Restoran makanan laut kebanyakan dipelopori oleh golongan Cina. Ia sangat sedikit diusahakan oleh golongan Melayu dan halal. Tambahan pula jika di kawasan bandar, pastinya sukar untuk kita temui restoran makanan laut yang segar dan juga halal.

Di kawasan Seri Kembangan, Selangor iaitu di Taman Equine terdapat sebuah restoran makanan laut milik orang Melayu dan semestinya halal. Ia dimiliki oleh Khairiyah Abdul Karim dan restorannya dikenali dengan nama Restoran Terra Life Seafood.

Nama restoran ini mungkin berbunyi seperti restoran antarabangsa, namun ia dimiliki penuh oleh seorang wanita muslim. Makanan laut segar di restoran ini dibawa dari negeri Sabah di bawah bayu,

Hidupan makanan laut yang dibawa terus dari Sabah ini diletakkan di sebuah gudang penyimpanan terlebih dahulu. Ia kemudiannya di bawa ke akuarium restoran dan dibiarkan hidup dalam akuarium.

Abalon

Imej via facebook

Pelanggan yang datang menjamu selera di restoran ini akan memilih sendiri makanan laut dari akuarium untuk dijadikan hidangan mengikut menu pilihan. Akuarium yang diletakkan makanan laut segar berada di sebelah restoran sahaja.

Bahan Mentah Segar dari Sabah

Khairiyah memilih untuk mendapatkan stok makanan laut dari Sabah kerana rasanya yang lebih manis. Stok makanan laut diperolehi dari para nelayan yang menangkap ikan di laut dan juga sungai.

Chef yang mengendalikan masakan di restoran ini sememangnya pakar dan handal dalam masakan Melayu, Cina, Thai dan juga Barat. Penghasilan menu yang terbaik serta sedap adalah sangat dititikberatkan demi memberi kepuasan kepada pelanggan.

Makanan laut segar yang dibawa dari Sabah terdiri dari udang lipan, udang kara, ketam, ikan kerapu dan juga siakap. Pelanggan boleh memilih sebarang menu yang ada untuk dimasak bersama makanan laut yang dipilih. Menu lain sepertimana permintaan pelanggan juga boleh disediakan oleh chef di dapur.

Udang Bakar

Imej via facebook

Restoran ini tidak hanya terhad kepada makanan laut sahaja. Ia turut menyediakan pelbagai hidangan lain mengikut permintaan pelanggan. Pelanggan biasanya memilih hidangan udang lipan gril, udang goreng mentega dan juga ketam kulit lembut masak buttermilk.

Udang lipan yang dibakar bersama mentega menimbulkan rasa kemanisan isi udang itu sendiri. Ketam berkulit lembut yang dimasak buttermilk menggabungkan rasa lemak manis dan masin yang pastinya membuat anda gembira ketika menikmatinya.

Setiap pengunjung yang datang sememangnya tidak pernah jemu dengan hidangan di sini kerana makanan laut yang disediakan adalah segar – segar belaka. Sehinggakan ada yang menjadi pelanggan tetap di restoran ini yang seringkali memesan hidangan yang sama.

Ketam Masak Lemak

Imej via facebook

Restoran ini bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat Melayu, namun pelanggan CIna juga turut berkunjung ke restoran ini. Pelanggan Cina yang menjamu selera di sini turut mengakui keenakan hidangan di restoran ini yang ternyata lazat serta makanan lautnya yang segar.

Saiz restoran yang agak besar mampu memuatkan sebanyak 500 orang pelanggan pada satu – satu masa. Setiap hari restoran ini beroperasi mula jam 11.00 pagi hingga 11.30 malam.

Alamat : No. 23 & 25, Jalan Equine 10F, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.