Makanan tradisi masyarakat Korea sangat mengutamakan teknik masakan bagi menghasilkan sesebuah hidangan. Bahan – bahan asas makanan Korea terdiri dari beras, mee, tauhu, sayur – sayuran serta daging. Ia agak sama dengan negara Asia Tenggara lain juga.

Makanan tradisional Korea juga terkenal dengan cara penyediaannya yang khas iaitu hidangan nasi dan sup. Pada sebelah atas nasi pula terdapat lauk sampingan yang dikenali dengan banchan.

Kebiasaannya makanan Korea dicampurkan dengan minyak bijan, kicap, garam, bawang putih, halia, gochujang (sos cili) dan doenjang (sos khas Korea). Makanan tradisional Korea bermula dari istana terdahulu di mana kebanyakan hidangan dinikmati oleh kerajaan Dinasti Joseon.

Hidangan istana ini akan mengambil masa yang begitu lama untuk dihasilkan. Malah, hidangannya harus memiliki keharmonian yang menunjukkan karektor dari beberapa musim di Korea seperti karektor musim panas dan sejuk, pedas dan tawar, keras dan lembut, padat dan cair serta keseimbangan warna.

Berikut merupakan makanan tradisional orang Korea :

#1. KIMCHI

Kimchi merupakan sayuran yang telah dijeruk serta dicampurkan dengan bahan – bahan yang agak pedas. Penghasilan kimchi tidaklah begitu sukar di mana sayuran yang telah diperap dengan garam dibasuh pada setiap helaian daun.

Kimchi

Imej via kelliesfoodtoglow

Ia kemudiannya dicampurkan dengan bahan – bahan yang diperbuat dari udang krill, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili kering. Bagi menghasilkan kimchi ini, biasanya ia menggunakan samada kobis panjang atau lobak putih.

Kimchi

Imej via platingsandpairings

Kimchi biasanya dihidangkan pada musim tertentu sahaja terutamanya pada musim dingin. Gabungan rasa pedas, masam dan masin ini begitu digemari masyarakat Korea sewaktu menjamu selera.

#2. BULGOGI

Bulgogi merupakan hidangan berasaskan daging yang dicampurkan dengan kicap masin, gula serta beberapa bahan lain. Kebiasaannya daging yang digunakan untuk menghasilkan bulgogi terdiri dari daging sirloin ataupun daging lembu yang berkualiti.

Bulgogi

Imej via reetobesite

Cara untuk menikmati bulgogi ini adalah dengan membaluti bulgogi menggunakan daun salad. Ia turut dicampurkan dengan kimchi, bawang putih serta beberapa bahan lain dan kemudiannya kesemua bahan ini dibaluti menggunakan daun salad tersebut.

Bulgogi

Imej via glebekitchen

Bulgogi ini juga terasa lebih manis dengan bahan – bahan yang digunakan serta dagingnya juga lembut serta tidak peru dipanggang di atas plat besi (teppan).

#3. BIBIMBAP

Bibimbap merupakan semangkuk nasi bersama lauk pauk diatas nasi tersebut. Ia terdiri dari sayuran, kepingan daging, telur serta sos pedas (gochujang).

Bibimbap

Imej via huffpost

Hidangan ini biasanya dihidangkan dalam mangkuk batu yang telah dipanaskan. Ia dikenali sebagai dolsot bibimbap. Kepanasan yang terhasil dari mangkuk batu tersebut akan menyebabkan telur mentah yang diletakkan di atas nasi itu masak dan menjadikannya ia sebagai lauk.

Bibimbap

Imej via chichilicious

Sebelum nasi dimasukkan, minyak bijan akan dituangkan sedikit pada sebelah dasar mangkuk supaya ia membentuk lapisan kerak yang garing dan wangi di dasar mangkuk tersebut.

#. GIMBAP

Gimbap merupakan makanan Korea yang terdiri dari nasi yang dibungkus dengan rumpai laut. Bahan – bahan yang digunakan adalah seperti nasi, daging serta sayur – sayuran. Nasi tersebut akan dicampurkan dengan minyak bijan serta garam.

Gimbap

Imej via maangchi

Kebiasaannya isi gimbap terdiri dari pelbagai bahan seperti ikan, telur, daging, kimchi, tuna, keju serta bermacam bahan lagi. Sayuran – sayuran yang digunakan pula terdiri dari timun, bayam, sawi serta acar lobak.

Gimbap

Imej via crazykoreancooking

Setelah nasi tersebut dibungkus dan digulung dengan rumpai laut, ia akan dipotong sehingga 8 potongan atau sesuai dengan satu suapan.

