Mencari tempat makan yang sedap lagi best di sekitar Ulu Tiram?
Ulu Tiram merupakan sebuah bandar pinggiran bandar yang terletak di Johor Bahru, Johor. Ia memiliki banyak tarikan antaranya Galeri Seni Mini Kuso Trick,Taman Air & Pengembaraan Austin Heights, Komtar JBCC, Taman Aktiviti Angry Birds dan banyak lagi.
Puas berjalan pastinya anda juga ingin tahu tempat makan yang best di sekitar Ulu Tiram kan? Apa kata jom senarai restoran di sini sehingga habis.
Macam – macam jenis char kuey teow ada di sini. Ada char kuey teow ayam, sotong, udang, kerang, kupang, kambing dan ketam. Memang terasa keenakan char kuey teow yang disajikan. Makanan laut segar – segar semuanya.
Shell out pun boleh anda cuba pada hari Jumaat hingga Ahad. Rasailah keenakan ABC yang sejuk pasti menyegarkan. Jeli kelapa serta buah potong sebagai pemanis mulut. Kedainya kecil, namun tetap selesa dan bersih.
Alamat : Batu 16, Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari
Berpagi – pagi di Restoran Sedap Selalu, hidangannya jarang tak sedap, pasti sedap lah ! Pelbagai menu sarapan pagi boleh anda nikmati seperti nasi lemak, kueteow goreng, nasi goreng dan banyak lagi. Kuih muih tradisi juga tidak ketinggalan turut dijual di sini.
Menjelangnya makan tengahari anda boleh mencuba pelbagai menu yang terdiri dari masakan kampung, sambal belacan, ulam – ulaman dan banyak lagi. Memang sedap dan terbaik makanan di sini.
Alamat : 69, Jalan Cantik 2, Taman Pelangi Indah, 81800 Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari kecuali Jumaat tutup
Teringin untuk merasai keenakan masakan Padang? Apa kata cuba datang ke Tiram Klasik Corner yang menyediakan menu masakan Melayu dan Padang.
Antara menu yang menarik di sini adalah asam pedas ikan mayong, ikan pari, siput masak cili api, ikan keli masak lemak, rendang daging, urat lembu masak gulai, nasi lemak ayam, mee, soto dan banyak lagi. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan menarik ini seawal jam 7.00 pagi lagi.
Alamat :134, 132, Jalan Ciku, Taman Tiram Baru, 81800 Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Awana Asian Kitchen merupakan sebuah restoran makanan halal yang menyediakan pelbagai menu authentic Indonesian cuisine, makanan Thai dan juga tempatan, jadi anda tidak perlu risau untuk menjamu selera di sini.
Anda boleh mencuba pelbagai menu seperti sotong masam pedas Bali, ikan stim ala Thai, ikan bakar, tomyam, sotong stim ala nyonya, nasi lemak kukus, sambal udang, rendang ayam dan banyak lagi. Hidangan set nasi putih bersama beberapa jenis lauk juga turut terdapat di sini.
Restoran ini turut menyediakan taman permainan kanak – kanak, wifi percuma serta ruang makan berpendingin hawa.
Alamat : No. 42 & 44, Jalan Rawa 2, Taman Desa Cemerlang, 81800 Ulu Tiram
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.30 pagi hingga 9.45 malam setiap hari
Sambil menikmati hidangan, sambil menikmati dendangan lagu dari liveband, pastinya membuat anda rasa tenang. Jika rajin menyertai kuiz yang diadakan, ada hadiah yang boleh anda bawa pulang.
Macam – macam pilihan menu disediakan di sini. Anda boleh mencuba makanan ala Thai, masakan kampung, hidangan orang barat, makanan ala Hindustan, menu bakar – bakar dan bermacam lagi. Ada nasi lemak ayam goreng, char kue teow, laksa telur sarang, spaghetti, chicken chop, tauhu lekor, shellout, aiskrim, ikan bakar dan lain – lain lagi.
Alamat : Kg.Oren ulu tiram 81800
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam
Masakan panas di Zali Pattaya ni memang best lah ! Cuba pula sup tulangnya yang memang meletop. Ada juga set nasi putih dengan ikan siakap, sayur goreng dan tomyam, memang terbaik.
Apa kata anda cuba juga mee celup serta kerabu maggi, memang tak menyesal cuba. Bagi yang teringin pulut mangga, bolehlah merasainya di sini. Ada keropok lekor juga yang sesuai dijadikan makanan sampingan sementara menunggu hidangan utama tiba.
Alamat : 31, Jalan Sasa 5, Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari
Pernah dengar tak menu ayam genyit ? Kalau tak pernah dengar atau cuba, apa kata anda datang ke Rumah Makan Ibu dan pesanlah nasi ayam genyit.
