Mencari tempat makan best di Batu Ferringhi?

Batu Ferringhi merupakan salah satu tarikan pelancongan di Penang yang popular dengan pantai dan hotel-hotel berdekatannya. Selain itu, tempat makan di sini juga ada banyak dan berbagai.

Masih tercari-cari tempat makan untuk disinggah? Tidak mengapa, berikut kami senaraikan 10 tempat makan best di Batu Ferringhi untuk anda. Teruskan membaca!

#1 The Grand Lebanon, Batu Ferringhi

Alamat: 110-1A & 1B, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 12 am – 12 pm

Teringin untu menikmati makanan Arab? Singgahlah di restoran The Grand Lebanon di Batu Ferringhi ini. Makanan Arab di sini bukan sahaja sedap, malah ianya juga asli.

tempat akan batu ferringhi
Imej via Instagram

Ada pelbagai jenis menu yang boleh anda cuba. Antaranya ialah Prawn Masala, Mandi Lamb, Mutton Rogan Josh dan banyak lagi. Memang berbagai!

#2 Hard Rock Cafe

Alamat: Batu Ferringhi Beach 11100, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, Isnin, Rabu & Khamis (12 – 10 pm), Selasa (6 – 10 pm) manakala Jumaat – Ahad (12 pm – 12 am)

Kami tak perlu lagi perkenalkan Hard Rock Cafe kepada anda, kerana pasti ramai sudah pernah terdengar namanya. Ianya mempunyai cawangan di seluruh Malaysia, jelas membuktikan popularitinya.

Imej via Foursquare

Salah satu cawangannya ialah di Batu Ferringhi. Antara hidangan yang boleh anda cuba ialah Fish & Chips, Prawn Char Kway Teow, Barbecue Chicken & Classic Burger.

#3 Ferringhi Garden

Alamat: 34, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Ini merupakan antara tempat makan di Batu Ferringhi yang popular – Ferringhi Garden Restaurant. Ianya menyajikan makanan Barat dan mempunyai suasana yang cukup romantis.

Imej via Foursquare

Restoran Ferringhi Garden ini menyajikan makanan Barat seperti stik dan makanan laut yang segar-segar. Konsep dekorasi restoran yang moden dan santai pasti akan menjanjikan keselesaan buat anda.

#4 Rubin Mardini Penang

Alamat: No 591, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 10.30 pm

Restoran Rubin Mardini Penang ini ada menyajikan makanan Turki. Bukan senang untuk jumpa restoran makanan Turki sekitar sini, jadi anda wajib singgah di restoran ini!

Imej via Instagram

Antara menu yang boleh dicuba ialah Hummus, sandwic Falafel, Tabouleh, salad Fattoush dan banyak lagi. Saiz hidangan juga agak besar, memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

#5 Apam Balik Station Batu Ferringhi

Alamat: 01A, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 3 – 10 pm

Untuk makan petang, pasti anda teringin sesuatu yang rangup dan manis, bukan? Cubalah apam balik di Apam Balik Station ini, pasti anda akan jatuh cinta dengan keenakkannya!

tempat makan best batu ferringhi
Imej via Foursquare

Apam Balik STation memang terkenal dengan apam balik yang dikatakan rangup di luar dan lembut di dalamnya. Terdapat lebih 30 topping yang boleh anda pilih, sangat beraneka.

#6 Ferringhi Steamboat & Grill Buffet

Alamat: Lorong Sungai Emas, Kawasan Perumah

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Sleasa, 6 pm – 12 am

Bagi yang menggemarkan makanan buffet, apa kata anda singgah di restoran Ferringhi Steamboat & Grill Buffet ini? Ianya menyajikan hidangan buffet yang sedap dan memuaskan hati!

Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis pilihan yang disajikan. Anda boleh cuba ayam, daging lembu dan daging kambing yang diperap, memang sedap! Servis yang baik serta harga yang berpatutan juga merupakan antara tarikan restoran ini.

#7 Kak Ani Seafood

Alamat: Bayu Senja Complex, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Ini juga merupakan restoran makanan laut yang popular di Batu Ferringhi – Kak Ani Seafood. Pemandangan matahari terbenam yang cantik juga dapat anda lihat jika singgah ke sini, sangat menarik!

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan sajian tempatan. Pilih sahaja jenis makanan laut yang anda suka dan cara masakannya, pasti dapat disediakan. Makanan laut juga segar-segar dan ada berbagai pilihan.

#8 Mee Udang Batu Ferringhi

Alamat: 11050 Batu Ferringhi, Penang

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 6 pm – 12 am

Mi udang cukup enak dinikmati semasa waktu petang atau makan malam. Tambahan pula jika mi udang tersebut bersaiz besar, pasti lebih memuaskan hati.

Imej via Instagram

Untuk itu, singgah sahaja di restoran Mee Udang Batu Ferringhi yang terletak berhadapan dengan Hotel Holiday Inn ini. Mereka menggunakan udangan yang segar dan bersaiz besar, memang terbaik!

#9 Nasi Campur Umi

Alamat: 3C, Jalan Sungai Emas, Kawasan Perumahan Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Tiada idea nak makan apa untuk makan tengah hari? Apa kata anda makan nasi campur di Nasi Campur Umi ini, pasti menyelerakan dan mengenyangkan.

Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis lauk selera tempatan yang boleh dipilih. Selain itu, mereka juga ada menyajikan makanan Barat dan sizzling, jadi jangan lupa cuba!

#10 Danish Biryani House

Alamat: Kawasan Perumahan Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi, Penang

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 1 am

Ada penggemar briyani di sini? Ada pelbagai restoran yang menyajikan briyani di Penang, Danish Biryani House merupakan salah satunya. Jika anda berada sekitar Batu Ferringhi, anda wajib singgah di sini.

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh dicuba ialah Chicken Biryani, Tikka Masala, Cheese Naan dan Mutton Karahi. Ramai pelanggan mengakui hidangan di sini sedap-sedap belaka, rugi jika anda tak cuba!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan di Batu Ferringhi yang ingin dilawati? Jika berpeluang, singgah sahaja mana-mana tempat makan yang kena dengan citarasa anda.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.