#5. JAPCHAE

Japchae merupakan makanan Korea yang terdiri dari mee suhun serta pelbagai jenis sayuran dan daging lembu. Penyediaan hidangan ini agak rumit juga.

Ia perlu ditumis berasingan bagi mengekalkan kemanisan semulajadi bahan – bahan yang digunakan. Sayur – sayuran serta daging yang digunakan dipotong secara memanjang.

Japchae

Imej via archanaskitchen

Kebiasaannya sayuran yang digunakan adalah seperti cendawan chitake, bawang putih, bawang besar Bombay, paprika dan juga lobak merah. Hirisan daging yang digunakan akan ditumis bersama minyak bijan serta bahan khusus. Ia terdiri dari kicap masin, gula dan juga bawang putih.

Japchae

Imej via diypaleo

Kesemua bahan ini ditumis dan mee suhun yang telah direbus akan dicampurkan bersama minyak bijan, hirisan cili serta taburan bijan.

#6. DAKJUK

Dakjuk merupakan makanan tradisional Korea yang menggunakan bahan – bahan utama seperti beras, ayam dan juga bawang putih. Penyediaan dakjuk tidak jauh beza seperti memasak bubur, namun isi ayam yang digunakan direbus berasingan dengan bawang putih dan bawang merah.

Dakjuk

Imej via koreanbapsang

Hidangan ini hampir sama dengan bubur ayam yang pekat dengan rasa bawang putih yang agak kuat. Ia paling digemari oleh kanak – kanak, malah turut mendapat perhatian orang dewasa memandangkan ianya tidak pedas dan mudah dihadam.

Dakjuk

Imej via steemit

#7. SEOLLEONGTANG

Seolleongtang diperbuat dari tulang lembu yang direbus hingga kuahnya menjadi sup. Ia mengambil masa yang agak lama di mana tulang lembu tersebut akan direbus dalam air panas sehingga lembut, kemudian direndam pula ke dalam air sejuk.

Seolleongtang

Imej via sandraeasycooking

Bagi menghilangkan bau daging tersebut, bahan – bahan seperti bawang putih, bawang merah serta halia akan dimasukkan semasa proses merebus tulang. Lebih lama tulang direbus, semakin banyak gizi yang akan diperolehi.

Seolleongtang

Imej via tayste

Sup ini yang turut dicampurkan dengan hirisan daging serta lobak sangat sesuai dinikmati semasa musim sejuk, terutama semasa sarapan pagi atau makan malam. Ini kerana hidangan ini dapat memberi kehangatan pada tubuh badan.

#8. SOONDUBU JIGAE

Soondubu Jiggae merupakan sejenis sup yang menggunakan bahan utama seperti tauhu, makanan laut seperti tiram, udang, remis, cendawan, bawang, daun bawang, serta cendawan. Tekstur makanan ini lebih pekat sedikit daripada sup tetapi agak cair dari bubur.

Sundobu Jigae

Imej via keeprecipes

Biasanya soondubu jiggae biasanya dimasak dengan menggunakan bekas tembikar.

Sundobu Jigae

Imej via seonkyounglongest

#9. SAMGYETANG

Samgyetang merupakan hidangan berbentuk sup ayam ginseng. Ia biasanya sesuai dimakan semasa musim panas. Samgyetang mempunyai banyak kandungan gizi kerana kuahnya telah direbus bersama bahan – bahan yang dipercayai dapat mencegah penyakit.

Samgyetang

Imej via mykoreankitchen

Biasanya masyarakat Korea menikmati samgyetang pada hari istimewa di musim panas iaitu hari chobok, jungbok, dan malbok. Mengapa mereka memakan pada hari – hari tersebut? Ini kerana hari – hari tersebut adalah hari terpanas dalam setahun di Korea.

Samgyetang

Imej via aromasian

Pada musim ini biasanya badan lemah dan kurang semangat, oleh sebab itu digalakkan untuk makan Samgyetang, biarpun badan berpeluh, namun ia tidak menjadikan badan lemah dan sakit.

#10. HAEJANGGUK

Haejangguk merupakan sup yang menggunakan organ dalam lembu sebagai bahan utama. Bagi masyarakat Korea, hidangan ini dahulunya menjadi ubat mabuk dan menjadi mitos klasik di Korea.

Haejangguk

Imej via pixabay

Daging serta perut lembu yang dipilih adalah dari daging yang berkualiti sahaja. Harga hidangan ini juga agak mahal, namun ia bukan suatu isu bagi masyarakat Korea memandangkan bahan yang digunakan cukup berkualiti serta memiliki standard tinggi.

