Anda tercari – cari tempat makan di sekitar Gurun ? Jangan risau sebenarnya banyak tempat makan yang best – best di sini.
Kali ini kami akan bawa anda ke beberapa tempat makan yang popular dan sering menjadi pilihan ramai. Jom tengok di manakah lokasinya.
Sebut sahaja nama restoran ini, pasti ramai mengenali. Memang top lah restoran ini sesuai dengan namanya.
Ia terletak di hadapan simpang 3 Guar Nenas, dibuka seawal jam 10.00 pagi dan pada waktu ini anda sudah boleh menikmati hidangan tengahari. Kalau dah lapar, apa salahnya makan tengahari terus kan.
Menu yang paling di sini adalah sotong bakar yang dikenali dengan nama sotong buncit jahat. Memang glamer nama menu sotong di sini, isinya tidak liat dan terasa segar. Malah, perapan sotong yang digunakan memang terbaik.
Selain sotong, anda boleh mencuba menu berasaskan ikan, seperti ikan bakar, kari kambing, set nasi samada set bawal, udang, sotong, kari tenggiri, ulam – ulaman seperti terung bakar, kerabu pegaga, gulai nanas ikan masin, sambal belacan, daging bakar, sup daging serta banyak lagi menu yang boleh anda pilih. Harga pula sangat berpatutan dan tidaklah mahal.
Alamat : Berhadapan Simpang 3 Guar Nenas, Guar Nenas, 08300 Gurun, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kecuali Jumaat tutup
Cadangan kedua tempat makan best di sekitar Gurun adalah Gerai Kak Chaq Ikan Bakar. Ia terletak berhadapan Bank Simpanan Nasional dan bersebelahan Petronas. Senang dicari serta tempat parking kereta pun agak luas.
Menu di sini memang sangat menarik antaranya kambing bakar, sotong bakar, ikan bakar dan juga ayam bakar. Kesemua menu dibakar ini sangat mendapat sambutan kerana aromanya yang begitu menyelerakan.
Selain itu anda juga boleh mencuba masakan kampung lain seperti gulai itik, gulai ayam kampung dan juga sup tulang. Jangan lupa untuk mencuba gulai batang pisang juga. Kalau nak cuba makanan di sini, sebaiknya tiba awal sebelum pukul 2.00 petang ya.
Alamat : Jalan Utama Alor Setar-Sungai Petani, Gurun, 08300 Gurun, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad tutup
Menu utama di warung ini adalah laksa dan juga mee rebus. Warung ini mendapat nama kerana laksa yang dimasak menggunakan dapur arang, yang jarang kita dapati lagi. Kuahnya yang pekat begitu terasa isi ikannya dan dimasak menggunakan dapur arang ini memberi aroma yang begitu berlainan.
Mee rebus di sini juga padu, kuahnya pekat dan rasanya cukup lengkap, manis, pedas, masin. Kerepek tepung yang dimakan bersama mee rebus ini begitu rangup dan menambah rasa.
Minuman yang paling best di sini adalah laici kang. Rata – rata pelanggan yang datang akan order laici kang ini sebagai penghilang dahaga. Warung ini juga mendapat sambutan oleh pelanggan Cina yang menggemari laksa di sini.
Alamat : Kampung Pulau Chengai, 08300 Gurun, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari kecuali Jumaat tutup
Menyediakan sehingga 60 jenis lauk pauk masakan Melayu di waktu tengahari, tiada siapa bisa menafikan keenakan menu di sini. Ada bermacam ikan bakar, kambing bakar, daging bakar, sotong buncit, asam pedas claypot, ulam – ulaman dan bermacam lagi.
Sering menjadi tumpuan pada waktu tengahari, dan sebaiknya anda membuat tempahan meja jika datang secara berkumpulan. Suasana kedai selesa dengan ruang makan berhawa dingin.
Mada sebelah malam pula, anda boleh menikmati pelbagai makanan Barat yang memang menarik untuk dinikmati. Terdapat bermacam menu western seperti spaghetti, meatball, chicken chop, lamb chop, fries, dan bermacam lagi.
