Siapa pernah makan Shawarma? Pasti ramai yang dah pernah cuba makanan arab yang ala-ala kebab ini. Tetapi wajib makan Shawarma dari Damascus Kebab sebab rasanya sangat lazat dengan resepinya yang tersendiri, malah ramai penggemar yang suka makanan restoran Damascus Kebab Bukit Bintang ini.

Imej via [tripadvisor]

Menurut sumber Tripadvisor, restoran Damascus Kebab Bukit Bintang ini menduduki tempat yang ke 414 daripada 4,280 jumlah restoran di Kuala Lumpur. Ranking yang tinggi, pasti ramai yang sangat berpuas hati dengan keenakan makanan di sini. 

Boleh dikatakan restoran ini merupakan pilihan restoran yang menyediakan makanan luar negara. Pekerjanya juga adalah orang Syria. Jom lihat antara menu istimewa dan pilihan ramai di Shawarma Damascus Bukit Bintang ini.

Imej via [foodpanda]

Menu Shawarma Damascus Bukit Bintang

Imej via [tripadvisor]

Menu Makanan

Untuk pengetahuan anda, menu di sini adalah berkonsepkan makanan syria. Menu popular adalah Shawarma dan juga Nasi Mandi. Menu utamanya adalah Shawarma Ayam dan Daging. Isinya sangat padat dan berbeza, jadi anda perlu rasa kedua-duanya sekali. Barulah feel makan shawarma. 

Imej via [jomjenjalan]

Hidangan nasi yang disajikan pula adalah sangat banyak, satu pinggan boleh dimakan untuk dua orang. Boleh berkongsi! Untuk nasi, harganya boleh dikatakan agak mahal dari makanan masakan melayu atau restoran biasa, maklumlah, ini adalah makanan arab tulen.

Imej via [damascus]

Jenis makanan yang dijual di sini adalah chicken shawarma, beef shawarma wrap, makanan jenis grill, nasi mandi, nasi shawarma, nasi biryani, french fries, Arabic Salad, Meal Sandwich dan macam-macam lagi. Rasanya lebih asli, pekat dan sangat sedap, bukan biasa-biasa. Patutlah ramai yang sarankan untuk cuba makanan arab di sini. 

Imej via [tripadvisor]

Menu Minuman

Untuk minuman pula, pelbagai jenis jus juga tersedia. Ramai pelanggan yang berpuas hati dan memberi review jus yang disediakan sangat segar dan mereka juga berpendapat minuman jus di sini full of fruit. 

Dari segi penyediaan makanan, ia sangat bersih dan kemas. Tak rugi untuk anda mencuba hidangan makanan arab di sini. 

Imej via [tripadvisor]

Tips Datang Ke Shawarma Damascus

Mencari kedai Shawarma Damascus Bukit Bintang ini sangat mudah kerana ia hanya bersebelahan dengan stesen monorail sahaja. Anda juga boleh makan di kedai ini tetapi ia agak terhad dan ruang tidak begitu luas, jadi kami sarankan untuk anda beli bungkus lebih mudah. 

Mereka juga menyediakan khidmat tempah dan hantar makanan melalui platform foodpanda dan grabfood. Hanya tekan telefon saja, anda boleh menikmatinya di rumah. 

Lokasi :  111, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur (tepi pintu masuk Sungai Wang mall)

Waktu Operasi:  8 Pagi – 2 Pagi

No Telefon :  011-37172122


Jom baca juga Burger Bakar Kaw Kaw dan SanThai Village Steamboat BBQ.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.