Mencari tempat makan best di Seremban?
Seremban tidak kurang hebatnya dengan tempat makan menarik jika dibandingkan tempat lain seperti bandar besar seperti Kuala Lumpur mahupun Shah Alam.
Ada beberapa tempat makan di Seremban boleh anda terjah jika anda datang ke sini.Berikut kami kongsikan 25 tempat makan menarik di Seremban yang best.
Alamat: Jalan Kuala Pilah, Persimpangan Taman Pinggiran Golf, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Restoran Kemangi pernah tersenarai dalam senarai tempat makan yang harus dilawati oleh Negeri Sembilan Tourism Board. Mereka menyediakan menu tempatan dan barat. Rata-rata mengakui layanan pemilik dan pekerja mereka adalah 5 bintang.
Tempat yang selesa dan layanan yang baik sering memikat hati pelanggan untuk berkunjung ke sini.
Waktu operasi setiap hari bermula 4 petang sehingga 1 pagi.
Alamat: Lot 717, Jalan Kuala Pilah – Seremban, 70400 Seremban
Penggemar kopi digalakkan untuk mencuba kopi di Mr Manshor Kopitiam Power. Sekali cuba, pasti anda akan meminta secawan lagi. Ada bermacam-macam kopi, antaranya Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Kopitiam Power dan Kopi Burung Walit.
Kerana kelazatan kopi mereka, maka tempat ini sentiasa dipenuhi pelanggan. Ia sesuai bagi tujuan lepak bersama rakan-rakan. Tambahan pula, mereka mempunyai menu lain seperti Nasi Lemak, Roti Bakar, Sup Ayam, Sup Kambing, Mee Bandung, Mee Rebus, dan Mee Udang.
Waktu operasi adalah dariSelasa – Ahad (8 pagi – 3 petang, 4petang – 1 pagi), ditutup pada hari Isnin.
Alamat: 602 & 603 Jalan Haruan 4/8 Oakland, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Ditutup pada hari Ahad.
Jika ke Negeri Sembilan, tidak lengkap rasanya jika tidak mencuba masakan mereka. Restoran Selera Nogori menyediakan masakan Melayu/ Negeri Sembilan dalam bentuk layan diri. Terdapat kira-kira 30 jenis masakan yang sedap untuk pilihan pelanggan.
Tempatnya bersih dan layanan juga baik. Pelayan sentiasa berbesar hati untuk membantu anda. Tempat duduk yang disediakan juga banyak. Restoran Selera Nogori terletak di Pusat Perniagaan Oakland, Seremban iaitu di belakang Pasaraya Rapid.
Waktu tengah hari ialah waktu puncak mereka. Oleh itu, anda mungkin terpaksa berkongsi meja dengan pelanggan lain. Namun, ini tidak menjadi masalah kepada para pelanggan yang datang.
Alamat: Lot C01, 22441, Persiaran Merak, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Jika anda mencari tempat makan aiskrim dan coconut shake yang menarik di Seremban, ini adalah tempatnya. Tempat ini terkenal dengan minuman coconut shake dan juga asikrim di dalam kelapa. Untuk coconut shake, pelabagi jenis perisa anda boleh cuba. Contohnya seperti coconut shake versi cendol, atau perminat coklat bolehlah cuba Oreo Creamy Cookies. Jadi anda tidak perlu risau sama ada sesuai untuk orang dewasa atau kanak-kanak-kanak di sini. Semua pasti gembira.
Dah cuba coconut shake, jagan lupa untuk makan aiskrim kelapa pula. Aiskrim kelapa merupakan menu signature di kedai ini. Memang lain daripada lain bila di sini. Untuk lebih unik, boleh cuba asikrim kelapa bersama Caramel Biscoff.
Menu lain yang mendapat permintaan ramai di sini adalah seperti Coconut Shake gula Melaka, Vanilla Salted Caramel dan juga Cheesy Chicken Tenders.
Waktu operasi adalah 11am-8pm setiap hari.