Alamat : Lot 405, Pekan Atap, Gurun, 08300 Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam
Rugi kalau tak singgah di warung ini. Biarpun hanya warung kampung, namun menu tempatan yang disajikan ternyata memberi kepuasan sebenar.
Gulai termenung di warung ini rata-rata menjadi pilihan penduduk tempatan. Selain menu ini, anda juga boleh mencuba ikan bakar, sup urat keting, bawal goreng, keli goreng, laksa, bihun sup, mee goreng, nasi ayam, mee rebus, ABC dan juga laici kang sebagai penyegar hari anda.
Alamat : Gurun, 08300 Gurun, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari kecuali Rabu tutup
Sekiranya anda melalui tol Gurun dan menghala ke ke arah Sik, Baling dan sebagainya, jangan lupa singgah dulu di Cendol Pulut Peladang. Cendol di sini memang terbaiklah, tambah pula ada bermacam jenis cendol, cendol biasa, cendol pulut, cendol aiskrim, cendol jagung, cendol kacang dan cendol durian.
Bagi yang tidak gemar dengan cendol, boleh lah cuba ABC yang juga enak. Warung ini dibuka setiap hari turut menyediakan menu lain seperti laksa, bihun sup, mee rebus dan juga mee kari.
Alamat : Jalan Gurun, 08300 Jeniang, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Tercari – cari nasi Arab yang sedap di sekitar Gurun ? Apa kata anda datang ke restoran Humaira Nasi Arab. Rasanya pasti tidak mengecewakan.
Menghidangkan menu nasi Arab yang terdiri dari nasi mendy ayam, kambing, shawarma, nasi kabshah, nasi ayam Arab chicken chop, chicken grill, chicken chop dan bermacam lagi menu menarik untuk dinikmati. Masakan dari negara Timur Tengah ini memberi satu kenikmatan kepada peminat – peminatnya.
Alamat : Shoplot 21 Tingkat Atas, Taman Setia Harmoni, Jalan Jeniang 08300, Gurun, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari kecuali Rabu tutup
Mungkin ada yang tidak pernah mendengar nama tempat Jeniang. Ia sebenarnya terletak di antara daerah Gurun dan juga Sik. Warung CEN Cendol Pulut ini pula terletak di Pekang Jeniang menampilkan keunikan reka hias yang menarik dengan susunan tin susu seakan Menara tiga segi.
Cendol di sini memang sedap dan terbaik, cukup dengan rasa lemak manis. Anda mesti cuba cendol pulutnya yang menjadi menu utama. Selain itu, ABC dan laici kang juga menjadi permintaan pelanggan.
Bagi yang ingin menjamu selera di sini, anda boleh menikmati nasi ayam, laksa dan juga nasi campur dengan lauk pauk tempatan. Suasana di sini begitu selesa dengan layanan yang cukup baik dari pelayan warung ini.
Alamat : Kampung Jeniang, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 7.30 malam setiap hari
Nasi kandar dengan orang Utara memang sangat sinonim dan tidak dapat dipisahkan. Restoran Nasi Kandar Hussain ini sering menjadi tumpuan ramai, tidak mengira bangsa.
Anda boleh menjamu selera di sini seawal jam 7.00 pagi lagi dengan pelbagai menu berasaskan roti canai, roti telur, tosei, nasi lemak, capati dan bermacam lagi. Jangan lupa untuk mencuba teh tarik kaw di sini.
Lagi satu menu yang sememangnya sentiasa menjadi rebutan dan pilihan ramai sudah tentulah nasi kandarnya yang memang padu dengan kuah kari campurnya yang membuka selera ramai. Ayam gorengnya pula enak dimakan bersama nasi putih atau dimakan begitu sahaja.
Alamat : Jalan Jerai Maju 9, Taman Jerai Maju, 08300 Gurun, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari
Nak makan makanan western? Anda boleh cuba hidangan di Restoran D’Pohon ini yang menyediakan hidangan western di Gurun ini. Bukan sahaja menu makanan Barat, namun terdapat juga menu masakan Melayu di sini.
Suasana restoran menampilkan konsep senibina Melayu ala – ala kampung yang begitu selesa. Pelbagai menu yang anda boleh rasai sendiri seperti nasi putih gulai ikan termenung, nasi putih ayam berempah, sup gearbox, cendol pulut durian, ais kacang salji durian, laici kang, dan bermacam lauk pauk tempatan.
