Kalau anda menjejakkan kaki ke kawasan Balakong, jangan lupa singgah ke Restoran Ayam Penyet Bulldozer. Nama restoran agak menyeramkan, tapi menu hidangan sangat menyelerakan. Apa kata kita tengok menu yang terdapat di sini.

Hidangan Ayam Penyet ni sememangnya terdapat di mana – mana. Tetapi uniknya di sini, ia menyediakan Ayam Penyet Bulldozer. Agaknya apa yang menarik dengan hidangan di sini ? Mari kita rungkaikan.

Sebenarnya ia digelar Bulldozer kerana saiz hidangannya yang agak besar. Bukannya ayam yang telah digelek dengan Bulldozer ya !

Ayam Penyet Bulldozer

Imej via facebook

Menu Hidangan Menarik

Hidangan Ayam Penyet di sini sedikit berbeza dengan tempat lain. Ayam Penyetnya di baluti dengan telur yang dibuat seperti kuih karas, rangup dan sedap. Isi ayamnya pula lembut dan enak sekali. Plating yang cantik membuatkan anda pasti teruja untuk menikmati hidangan tersebut.

Sambalnya pula diadun secukup rasa. Membuatkan anda yang menikmatinya pasti rasa gembira, ada rasa pedas, manis dan masin. Kombinasi yang betul – betul terbaik.

Selain Nasi Ayam Penyet, restoran ini turut menyediakan hidangan lain. Antaranya adalah Nasi Goreng Bulldozer yang juga antara hidangan utama di sini.

Nasi Goreng Bulldozer dihidangkan bersama chicken chop, coleslaw, udang goreng dan juga udang goreng. Saiz hidangan pula agak besar dan boleh dimakan untuk dua orang. Harga ? Cumalah RM 11.00 sahaja.

Nasi Goreng Bulldozer

Imej via facebook

Hidangan Nasi Ikan Keli Penyet  juga tidak kurang hebatnya. Memang sedap dan menarik. Selain itu, terdapat hidangan lauk pauk lain yang boleh dinikmati antaranya masakan kampung seperti gulai lemak pucuk ubi, sambal udang, siput sedut masak lemak, sup sayur, gulai ikan dan banyak lagi.

Bagi yang inginkan menu lain pula, anda boleh memilih hidangan masakan panas yang dihidangkan sebaik sahaja pesanan dibuat. Antaranya adalah seperti kuetiaw goreng, pelbagai jenis sup, mee racun dan banyak lagi.

Atas permintaan ramai, restoran ini turut mengadakan menu hidangan Barat dengan harga yang sangat berbaloi. Ada chicken chop, lamb chop, chicken nugget, French fries, fish and chip, meatball, potato wedges dan banyak lagi.

Hidangan pasta juga turut dijadikan sebagai menu hidangan di sini. Menu hidangan Barat juga ada disediakan dengan saiz combo dengan gabungan beberapa menu di dalam satu talam/dulang.

Shellout Pun Ada

Jangan tak tahu, restoran ini turut menambah menu Shellout sebagai pilihan alternatif. Shellout Bulldozer dihidangkan bersama 3 pilihan sos yang menarik. Ada sos Thai Spicy Chilli, Lemon Buttermilk dan juga sos Curry Masala.

Pastikan anda memilih saiz Shellout yang betul sebab Shellout yang dihidangkan agak banyak. Jika anda belum tahap lapar maksima, dikhuatiri tidak mampu menghabiskannya dengan mudah.

Green Tea

Imej via facebook

Minuman Yang Menyegarkan

Pilihan air minuman pun cukup memuaskan hati. Anda boleh mencuba air Green Tea Cincau Milk yang sememangnya best. Teh ais buih juga cukup menggamit tekak yang kehausan. Jus buah – buahan pun ada.

Bagi anda yang ingin datang menjamu selera di sini, kalau tidak jumpa gunalah Waze untuk memudahkan pencarian. Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hinggalah jam 11.30 malam.

Alamat : Ayam Penyet Bulldozer, No 49 Jalan Cengal 4 Taman Impian Ehsan, Seri Kembangan

Penulis: Harwati Rukari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.