Alamat: Foodcourt Aeon Mall Seremban 2, Persiaran S2 B1, Seremban 2, 70300 Seremban
Pernah dengan Nasi Kukus Tonggek? Nasi kukus ini famousnya dengan Sotong King. Kini mempunyai cawangan di AEON Seremban 2!
Nasi Kukus Tonggek ni agak terkenal dan direview oleh ramai artis seperti Khairul Aming,Shaheizy Sam,Ruhainies. Sekarang dah ada 30 cawangan. Oh ya bukan sekadar satu lauk sahaja, ada banyak lauk boleh dicuba seperti buttermilk, butter spicy, teriyaku. Tetapi ofcourselah bagi kami anda patut cuba yang original punya iaitu versi ayam goreng berempah.
Waktu operasi pula adalah setiap hari dari 10 pagi – 10 malam.
Alamat: No 2677, Jalan Tiara Sendayan 8/7, Taman Tiara Sendayan, 71900 Sendayan, Negeri Sembilan
Siapa Coffee Lover di sini? Anda boleh dapatkannya di To’Ba Coffee. Rasa kopi kat sini semuanya memang gempak habis dan harga pun berbaloi. Lokasinya tidak jauh dari Masjid Sri Sendayan yang famous tu. Lebih kurang 7 minit jer. Masa operasi adalah setiap hari iaitu bermula jam 10 pagi sehingga 7 petang.
Kopi To’Ba ini agak pekat dan kaw rasanya kerana menggunakan ‘Double Shot’ Espresso dari gabungan biji kopi Arabica dan Liberica. Jadi boleh minta tambah gula siap-siaplah sekiranya tak nak pahit sangat. Menu signature adalah To’Ba OrCad dan To’Ba Gula Melaka. Rasa memang unik habis. Korang Wajib cuba Tau menu ni! Confirm x nyesal.
Bagi yang tak gemar kafein, korang jangan risau kerana terdapat juga pilihan minuman segar berasaskan buah-buahan. Yang ni pun mantap juga. Ada 3 pilihan iaitu Berlin Heart, Merlin Heart dan Ocean Admiral. Paling recomended Ocean Admiral dan Merlin Heart. Memang segar mata dan otak bila minum benda ni.
Tapi untuk makluman, To’Ba Coffee ini hanya beroperasi secara ‘Take Away’ sahaja ya. So kalau nak cuci mata area Sendayan ni eloklah datang sini dulu pick up minuman kegemaran anda.
Untuk detail menu korang boleh lihat ikut link ini: shorturl.at/beru4
Untuk lokasi pula boleh follow link ini: https://maps.app.goo.gl/35EAAYVzhnbVqN3o6
Untuk pertanyaan lanjut boleh direct Whatapps no ni: 01118643588
Alamat: 1694 Jalan S/J 10/11, Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban
Ramai yang berasa kecewa apabila mereka berpindah dari Seremban 2 ke Taman Seremban Jaya. Namun ini tidak mematahkan semangat peminat mereka untuk mencari lokasi baru mereka. Mereka menyediakan masakan India Utara seperti biryani, naan, capati, dan paratha.
Walaupun menu mereka tidak banyak, tapi pujian diberikan kepada menu yang ada. Ruang makan juga selesa, ditambah dengan layanan pekerja yang mesra. Rata-rata merasakan ia adalah restoran yang harus dilawati jika anda berkunjung ke Seremban.
Alamat: 397, Jalan Semarak 6, 70400 Seremban
Hanif Kitchen bukan sahaja terkenal dengan ayam goreng berempahnya, malah anda boleh menemui ikan patin masak tempoyak yang terkenal di negeri Pahang. Layanan yang diberikan oleh pekerja amat memuaskan. Kerana kelazatan menu mereka, pelanggan yang ramai adalah pemandangan biasa di sini.
Walaupun begitu, ini juga bermaksud yang anda perlu menunggu lebih masa sebelum menerima tempahan anda. Tidak banyak yang dikatakan tentang keadaan dekorasi restoran memandangkan ia bukanlah keutamaan rata-rata pelanggan yang datang.