Ayamnya rangup dan berjus, tak kering atau liat isinya. Sedap pula dimakan bersama sambal yang pedas dan meletop, bisa bikin terangkatlah. Ayam pula agak besar saiznya.
Kini, telah ada set dulang nasi ayam genyit yang boleh anda kongsi bersama ahli keluarga yang lain.
Alamat : No 1 Jln Beladau 39, Taman Putri Wangsa, 81800 Ulu Tiram Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6 petang hingga 11.30 malam setiap hari
Masakan Melayu asli, sedap dan gerenti puas hati. Dibuka dari pagi hinggalah ke malam hari, datang dan cubalah sendiri di sini.
Pagi – pagi semasa sarapan anda boleh mencuba lontong, mee soto, bihun sup, nasi lemak, kuih muih dan bermacam lagi. Pada waktu tengahari pula, bermacam lauk pauk ada, yang paling best asam pedas ikan kachi dan ulam – ulaman.
Ada juga nasi ayam, nasi goreng ayam, ayam penyet, nasi ambeng, ikan bakar serta shell out yang bukan kaleng – kaleng rasanya.
Alamat : No 57, Jalan Manggis, Taman Tiram Baru, 81800 Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.30 pagi 11.00 malam setiap hari
Restoran ini dibuka seawal jam 4.00 petang, menyediakan pelbagai masakan panas yang menarik dan tertarik. Rasa tomyamnya memang padu dan kaw, rugi kalau tak cuba.
Siakap tiga rasa, kerang bakar, kuetiaw kerang, nasi goreng dan banyak lagi boleh anda cuba. Bagi peminat mee celup, anda bolehlah mencubanya di sini. Sedap memang sedap.
Alamat : 54, Jalan Tiram 1, 81800 Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 malam setiap hari
Ayam bakar madu bersama sos pencicahnya memang lain dari yang lain. Kerabu magginya juga membuka selera. Anda yang gemarkan makanan barat, boleh cuba memesan chicken chop nya yang sedap dan menarik.
Siapa tak pernah makan di Restoran Firdaus Klasik Tomyam ni, memang rugilah. Makanannya semua sedap – sedap kerana menggunakan bahan – bahan segar dan terbaik buat para pelanggan.
Tak ketinggalan sup tulang dan seafood bakar pastinya membuat air liur meleleh melihatnya.
Alamat : 25, Jalan Cantik 2, Taman Pelangi Indah, 81800 Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi :Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 3.00 pagi setiap hari
Suasana restoran bersih dan selesa, malah agak luas untuk menerima para pelanggan. Pastinya anda dapat menjamu selera dengan tenang di sini.
Seperti restoran lain, Rawaida Tomyam menyajikan pelbagai menu ala Thai, tomyamnya memang sedap dan terasa begitu asli. Anda boleh juga cuba sup ekor yang memang cukup padu rasanya.
Nasi bujang bukan sebarang bujang, tetapi memiliki rasa yang gerenti puas hati. Anda juga boleh mencuba nasi kerabu, som tam, mee hailam dan banyak lagi. Harga? Memang sangat berbaloi.
Alamat : No 2 & 3, Jalan Ahmad Dasuki, Kampung Mulia, 81800 Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari
Jangan anda terkejut ketika menerima hidangan yang masih berasap. Kerana itu menandakan makanan anda baru sahaja dimasak panas – panas tanpa ada sebarang misteri.
Restoran ini menyediakan menu – menu yang menarik dan berasap. Apa ada pada asap ? Kehadiran asap membuatkan ramai pelanggan teruja untuk menikmati hidangan yang tersedia.
Anda boleh mencuba mee udang berasap, mee sotong berasap, mee seafood berasap, char kue tiaw kerang, bihup sup daging, bihun sup aya,. mee goreng udang, nasi goreng kampung, udang goreng kunyit, ayam goreng kunyit dan beberapa menu lain untuk dicuba.
Alamat : No 69 Jalan Tiram 1/6, Bandar Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor Bahru
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari
Makanan yang disediakan di sedia sememangnya sedap. Menyediakan menu dari negeri Pantai Timur ini sangat digemari ramai.
Antara menu menarik di sini adalah nasi kerabu, nasi dagang, ayam bakar madu yang memand marvellous, daging kambing bakar, gulai ikan tongkol, acar, pulut kuning bersama sambal, rendang, nasi lemak dan kuih muih asli.
Nasi dagang walau bagaimanapun hanya dijual pada hari Sabtu, menjadikan ia menu istimewa pada hari tersebut. Ayam madu yang dimasak begitu enak rasanya dengan perapan yang begitu memuaskan hati.
