Untuk yang tengah mencari idea untuk makan durian Musang King dengan harga yang murah, ini berita baik untuk anda. Sebabnya, kami akan kongsikan tips dan trick yang boleh anda buat.

KenDurian

KenDurian oleh Maybank QRPAY 

Dalam 3 hari ni bermula daripada 26-28 Julai, ada promosi QRPay oleh Maybank di SS2 Petaling Jaya. Promosi bagi kami yang cukup berbaloi.Sebenarnya, takdalah tips sangat, anda cumalah perlu download dan menggunakan aplikasi Maybank QRPay oleh Maybank ini. Kerja senang tapi untung pun banyak.

Event KenDurian Yang Mengliurkan

Team Saji.my sempat untuk datang dan lihat apa yang menarik di sini. Memang seperti kita tahu, SS2 Petaling Jaya memang terkenal dengan port makan durian.

Ramai artis dan influecer kalau check di Istagram suka makan di sini. Sebabnya harga kira berbaloi. Pelbagai jenis durian ada di sini. Ikut hampalah nak makan apa, bukan setakat Musang King.

Tapi ini lagi murah, dengan menggunakan QRPay oleh Maybank ini anda dapat membeli durian dengan lebih murah di SS2 di bawah khemah Let’s Durian ya. Harganya cuma RM20 sahaja setiap kilogram. Mana nak dapat wahai teman.

Inilah antara gambar sempat kami ambil. Memang cantik-cantik sahaja isi dia dan mengliurkan.

KenDurian

KenDurian oleh Maybank QRPAY 

KenDurian

KenDurian oleh Maybank QRPAY

KenDurian

KenDurian oleh Maybank QRPAY

Kenapa Perlu Datang?

Semasa kami di sini, kami sempat jumpa kenalan lama yang turut datang ke sini. Terkejut juga jumpa dengan kenalan ini kerana dah lama tak jumpa sebenarnya. Dahlah duduk di Terengganu, tapi macam mana boleh terjebak dalam event ini untuk beratur membeli (tak panjang sebenarnya, sekitar panjang 10 orang setiap masa ,boleh tengok gambar atas).

Ini ayat dia, kami sekadar quote seingat kami boleh:

“Ini kira murah ni. Biasanya dekat Raub pun harga dekat RM30/kg untuk Musang King….”

Patutlah dia datang sini.Begitu rupanya. Sini juga ada macam-macam booth boleh anda terjah. Ada booth-booth menarik seperti Tealive. Ada pelbagai tawaran menarik beli satu dapat satu.

Ada delivery tak? Kalau malas datang, boleh sahaja delivery sekitar Lembah Klang. Mana mahu dapat promosi macam ini.

Selamat terjah!

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk Facebook Maybank tentang event ini. Jemput juga baca artikel jenis-jenis durian yang ada.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.