Haejangguk

Imej via worldfood

#11. NAKJI BOKKEUM

Nakji Bokkeum merupakan hidangan yang menggunakan sotong kurita sebagai bahan utama. Sotong kurita ini akan digoreng garing sehingga kering. Ia digoreng bersama sayuran dan dijadikan menu sampingan.

Nakji

Imej via maangchi

Hidangan ini memiliki rasa pedas yang pastinya membuka selera. Rasa yang pedas terhasil dari penggunaan cili yang digunakan untuk perapan kurita dan sayuran. Biasanya hidangan ini dimakan bersama nasi untuk mengurangkan rasa pedas yang terhasil.

Nakji

Imej via timeout

#12. JEONGOL

Jeongol ini merupakan hidangan dalam bentuk mi yang kenyal bersama shabu-shabu yang berasal dari Jepun. Ia juga mengandung sayur-sayuran rebus dengan daging, makanan laut yang diproses, dan bahan – bahan tambahan lain.

Jeongol

Imej via mykoreankitchen

Di samping itu, tteok (diperbuat dari tepung beras) juga ditambah ke dalam hidangan ini. Periuk khas yang dipanggil jeongoiteul digunakan untuk memasak hidangan ini. Jeongol bukan sahaja kaya dengan sayur-sayuran yang sihat, tetapi juga enak kerana menggunakan gabungan rempah-rempah yang terbaik sahaja.

Jeongol

Imej via koreanbapsang

#13. MIYEOKGUK

 Miyeokguk merupakan sup rumpai laut yang sering dijadikan hidangan istimewa dalam budaya Korea. Ia biasanya dihidangkan semasa awal pagi hari kelahiran seseorang. Setelah dimakan, ia menandakan bahawa seseorang itu telah meningkat usia setahun lagi.

Miyeokguk

Imej via eatingwell

Bagi wanita yang baru sahaja melahirkan anak akan diberikan hidangan ini. Kandungan iodin dan kalsium yang tinggi dalam hidangan ini merupakan nutrien penting bagi ibu – ibu yang menyusukan bayi. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan miyeokguk tidak mengandungi cili.

Miyeokguk

Imej via koreanbapsang

Ia hanya mengandungi kacang soya, bawang putih, udang jeruk, garam serta bijan panggang. Kuahnya terdiri dari kerang, ikan bilis dan juga daging lembu. Sup merupakan makanan tambahan sepanjang tahun. Maka tidak hairanlah sajian ini sering menjadi kegemaran ramai.

#14. TTEOKBOKKI

Tteokbokki antara hidangan santapan diraja Korea ketika zaman Dinasti Joseon. Namun kini, hidangan ini merupakan hidangan jalanan yang boleh didapati di gerai di tepi jalan dan bar snek kecil.

Tteokbokki

Imej via futuredish

Tteokbokki merupakan snek Korea yang terdiri dari kek beras yang lembut, kek ikan dan juga sos cili yang manis. Asalnya juga dikenali sebagai tteok jjim yang merupakan hirisan kek beras, telur, daging, dan juga perisa. Terdapat banyak jenis tteokbokki namun tteokbokki beras yang paling terkenal.

Tteokbokki

Imej via unileverfoodsolutions

#15. GALBI

Galbi merupakan hidangan berasaskan daging rusuk yang dipanggang dan dipotong kecil. Hidangan ini boleh dimasak bersama rempah ratus ataupun tanpa sebarang perapan. Bahan – bahan yang digunakan sebagai perapan terdiri dari jus buah pir, kicap masin, gula, cuka beras, bawang putih dan juga minyak bijan.

Galbi

Ime via freshnessgf

Semasa proses pemanggangan, daging yang terdapat pada tulang rusuk ini akan dihiris mengikut jaluran tulang supaya sos perapannya meresap ke dalam daging. Dengan cara ini akan membuatkan dagingnya cepat lembut dan masak.

Galbi

Imej via koreanbapsang

Daging yang telah masak akan dibaluti dengan daun salad, atau daun sayuran lain. Kemudian, ia dicelup ke dalam sos ssamjang yang pastinya memberikan rasa yang begitu lazat.

#16. HOE-DEOPBAP

Hoe-deopbap atau bibimbap ikan mentah merupakan hidangan Korea yang terdiri daripada beras kukus yang dicampur dengan saengseon hoe (ikan mentah) yang dihiris, pelbagai sayuran seperti daun salad, timun dan bijan, dan chogochujang (sos yang dibuat daripada cuka, gochujang, dan gula). Ikan yang digunakan untuk membuat hoedeopbap biasanya sama ada halibut, sea bass, rockfish, tuna, salmon, atau whitefish.