Harga juga berpatutan. Waktu operasi adalah setiap hari Jumaat sehingga Rabu pada pukul 12 tengah hari sehingga 12 malam.
Alamat: Kampung Sentosa, 70400 Seremban
Seronok melihat pelbagai pilihan donut dan kek. Serta-merta mengingatkan pelanggan yang datang kepada restoran donut terkenal iaitu Dunkin Donut.
Donut milik Mama One Stop ini seringkali mendapat pujian para pelanggan dan selalu disebut-sebut dalam ulasan mereka. Tapi, menu istimewa mereka ialah Mee Kari Udang selain pelbagai pilihan nasi dan mee yang lain.
Anda boleh datang ke sini sama ada untuk bersarapan, makan tengah hari, dan juga minum petang. Dekorasi restoran pula mendamaikan dan amat sesuai jika anda mahu lepak bersama rakan-rakan.
Bawa juga keluarga di sini dan nikmati makanan anda di ruang berhawa dingin atau pilih yang lebih santai dengan udara segar.
Waktu operasi adalah dari Selasa – Ahad (8 pagi – 7 malam, ditutup pada hari Isnin.
Alamat: No. 597, Jalan Haruan 4/8, Oakland Business Center, 70300 Seremban
Ramai yang datang ke Restoran Anjung Selera untuk makan masakan kampung terutama pada waktu tengah hari. Ia bukanlah masakan Negeri Sembilan sepenuhnya tetapi sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia.
Pelbagai pilihan lauk-pauk menjadikan restoran ini restoran pilihan ramai. Jadi, biasanya mereka sudah kehabisan lauk-pauk jika anda datang selepas waktu makan tengah hari. Harga yang dikenakan tidak begitu mahal selain layanan pantas dan mesra.
Waktu operasi adalah dibuka setiap hari (bermula 7 pagi – 5 petang)
Alamat: Lot 1, Batu 6, Jalan Jelebu, 71770 Seremban
Ia sudah dibuka sejak Jun 2008 dengan tujuan memperkenalkan Kampung Pantai di mana mereka berada kepada pelancong. Restoran D’Pantai menawarkan Kambing Panggang dan Ikan Tilapia serta Siakap segar sebagai hidangan istimewa di restoran mereka.
Selain makanan laut, anda juga mempunyai pilihan makanan Barat dan tempatan seperti mee hailam, nasi goreng, dan lauk-pauk masakan Melayu. Pelanggan bukan sahaja menyukai restoran ini kerana variasi makanan dan keenakannya, tapi turut selesa dengan ruang restoran yang luas.
Terdapat juga ruang meletak kereta yang luas. Restoran ini amat sesuai untuk kumpulan yang ramai.
Waktu operasi adalah dari Ahad – Khamis (430 petang – 1130 malam), Jumaat – Sabtu (430 petang – 1230 tengah malam)
Alamat: 408, Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban.
Bermula dengan meniaga di gerai kecil, mereka berkembang menjadi restoran. Oleh itu, Ijan’s Burger sebenarnya sudah lama dikenali penduduk sekitar sejak lebih 10 tahun yang lalu. Daging burgernya pula istimewa kerana dibuat sendiri atau homemade.
Lebih menarik, pilihan daging pula bukan sekadar ayam dan daging lembu sepertimana kebiasaannya. Mereka juga menyediakan burger daging kambing, arnab, rusa, ikan, dan burung unta! Pening juga hendak memilih.
Apa lagi dengan kira-kira 50 jenis burger untuk dipilih. Ia adalah pilihan ramai yang sentiasa memuji kehebatan burger Ijan’s Burger dan tidak pernah jemu untuk datang sekali lagi.
Alamat: Jalan Jelebu, Taman Setia Jaya, 70100 Seremban
Restoran yang menyediakan masakan ala Thai bukan sesuatu yang luar biasa di Malaysia. Apa yang membezakan antara semua restoran adalah kualiti masakan. Di Mat Tom Yam, pelanggan memberikan respon positif kepada masakan mereka.
