Ingin menikmati steamboat di Kuala Terengganu?

Terengganu adalah negeri Pantai Timur yang kaya dengan pelbagai tarikan. Baik dari segi tarikan pelancongan, budaya dan tempat makan menarik, semuanya ada. Jadi, tidak hairanlah negeri ini kerap dibanjiri dengan pelancong dari dalam dan luar negara.

Tarikan di Kuala Terengganu pula termasuklah restoran steamboat yang namanya menjadi sebutan ramai – CVU iPata Steamboat & Grill. Agak-agaknya apa yang menarik di restoran ini? Teruskan membaca!

Jenis Hidangan Yang Bikin Ramai Rambang Mata

Kalau dah namanya restoran steamboat, jenis makanan sepatutnya beraneka. Jangan risau, kerana restoran CVU iPata Steamboat & Grill ini menyajikan pelbagai pilihan untuk steamboat.

steamboat kuala terengganu
Imej via Foursquare
steamboat kuala terengganu
Imej via Foursquare

Makanan laut di sini diakui segar oleh ramai pelanggannya. Antara yang anda boleh pilih ialah kerang, kepah, ketam, udang, lala sotong dan ikan pari. Cukup berbagai, boleh bikin rambang mata!

Untuk pilihan makanan lain, antara yang boleh dipilih ialah daging lembu dan ayam diperap dengan pelbagai sos. Buat penggemar sayur, anda boleh brokoli, romaine, salad, cendawan enoki, bayam dan banyak lagi.

Harga untuk setiap orang juga cukup berpatutan. Untuk dewasa, anda hanya perlu membayar RM 25. Untuk warga emas (60 tahun ke atas), kanak-kanak7-12 tahun) dan OKU, anda hanya perlu membayar RM 15 sahaja.

Pilihan Minuman Yang Beraneka

Sesetengah restoran steamboat menyajikan beberapa jenis pilihan minuman sahaja. Walaupun pilihan makanan sudah beraneka, kepelbagaian pilihan minuman juga tidak seharusnya diabaikan.

Imej via Foursquare

Masalah ini tidak akan anda hadapi jika anda berkunjung ke restoran ini. Hal ini kerana restoran CVU iPata Steamboat & Grill ada menyajikan 8 jenis pilihan minuman yang enak-enak.

Antaranya ialah air sirap, sarsi, jagung, pisang dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat sendiri ABC mengikut citarasa anda. Sangat menarik!

Lokasi Strategik & Ruang Restoran Yang Luas

Restoran ini terletak di Pantai Tok Jembal, jadi ianya sangat mudah untuk dicari. Restorannya juga besar, jadi anda tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mencarinya.

Imej via Foursquare

Terletak berdekatan dengan pantai, ianya pasti akan memberikan suasana yang tenang kepada anda. Bayangkan nikmat hidangan steamboat yang enak dan panas sambil ditiup bayu laut yang sejuk. Memang best!

Kalau dah nama pun restoran steamboat di Kuala Terengganu yang popular, semestinya ramai yang membanjiri restoran ini. Namun, jangan risau. Ruang restoran ini sangat luas dan terdapat lebih 120 pondok buluh di sini.

Kesimpulan

Terliur kerana membayangkan keenakkan steamboat di CVU iPata Steamboat & Grill? Usah berlengah-lengah lagi, singgah sahaja di restoran ini jika anda berkunjung ke Kuala Terengganu?

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang bersesuaian, takut nanti terlepas peluang nak menikmati steamboat di Kuala Terengganu yang terlajak sedap ini!

Alamat: Pantai Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 4 pm – 12 am

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Kuala Terengganu? Klik sahaja pada pautan di bawah. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best di Kuala Terengganu

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.