Dek kerana kesibukan bekerja atau belajar, kami faham anda pasti mahu meluangkan masa lapang anda bersama keluarga tercinta atau rakan-rakan anda. Semestinya anda mahu makan bersama mereka di restoran yang terbaik yang menyajikan pelbagai menu yang kena dengan tekak masing-masing, bukan?

Plan A

Imej via Foursquare

Bagi pembaca yang menetap atau merancang untuk ke Kuala Terengganu, kami yakin restoran ini pasti cocok dengan citarasa anda yang pelbagai! Restoran Plan A menyediakan pelbagai menu, dari makanan Barat, masakan panas, hidangan bihun & mi, menu sarapan dan banyak lagi! Variasi menunya ini cukup kena dengan tekak setiap pelanggannya. Mari kita lihat apa yang istimewa di Restoran Plan A!

marmite chicken with white rice @ plan a

Imej via Foursquare

Marmite Chicken with Rice, Antara Menu Paling Istimewa di Plan A

Marmite Chicken with Rice atau ayam madu merupakan antara menu yang paling banyak dipesan di Plan A. Dihidangkan bersama ayam madu yang manis  bersama nasi putih, menu ini kedengaran biasa sahaja tapi keenakanya memang luar biasa! Ayamnya pula dipotong dadu dan sangat rangup. Dengar sahaja sudah kecur air liur, belum lagi mencubanya!

Grilled Lamb Chop Black Pepper Sauce @ Plan A

Imej via Foursquare

Grilled Lamb Chop, Tekstur Daging Lembut dan Berjus

Menu Barat ini merupakan menu yang cukup popular di restoran Plan A. Tekstur dagingnya juga berjus dan dagingnya dipanggang denga begitu baik sekali, menjadikan isi dagingnya cukup lembut dan segar. Dihidangkan bersama ‘coleslaw’, kentang goreng dan sos lada hitamnya yang cukup enak, menu istimewa ini wajib anda cuba!

Cheese Baked Chicken Bolognese Spaghetti @ Plan A

Imej via Instagram

Baked Cheese Spaghetti, Unik dan Berkrim

Sekali pandang, pasti anda fikir yang ini adalah Lasagna, bukan? Menu ini sememangnya unik. Gabungan Spaghetti Bolognese yang kaya dengan keju  permukaannya, fuhh memang mengancam! Bagi pencinta keju, kami yakin anda pasti akan jatuh cinta dengan menu ini. Walaupun kejunya banyak, namun menu ini tidak memuakkan, malah mengenyangkan!

fried mee basah seafood @ plan a

Imej via Foursquare

Banyak Lagi

Untuk hidangan mi, anda wajib cuma menu ini – Fried Mee Basah Seafood yang merupakan salah satu menu paling istimewa di Plan A. Gabungan mi goreng basah yang dihidangkan bersama makanan laut seperti udang dan lala ini cukup mengagumkan. Rasanya tidak terlalu masin, memang secukup rasa. Saiz hidangannya juga besar, pasti mengenyangkan dan semestinya sedap!

Fried Bihun with Petai Seafood @ Plan A

Imej via Instagram

Bagi bihun pula, kami cadangkan agar anda cuba Fried Bihun with Petai Seafood. Bihun goreng yang dihidangkan bersama petai yang segar, ayam yang dipotong dadu dan semestinya makanan laut iaitu sotong, hidangan yang tidak terlampau pedas ini dihidangkan dalam kuantiti yang agak banyak. Pencinta petai pasti menyukai menu ini, kami berani jamin!

Banana Split @ Plan A

Imej via Instagram

Cendol Ice @ Plan A

Imej via Instagram

Pencuci mulut di restoran Plan A juga bukan biasa-biasa. Sebut sahaja apa yang anda mahu, Cendol Ais? Banana Split? ABC? Semuanya ada! Plan A lebih popular dengan cendolnya, terutamanya Durian Cendol Ice yang acap kali dipesan pelanggan. Yang pasti kesemua pencuci mulut di sini cukup menyegarkan tekak, dinikmati pula semasa cuaca panas-panas, memang puas hati!

Andai kami senaraikan satu persatu menu di restoran Plan A, pasti tidak akan habis! Kami sarankan agar anda sendiri ke restoran Plan A yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, terutamanya bagi yang merancang untuk ke Terengganu. Waktu operasinya ialah dari jam 11:45 pagi hingga 1 pagi pada setiap hari. Cepat-cepatlah terjah restoran Plan A untuk merasai aneka menu yang berbagai ini ya!

Penulis: Nurul Hani Muhamad Sabri

Nurul Hani Muhamad Sabri

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.