Walaupun harganya dikatakan agak mahal, ia seolah-olah bukan suatu perkara besar bagi mereka. Tempatnya menarik dan selesa, layanan pula pantas dan mesra. Hendak meletak kenderaan juga tidak sukar.
Jadi, Mat Tom Yam sudah berada pada tahap yang baik untuk perkara-perkara yang diperlukan oleh pelanggan.
Waktu operasi adalah Sabtu – Khamis (1130 pagi – 130 pagi), Jumaat (5 petang – 130 pagi).
Alamat: 1, 2, Jalan Seri Rahang 1, Taman Seri Rahang, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Restoran ini menyediakan jenis hidangan yang cukup bervariasi. Lebih 40 jenis masakan kampung boleh didapati dan steamboat juga turut disediakan di sini.
Selain itu, Nasi Arab Mandy Ayam & Kambing dan Shellout juga boleh anda cuba jika berkunjung ke sini. Wah, banyak betul jenis hidangan yang boleh dicuba. Pasti anda sudah mula rambang mata, bukan?
Alamat: Jalan Paroi – Senawang, Taman Melati Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Satu lagi tempat makan di Seremban yang menyediakan makanan Arab yang lazat dan asli ialah restoran Nasi Arab Damsyik. Harganya yang berpatutan merupakan antara punca ramai pelanggan menggemarinya.
Selain Nasi Arab, kebab ayam dan kambing juga boleh anda nikmati. Selalunya, pelanggan di sini pasti akan mencuba kebab setelah menjamah Nasi Arabnya.
Alamat: Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Mencari medan selera yang best di Seremban? Medan Selera Penghulu Cantik ini merupakan salah satu medan selera yang sangat terkenal sekitar situ.
Ada banyak gerai yang boleh anda kunjungi – dari makanan ringan ke berat, semuanya ada! Gerai yang menjual mi jawa atau mi rebus merupakan salah satu yang wajib anda terjah.
Alamat: Wisma PBNS, P/3, 102, Jalan Zaaba, Rahang Kechil, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Restoran Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd ini pula sangat popular dengan menu masak lemak cili apinya. Semestinya menggunakan resepi asli masak lemak cili api Negeri Sembilan.
Antara lauk-pauk yang dibuat masak lemak ialah daging salai, ayam, ikan, perut dan otak lembu. Rasanya pedas dan berlemak, namun ianya tidak pula memuakkan. Malah, menyelerakan!
Alamat: 23385, Jalan Paroi – Senawang, Taman Kiambang Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Pencinta makanan laut patut serbu Restaurant Bayu Village ini. Makanan laut seperti sotong, ketam, kerang dan pelbagai jenis ikan boleh didapati di sini.
Berita baik – cara masakan juga boleh dipilih! Selalunya, sotong goreng tepung, ketam masak sambal, kerang bakar dan siakap stim limau merupakan antara menu yang kerap dipesan ramai.
Alamat: 6, Jalan Tmn Komersial Senawang, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Saiz hidangan yang kecil memang boleh mematikan selera sesiapa sahaja. Tambahan pula bila perut kosong, pasti frust habis jika perkara sebegini berlaku.
Namun, jika anda singgah di Dapur Berasap, masalah saiz hidangan tidak akan menjadi satu masalah. Hal ini kerana salah satu punca restoran ini terkenal ialah kerana kuantiti hidangan yang banyak.
Antara menu yang boleh dicuba ialah Chicken Chop dan Nasi Goreng Kambing. Bukan sahaja mengenyangkan, malah sedap rasanya!
Alamat: 111, 102, Jalan S2 D32, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Mencari restoran Cina-Muslim yang menyediakan makanan Cina yang halal dan enak? Lekaslah singgah di City Park Oriental Seremban 2 ini, pasti anda akan berpuas hati dengan hidangan di sini!
Menu-menu yang boleh dicuba ialah udang butter, ayam butter, ketam masam manis, ayam kung pao, ikan stim halia dan tofu. Sangat sesuai dinikmati beramai-ramai!
