Berbicara tentang makanan sedap di Kedah memang banyak. Dari sarapan hingga ke makan malam ada sahaja tempat yang boleh disinggah. Ada makanan biasa-biasa dan ada makanan yang ada kelainan seperti roti canai. Bagi penggemar hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang mahu mencuba roti canai yang sedap dan unik, boleh singgah di Gerai Roti Canai Celaru.

Roti Canai Celaru mungkin kedengaran pelik namun hidangan ini tidak asing buat peminat roti canai di Alor Setar.

Gerai roti canai ini pernah tular sedikit masa dulu. Ini kerana gadis dari Italy bernama Chantal Viola pernah menebar roti canai di sini. Gadis ini adalah pelajar program pertukaran pelajar ke Kedah.

Roti Canai Celaru

Chantal Viola menebar roti canai.

Beliau menggunakan masa terluang ketika tidak mempunyai kelas atau hari cuti untuk berkerja di gerai milik jirannya. Selain dari mengambil order, Chantal Viola juga tidak kekok untuk turut mempelajari bagaimana untuk menebar Roti Canai.

Roti Canai Celaru Tidak Secelaru Rasanya

Roti canai celaru

Imej via Facebook. Melimpah-limpah kuah roti celaru. Gabungan kuah yang sedap

Roti canai banjir dengan kuah dal, kuah sardin dan sambal. Ada pula telur mata di atas. Roti Celaru ini disiat-siat, dimasukkan ke dalam cawan dan kemudiannya ditelangkup ke dalam pinggan membentuk segumpal roti.

Telur Goreng Separuh Masak kemudiannya diletak di atas gumpalan roti ini. Kuah yang terdiri dari Kuah Parpu Dal, Kuah Sadin dan Sambal Tumis kemudiannya disiram di atas gumpalan roti ini.

roti celaru

Imej Via Foursquare Teh tarik kaw. Gabungan terbaik bersama roti celaru

Popular di Alor Setar. Gerai berdekatan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar. Makan di sini kena sabar sebab ramai orang. Kena tunggu giliran.

Dibuka seawal jam 7 pagi hingga 1 petang. Buka dari Isnin hingga Sabtu sahaja.

Selain roti celaru, terdapat juga roti kosong, roti sardin, roti bom, nasi lemak dan kuih muih. Ada juga roti doll. Roti Dholl di mana kuah hanya diletak di keliling roti.

Gerai ini sudah dibuka hampir 17 tahun. Namun rasanya tetap sama. Hendak makan Roti Celaru ini mudah sahaja. Masuk Tol Alor Selatan dan belok ke kanan menuju ke Bandar Alor Setar. Cari Sekolah Menengah Teknik di sebelah kiri jalan. Masuk laluan ke sekolah dah nampak gerai.

Alamat: Lorong Teknik, Taman Gunung Perak, 05400 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 7 pagi hingga 1 petang. Isnin hingga Sabtu (Ahad tutup)

 

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.