Supamala Hotpot adalah sebuah restoran yang menyajikan makanan utama Mala hotpot. Paling menarik, restoran ini membawa resepi asli dari Sichuan, China dan diolah mengikut citarasa tempatan.

Berita baik buat penggemar Mala hotpot, Supamala Hotpot yang berada di Sunway Pyramid kini telah mendapat sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jadi, tak perlu ragu-ragu untuk menikmati kesemua juadah di sini! Kesemua bangsa mahupun peringkat umur boleh menikmatinya dengan puas.

Tak cukup dengan itu, Supamala Hotpot sekali gus mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai restoran hotpot Szechuan halal yang pertama di Malaysia.

7 Mac 2024 merupakan tarikh bersejarah kerana merupakan hari pembukaan rasmi dan penyampaian sijil Malaysia Book of Records yang disampaikan oleh Tuan Edwin Yeoh, Perunding Rekod Senior MBOR, bertempat di outlet Sunway Pyramid.

Pensijilan halal pula disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah iaitu Exco Selangor bahagian Agama Islam & Pembudayaan Inovasi kepada Yang Berbahagia Datuk Azmi bin Hassan, pengarah Supamala Hotpot bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu Yang Berhormat Dato’ Ramanan Ramakrishan.

Majlis ini turut dimeriahkan oleh tetamu istimewa yang terdiri daripada selebriti dan digital creator iaitu Farah Nabilah, Diana Danielle dan Elecher Lee.

Supamala Hotpot kini menawarkan lebih 70 menu menarik buat pengunjung. Menu utama semestinya hotpot dengan lapan pilihan sup enak.

Paling menarik, Supamala Hotpot mengadakan buffet Ramadan sempena meraikan bulan yang mulia ini, bermula 12 Mac sehingga 12 April 2024. Mereka menawarkan tiga pakej mampu milik iaitu Pakej Basic dengan RM 49.90, Pakej Seafood dengan RM 69.90 dan pakej Luxury dengan hanya RM 119.90 untuk satu pax.

Tunggu apa lagi? Jom rasai keenakan SUPAMALA Hotpot bersama yang tersayang!

Maklumat Lanjut

Alamat: Lot LG2.122C, Sunway Pyramid Shopping Mall, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

No telefon: 016-265 7579

Facebook: SUPAMALA Hotpot

Website: SUPAMALA Hotpot

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.