Alamat: No 435 Jalan Pusat, Jln Bandar Senawang 18, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Ingin bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga sambil menikmati menu sarapan yang sedap? Koffeekabin by Umai Kopitiam ini wajib anda singgah untuk tujuan itu.
Antara menu yang disajikan ialah bihun sup, lempeng kelapa, roti jala, aneka jenis nasi goreng dan char kuey teow. Berbagai juga jenis hidangannya!
Alamat: 109, Jalan Labu, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Restoran Rumah Makan Cibiuk ini memang kami akui sangat terkenal di negara kita. Restoran yang menyajikan hidangan Indonesia ini mempunyai beberapa cawangan di serata Malaysia, termasuk di Seremban.
Keistimewaan menu di sini semestinya terletak pada sambalnya. Pedas dan secukup rasa, memang tak sah kalau anda tak cuba sambalnya bersama menu lain seperti nasi liwet ayam bakar.
Alamat: No 1, Jalan S2B15, Pusat Dagangan, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Stik merupakan antara makanan Barat yang menjadi kegemaran ramai. Namun, bukan senang untuk kita cari steakhouse yang menyediakan stik yang ‘tip-top’ kualitinya.
Polperro Steak House Seremban 2 merupakan salah satu steakhouse yang sangat terkenal sekitar Seremban. Stik yang lembut dan juicy merupakan antara tarikan istimewa stik di sini.
Makanan Barat lain seperti Chicken Chop dan Lamb Chop juga turut disediakan dan merupakan antara menu yang laku keras. Rugi jika tak cuba!
Alamat: 97, Persiaran S2 B1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Setuju atau tidak, mi kari merupakan menu yang boleh dinikmati pada bila-bila masa – baik sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam, semuanya boleh!
Jadi, alang-alang mengidamkan mi kari, singgah sahaja di restoran Mee Kari Railway Rasah ini! Kuah karinya yang tidak terlampau pekat dan cukup rasanya merupakan tarikan utama menu ini.
Alamat: D’cattleya, G-9 persada cattleya 2,, 70450 Senawang, Negeri Sembilan
Nama hidangan ini pasti termasuk dalam senarai makanan kegemaran anda – nasi lemak! Walaupun ianya digemari ramai, kebanyakan restoran menawarkan harga yang agak mahal untuk menu ini.
Jangan risau, kerana restoran Nasi Lemak Senawang ini menyediakan nasi lemak yang sangat berpatutan harganya, semurah RM 1! Lauk-pauk juga boleh dipilih bersama. Lebih banyak lebih meriah!
Alamat: No 114-115, Pusat Perniagaan Lavender Heights, Jalan Lavender Heights 1, Senawang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Restoran Melewar Kitchen ini menyediakan pelbagai jenis hidangan, termasuklah makanan tradisi Negeri Sembilan dan masakan kampung.
Antara yang boleh dicuba ialah masak lemak daging salai, masak lemak ikan keli dan ayam kampung berempah. Kami berani jamin anda pasti akan menikmati semua lauk-pauk ini dengan penuh selera!
Alamat: 44 Jalan Yam Tuan, Seremban
Asalnya, Haji Shariff Cendol dijual secara jaja di kawasan Seremban Lake Garden pada tahun 1950an. Ia berkembang maju sehingga berjaya mendapatkan premis perniagaan sendiri. Haji Shariff Cendol menyediakan pelbagai jenis cendol dengan pelbagai pilihan perisa seperti kacang merah, pulut, dan jagung.
Selain cendol, mereka juga menyediakan rojak yang tidak kurang hebatnya. Semangkuk cendol tidaklah banyak isinya. Jadi, ia cukup dan tidak terbuang. Harganya pula sekitar RM2 sahaja.
Dibuka dari hari Ahad sehingga Jumaat pada pukul 10 pagi sehingga 6 petang.
Tempat makan di Seremban yang mana menjadi pilihan anda? Jangan gelojoh, singgah sahaja satu persatu sementara berada di sini. Jangan lupa singgah pada waktu yang sesuai ya.
Selain tempat makan menarik di Seremban, kami juga ada menulis tempat makan menarik lain yang patut anda cuba.