Bagi yang ingin menikmati makanan western, anda boleh menikmatinya seawal jam 2.30 petang. Pelbagai menu seperti lamb grill, chicken chop, spaghetti dan bermacam lagi untuk anda cuba. Sangat menarik untuk anda nikmati.
Alamat :Lot.1 Setor Jln. Sg. Petani, Kg. Kepala Bukit, 08300 Guar Chempedak, Gurun, Kedah. Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari
Restoran S & S Catering menyediakan pelbagai menu masakan panas dan juga makanan Barat. Kalau anda peminat hidangan western, boleh cuba menu menarik di sini.
Baru tengok senarai menu pun dah boleh buat anda terliur, apa tah lagi rasanya yang tidak mungkin dapat disangkal lagi. Anda boleh pelbagai jenis set makanan keluarga yang terdiri dari set set keluarga, set kasih sayang dan juga set bulan madu.
Kesemua set ini mempunyai beberapa jenis makanan yang terdiri dari lamb chop, chicken chop, coleslaw, roti bakar, jejari ayam, daging burger, sosej dan juga minuman. Jika lebih gemar makanan panas, di sini juga turut menyediakan menu masakan panas yang juga enak sekali. Bukan itu sahaja, nasi Arab juga mendapat tempat di hati para pelanggan yang datang.
Alamat : No 1, Jalan Keranji 1, Jalan Yan, 08300 Guar Chempedak, Gurun Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.30 petang hingga 12 tengah malam setiap hari
Bagi yang menyusuri jalan lama Gurun ini, apa kata singgah dahulu di Kedai Cendol Durian Pak Tuan yang begitu popular ini. Keenakan cendol di sini memang tidak dinafikan dengan rasanya yang cukup lemak manisnya.
Pelbagai jenis cendol yang wajib anda cuba antaranya cendol durian, cendol tutti fruiti, cendol buah tropika, cendol pulut, ABC, milo kepal dan jus tropika. Sambil minum cendol, anda juga boleh mencuba pulut durian dan lemang periuk kera yang jarang ditemui.
Alamat : Jalan Gunung Jerai, Kampung Titi Teras, 08300 Guar Chempedak, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari kecuali Selasa tutup
Ismai Idris Mee Bandung berada di Medan Selera Guar Chempedak. Ia berada bahagian hujung sekali dan medan selera ini memiliki ruang parkir yang agak luas dan selesa.
Makanan yang begitu popular di sini adalah mee udang, mee tulang, mee bandung, mee goreng udang, bihun sup, sup power dan juga ABC. Kesemua makanan di sini terjamin kualiti serta keenakannya. Malah saiz hidangan juga agak besar.
Selain itu terdapat juga nasi ayam, sup perut, dan bermacam lagi. ABC Gunung pula boleh dikongsi sehingga 4 hingg5 orang kerana mangkuknya agak besar.
Alamat :51, K146, Guar Chempedak, 08300 Gurun, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari
Menu terbaru dan istimewa di Firti Tomyam ini adalah daging bakar Danok yang begitu terkenal di negara Thailand. Bukan kaleng – kaleng rasanya, malah tukang masak yang berasal dari Siam itu menyediakan menu masakan ala Thai begitu terbaik sekali.
Anda boleh merasai sendiri keenakan sup kaki ayam yang memiliki kolagen, tomyam, mee Kungfu, chicken chop serta bermacam menu lain lagi.
Alamat : Jalan Utama Gurun, 08300, 08300 Gurun, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 3.00 pagi setiap hari
Satu lagi restoran Nasi Kandar yang memang sempoi baq hang, iaitu dikenali dengan nama Nasi Kandar Suria Sempoi. Lauk pauk nasi kandar di sini memang banyak pilihan, malah kari yang terdapat di sini terdiri dari beberapa jenis.
Rasa nasi kandar dan lauk pauk di sini begitu menyelerakan dan tak rugi makan di sini. Jika inginkan menu lain, anda juga boleh mencuba mee rebus, mee goreng, bihun sup, rojak dan bermacam makanan lain turut menjadi pilihan ramai.