Alamat : Kampung Oren, Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari kecuali Isnin tutup
Restoran Resipi Kampong terkenal dengan makanan lautnya yang enak serta digemari ramai. Ramai pelanggan gemar menikmati hidangan shellout untuk dinikmati bersama keluarga. Memandangkan harga untuk set shellout tidak terlalu mahal dan sangat berpatutan, maka ia sering menjadi pilihan.
Selain itu, pelanggan juga boleh mencuba hidangan lain seperti ikan kukus asam boi, kupang sambal, udang goreng oat, ketam telur masin dan bermacam lagi. Anda hanya pilih jenis makanan laut yang ingin dijadikan menu santapan seisi keluarga.
Alamat : Today’s Mall Jalan Kota Tinggi, Ulu Tiram, 81800 Bandar Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi setiap hari
Kalau anda hendak makan murtabak cheese yang meleleh – leleh di sekitar Ulu Tiram ini, datanglah ke warung Murtabak Cheese Leleh yang terletak di Jalan Duku. Memang terbaik murtabak cheese yang disediakan. Kejunya yang mencari di bahagian dalam terasa lemak dan mengliurkan.
Terdapat 3 pilihan murtabak yang boleh dicuba iaitu murtabak ayam, daging atau kambing. Selain murtabak, anda juga boleh menikmati nasi lemak kukusnya yang juga enak bersama segelas teh tarik kaw.
Alamat : Jalan Duku, 81800 Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Nasi lemak di restoran ini dikukus dan lembut sahaja nasinya. Bau halia dan serai yang dimasak bersama nasi memberi aroma yang mengasyikkan.
Anda boleh menikmati nasi lemak yang dilengkapi lauk – pauk menarik seperti rendang kambing, rendang lembu, rendang ayam, ayam goreng, sambal paru, sambal kerang, sambal kupang dan sotong. Selain itu, terdapat juga menu soto yang boleh menjadi pilihan anda.
Alamat : 15, Jalan Resam 13, Taman Bukit Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari
Para pencinta asam pedas asli dari Johor boleh datang dan cuba sendiri asam pedas di Gerai Nasi Ayam & Asam Pedas Power Hussin ini. Menyediakan menu asam pedas resepi asli menggunakan bahan – bahan segar sahaja.
Terdapat asam pedas mayong, asam pedas pari, asam pedas merah, asam pedas ikan kachi dan asam pedas kembong. Selain asam pedas, anda boleh juga mencuba nasi ayam dengan saiz hidangan yang agak besar.
Alamat : No. 4, Gerai JKKK Simpang Melor, Kampung Oren, 81800 Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang setiap hari kecuali Selasa cuti
Anak jati dari Pantai Timur yang rindukan mee celup, boleh datang menikmati mee celup di warung Mee Celup Kak Yah ini. Rasa kuahnya yang menyegarkan pasti membuat anda tersandar kekenyangan.
Terdapat kepingan daging dan juga ayam di dalam kuah mee celup ini. Tambahan jejari ketam di dalam hidangan ini juga memberi rasa yang lebih menarik. Pastikan anda menambah cili dan bahan – bahan lain sebagai penambah perisa.
Alamat : 492, Jalan Sungai Tiram, Kampung Sungai Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari
Penyet House terkenal dengan nasi ambeng ayam kicap yang begitu berbeza dari tempat lain. Keenakan campuran bahan yang dimakan bersama melengkapkan rasa di jiwa.
Selain nasi ambeng, makanan lain yang tidak kurang enaknya adalah nasi lemak bersama telur dan ayam goreng, nasi goreng biasa dan sosej, nasi goreng kampung, mee / bihun goreng, soto dan juga mee siam. Kalau anda malas hendak keluar rumah, order sahaja melalui FoodPanda.
Alamat : No 5, Simpang JKK Taman Melor, Kg. Oren, 81800 Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari
Para penggemar ais kepal seperti mana zaman kanak – kanak dahulu, boleh lah menikmatinya di sini. The Straits Kopitiam menyediakan asi kepal legend yang menjadi kegilaan ramai.
Kopi yang disediakan cukup kaw dan pastinya peminat kopi tidak menyesal minum di sini. Menu – menu lain di sini kebanyakan menu dari Penang seperti Penang cheong fun, mee siam kuah, mee udang Penang dan laksa Penang. Laksa Johor pun tidak ketinggalan ada di sini.
Paling menarik adalah ais kepal yang berwarna warni dan cendol yang cukup lemaknya.
Alamat : Lot No 16,KM 20,Jalan Kota Tinggi, 81800 Ulu Tiram, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Kesimpulan
Memang menarik makanan yang terdapat di sekitar Ulu Tiram Johor ini. Tak rugi kalau anda cuba di salah satu restoran yang disenaraikan. Pastinya berbaloi untuk wang yang anda bayar kali ini.