Mencari tempat makan di Ayer Keroh?
Ayer Keroh merupakan bandar di Melaka yang terletak di Bukit Katil. Ayer Keroh juga merupakan pusat pentadbiran negeri Melaka dan ianya sering dikunjungi oleh ramai pelancong.
Jadi, semestinya tempat makan di Ayer Keroh ada berbagai. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 tempat makan di Ayer Keroh untuk anda. Teruskan membaca!
Alamat: 202, Perhentian Kuih Kampung, Ujong Pasir, 75050 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 7 pm
Melaka memang terkenal dengan Asam Pedas, jadi jika anda berkunjung ke sini, jangan cuba untuk menikmati asam pedas di restoran Asam Pedas Pak Man. Di sini, ada beraneka jenis ikan boleh yang dipilih.
Antara lauk yang anda boleh cuba ialah asam pedas ikan kembung dan ikan pari, enak dimakan bersama nasi putih panas-panas! Kuah asam pedas yang pekat juga merupakan antara punca restoran ini begitu popular.
Alamat: Jalan TU 40, Ayer Keroh, 75350 Ayer Keroh, Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 7.30 am – 6 pm
Ada yang sukakan ikan bakar di sini? Ikan bakar cukup sedap dinikmati untuk makan tengah hari atau makan malam. Jika ikannya segar, lagilah berganda keenakkannya.
Ikan bakar di restoran Ikan Bakar Malim ini diakui segar oleh ramai pelanggannya. Jenis ikan juga ada berbagai. Anda boleh cuba ikan pari, ikan kembung, ikan siakap, ikan keli dan banyak lagi.
Alamat: 8 & 10, Lingkaran Mitc, Kompleks Perniagaan MITC Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm, Jumaat (3 – 10 pm)
Rumah Makan Cibiuk merupakan restoran makanan Indonesia yang namanya sudah tidak asing di negara kita. Hidangan yang enak-enak serta asli merupakan tarikan utama restoran ini.
Ada berbagai menu yang boleh anda cuba. Antaranya ialah nasi liwet, nasi rempah dan nasi timbel. Jangan lupa untuk cuba sambal mereka, dipuji ramai dan dijamin sedap tak terkata!
Alamat: Lot 21 & 23, Ixora Condominium, Jalan Bukit Beruang, 75450 Bukit Beruang
Waktu Operasi: Setiap hari (8.30am – 12am)
Ingin menikmati makanan Barat dan menghirup kopi di kafe yang santai? Singgah sahaja di Cafeology, ianya merupakan antara tempat makan di Ayer Keroh yang popular!
Antara menu yang boleh dicuba di sini ialah Creamy Carbonara. Spaghetti yang lemak berkrim, namun tidak memuakkan. Selain itu, kopi mereka juga merupakan antara tarikan istimewa di sini.
Alamat: Jalan Tun Hamzah, 75450 Bukit Katil
Waktu Operasi: Setiap hari (11 am – 2 am)
Melaka memang sinonim dengan hidangan asam pedas mereka, Jadi, memang rugi jika anda tak singgah di restoran Berkat Salam untuk mencuba asam pedas Melaka.
Ada pelbagai pilihan lauk asam pedas yang boleh dipesan. Antaranya termasuklah tenggiri, pari, ikan duri, daging tetel dan telur ikan. Memang pekat dan sedap, anda wajib cuba.
Alamat: 15, Jalan Puncak 2, Taman Puncak Bukit Katil. 75450 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (3 pm – 12 am), Ahad (12 pm – 9.15 pm)
Anda pernah terdengar hidangan ini – Mee Racun? Kedengaran unik, namun anda tak perlu risau kerana ianya bukan hidangan yang merbahaya. Malah, hidangan ini sangat terkenal di Qasreena Cafe.
Ianya merupakan hidangan mi yang pedas, kena dengan citarasa sesiapa yang menggemari makanan pedas. Hidangan lain seperti Nasi Goreng Colosseum juga wajib anda cuba kerana ramai mengakui yang ianya sedap!
Alamat: Melaka International Trade Centre (MITC), 75450 Ayer Keroh
Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 8.30 pm
Satu lagi restoran makanan Indonesia yang wajib anda terjah di Ayer Keroh ialah Ayam Penyet Lamongan. Terletak di MITC, restoran ini memang terkenal dengan ayam penyet.
Selain ayam penyet, sotong penyet juga merupakan antara menu terlaris di sini. Sotong segar yang bersaiz besar dan sambal yang pedas merupakan gabungan yang sangat menyelerakan.
Alamat: No. 2C, Jalan Batu Berendam, Taman Pertama, 75350 Batu Berendam
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (6pm – 12am), ditutup pada hari Selasa
Restoran yang berada di atas tasik ini dahulunya dikenali sebagai Restoran Tom Yam Klasik Thai Seafood dan ianya mula beroperasi sejak tahun 1993, memang legend!
Restoran Klasik Terapung menyajikan pilihan makanan yang berbagai citarasa – Melayu, Thai Cina dan Barat, Mereka juga ada menyajikan hidangan set yang berbaloi harganya, jangan lupa cuba ya!
Alamat: No. 103 & 105, Jalan TU 41, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh
Waktu Operasi: Setiap hari (7 am – 12 am)
Untuk makan tengah hari, semestinya masakan kampung akan menjadi pilihan anda, bukan? Jika anda berada di Melaka, singgahlah di Restoran Ida Murni.
Restoran Ida Murni ini menyediakan masakan kampung dan tradisional. Ada berbagai jenis pilihan lauk-pauk sedap yang boleh anda cuba, pasti ianya akan bikin anda rambang mata!
Alamat: 59 59-1, Jalan TU 40, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5 pm – 12 am manakala Rabu 12 am – 12 pm, 5 am – 12 pm
Pernah terdengar tentang kafe kontena? Di Ayer Keroh ada restoran berkonsepkan kontena yang sesuai sebagai tempat ‘lepak’ – Leezo Restaurant Ayer Keroh.
Ramai pelanggan memuji ruang restoran yang bersih dan luas. Untuk hidangannya, ada pelbagai pilihan yang disajikan. Burger, pasta, pasta, ayam, kambing dan banyak lagi.
Sudah jumpa tempat makan di Ayer Keroh yang ingin disinggah? Jika berpeluang, singgah sahaja mana-mana tempat makan yang kena dengan citarasa anda.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!