya anda tidak akan pening kepala untuk mencari tempat makan yang sedap dan menarik untuk dicuba ketika bercuti ke Jogja.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.