Hai semua! Lagi beberapa hari lagi rakyat Malaysia akan menyambut Merdeka. Anda dah fikirkan apa aktiviti yang boleh dibuat ketika Merdeka? Kami ada berita baik untuk anda semua iaitu Texas Chicken Malaysia ada membuat tawaran yang menerujakan.

Dengan RM6.90, anda boleh dapatkan dua ketul ayam goreng dan air bersaiz regular di Texas Chicken Malaysia. Harga yang cukup berbaloi untuk mendapatkan hidangan ini.

Imej via insideretailasia

Promosi hebat ini hanya berlaku pada satu hari saja! Anda boleh serbu Texas Chicken untuk tawaran ini pada 31 Ogos 2019. Anda juga boleh mendapatkan satu keping Honey Butter Biscuit, kentang putar, coleslaw atau satu nasi berperisa dengan harga RM1.60 setiap satu. Seronok, bukan?

Semua cawangan Texas Chicken Malaysia menawarkan promosi ini. Akan tetapi, promosi ini tidak sah jika dipesan melalui drive-through atau delivery. Baucer juga tidak akan diterimakan.

Imej via savingkaki

Kami sangat teruja akan tawaran ini. Tiada yang paling menarik selain menikmati ayam goreng pada Hari Kemerdekaan. Jika anda adalah peminat tegar Texas Chicken, jangan terlepas peluang ini.

Terma dan syarat:
1. Sah di semua restoran Texas Chicken seluruh Malaysia
2. Hanya sah pada 31 Ogos 2019 – 1 hari sahaja
3. Boleh didapati bermula 4 pagi ke atas di semua restoran 24 jam kami
4. Tidak sah untuk servis PENGHANTARAN dan kaunter PANDU-LALU
5. Tidak sah untuk kupon, tawaran atau promosi lain
6. Tawaran hanya untuk ayam berperisa asli atau pedas sahaja
7. Texas Chicken Malaysia berhak meminda Terma & Syarat tanpa notis awal.

Sumber: FB Texas Chicken Malaysia

Penulis: Nor Athirah

Seorang yang berminat untuk menulis sambil berkongsi ilmu.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.