Alamat : Kampung Baharu, 08300 Gurun, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Jika anda yang sedang berada di lebuhraya utara, tiba – tiba terasa lapar pula, apa kata singgah dahulu di R&R Gurun arah utara. Sambil menjamu selera anda juga boleh berehat sebentar.
Terdapat kiosk laksa yang sangat marvellous rasanya. Kuahnya yang pekat dengan isi ikan yang banyak pastinya memuaskan hati anda. Kiosk yang diberi nama MyLaksa ini dapat memenuhi selera peminat laksa dan tidak mengecewakan rasanya. Nak sedap lagi tambah pula dengan otak udang yang lebih umph.
Alamat : Kampung Pulau Chengai, 08300 Gurun, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari
Pada penghujung tahun 2019, restoran Mercato House baru sahaja memulakan operasi perniagaannya. Ia menawarkan menu yang pelbagai yang terdiri dari masakan panas dan masakan barat.
Suasana restorannya agak selesa dan bersih. Ia menyajikan burger gril, chicken chop, mushroom soup, lamb chop, meatball, masakan panas seperti nasi goreng, mee goreng, mee Kungfu serta bermacam lagi.
Harga makanan di sini sangat berpatutan dengan portion yang agak besar sangatlah berbaloi untuk pelanggan yang datang.
Alamat : Jalan Utama Alor Setar-Sungai Petani, Kampung Pulau Chengai, 08300 Gurun, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 12.00 pagi setiap hari kecuali Isnin tutup
Dengan hanya RM 5.50, anda akan dapat menikmati sebungkus nasi kukus dengan sambal pedas, ayam goreng yang rangup serta air minuman. Ayam gorengnya pula dihidangkan panas – panas dengan kuah gulai ori resepi Kelantan.
Resepi masakan ini sememangnya asli dari Kelantan. Anda akan diberi ayam goreng yang agak besar iaitu suku bahagian. Biarpun ayam ini terasa rangup, namun bahagian dalamannya lembut dan berjus membuat ramai tergila-gilakan ayam di sini.
Alamat : No 36, Guar Utama, Guar Chempedak, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Jumaat cuti
Kebanyakan dari kita sangat menggemari tomyam sebagai menu pada waktu malam. Rasanya yang masam, pedas dan sedikit lemak begitu menyelerakan dan menyegarkan.
Restoran King Tomyam ini terletak di jalan utama Gurun menghala ke Alor Setar. Sekiranya anda ingin menjamu selera di sini, ruang parkir kereta tidak disediakan, namun anda boleh meletakkan kenderaan di bahu jalan sahaja.
Menu yang terdapat di sini sudah tentulah tomyam sebagai hidangan utama. Antara lain adalah seperti ikan kukus, ayam goreng kunyit, sotong pedas, ketam goreng mentega serta banyak lagi. Terdapat juga menu makanan barat iaitu mini chicken chop, chicken chop, lamb chop serta daging bakar Danok yang pastinya menyerikan lagi selera anda.
Alamat : 91, Jalan Utama Alor Setar-Sungai Petani, Kampung Guar Chempedak, 08300 Gurun, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari
Sarapan hanya bermula jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi dengan menu seperti roti kukus, roti titab, roti bakar, cereal, English breakfast (sosej, hashbrown, omellet, jagung, baked bean), maggi goreng dan juga telur separuh masak. Menu yang begitu ringkas untuk memulakan hari anda.
Pelbagai menu menarik yang anda mesti cuba di sini adalah nasi butter milk chicken, kids combo, spaghetti, burger, lamb chop, chicken chop, nasi goreng lamb chop, Korean chicken, blackpink burger, fish and chip, coffee cube, kek, mushroom soup, brownies dan nasi lemak ayam. Saiz hidangan yang agak besar cukup mengenyangkan.
Alamat : No, 185-D, Jalan Raya, 08800 Guar Chempedak, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 11.30 malam setiap hari kecuali Khamis tutup
Laksa dan cendol begitu popular di sekitar Gurun. Anda dah tahu hendak cari di mana ? Jangan lupa kongsikan artikel ini supaya lebih ramai yang tahu.