Hoedeopbap

Imej via thisiskoreatours

Terdapat variasi berbeza mengikut ramuan, seperti gul hoedeopbap yang diperbuat dari tiram mentah dan gajami hoedeopbap yang diperbuat dari sole mentah istimewa dari Gangneung atau sekitarnya.

Hoedeopbap

Imej via mamaloli

#17. AGUJJIM

Agujjim ataupun agwijjim merupakan hidangan Korea yang dibuat secara kukus. Ia terdiri dari ikan yang digabung bersama sos kacang soya, mideodeok dan juga minari. Gabungan bahan – bahan ini memberikan rasa yang begitu wangi dan menyegarkan.

Agujjim

Imej via

Selain itu, bahan lain yang digunakan adalah seperti serbuk cili pedas, bawang putih cincangoenjang, daun bawang dicincang halus dan juga ganjang. Hidangan ini pada asalnya terdapat di bandar Masan, Gyeongsang Selatan.

Agujjim

Imej via yelp

Para nelayan tempatan biasanya meminta tukang masak di kedai makan untuk menghasilkan hidangan yang enak dari ikan yang diberikan oleh para nelayan.  Ikan yang dipilih adalah jenis ikan yang sering diperolehi dan tidak bernilai tinggi. Oleh itu, terhasil lah hidangan bernama Agujjim yang hingga kini terkenal sebagai makanan tradisonal khas Masan.

#18. MAEUNTANG

Maeuntang merupakan masakan berjenis sup yang menggunakan ikan air tawar atau laut segar sebagai bahan utamanya. Ikan yang dipilih untuk dijadikan maeuntang kemudian direbus bersama pedas gochujang yang terkenal dengan rasa pedas.

Maeuntang

Imej via wileysfinest

Maeun sendiri dalam Bahasa Korea bermakna pedas dan tang bermakna sup. Sup pedas atau maeuntang tidak hanya menyajikan ikan, tetapi terdapat juga bahan lain seperti sayuran hijau, daging lembu, tauhu, zucchini, lobak merah, dan rempah-ratus.

Maeuntang

Imej via koreanbapsang

Maeuntang termasuk sebagai menu sup yang dijual di kebanyakan restoran Korea. Biasanya, pelanggan yang ingin memesan maeuntang akan memilih ikan yang diingini dari akuarium. Ikan yang dipilih oleh pelanggan biasanya terdiri dari ikan kerapu, kod, merah kakap, tigawaja, trout, dan ikan mas.

#19. NAENGMYEON

Naengmyeon adalah mee sejuk yang sangat popular apabila Korea memasuki musim panas. Makanan naengmyeon sejuk dalam bentuk mee nipis dan kenyal diperbuat dari gandum dan kentang atau tepung ubi jalar.

Naengmyeon

Imej via koreanbapsang

Naengmyeon mempunyai dua jenis hidangan, bergantung kepada sajian hidangan. Terdapat mul naengmyeon atau pyeongyang di mana mee disajikan dengan sup yang diperbuat menggunakan sup daging lembu.

Naengmyeon

Imej via korea

Naengmyeon lain pula adalah bibim naengmyeon atau hamheung yang dihidangkan dengan sos merah pedas. Masakan Naengmyeon sendiri lebih popular di Korea Selatan selepas konflik Korea di mana ramai orang dari Korea Utara melarikan diri ke Korea Selatan.

#20. HODDEOK

Hoddeok adalah sejenis snek Korea yang biasanya dijual di pinggir negara Korea Selatan. Makanan ringan ini dibuat daripada campuran tepung, air, susu, gula dan ragi.

Hoddeok

Imej via beyondkimchee

Bahan-bahan campuran yang telah dicampur untuk dibuat hoddeok kemudian diisi dengan campuran gula perang, madu, kacang dan kayu manis. Hoddeok sendiri boleh diproses menggunakan dua kaedah, iaitu dibakar seperti sandwic atau goreng dan diratakan di atas plat panas.

Hoddeok

Imej via  univ3rsalif3

Kerana rasa hoddeok ini manis, kek ini menjadi makanan kegemaran kanak-kanak di Korea.

KESIMPULAN

Inilah antara 20 jenis senarai makanan tradisi masyarakat Korea yang masih dikekalkan sehingga hari ini. Pelbagai makanan ini boleh didapati dengan mudah di sekitar bandar Korea. Bagi anda penggemar hidangan Korea, pastikan anda menjejaki hidangan ini sekiranya berada di Korea suatu hari nanti.

Selain artikel ini, kami juga menulis restoran makanan halal di Korea wajib anda cuba, jemput baca jika bercadang ke sana.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.