Bagi peminat sate besar-besar, Sate Kajang Haji Samuri mesti tidak asing untuk semua orang. Sate Kajang sememangnya terkenal dengan saiznya yang besar. Antara semua, Sate Kajang Haji Samuri yang terbaik bukan biasanya yang kita dengar.

Kalau didengar penjual Sate Kajang yang lain pasti bengang sebab asyik sebut Sate Haji Samuri sahaja. Haha. Ingat sate lain tidak sedap ke?

Hari ini kami ingin kongsikan versi sate yang bagi kami lebih sedap dan enak dari sate Kajang Samuri. Sate UK Bangi di Seksyen 7. Pernah dengar? Kalau korang pernah dengar, alhamdulilah. Tetapi kalau belum, meh sini kami hendak cerita. Sate UK Bangi kalau hendak tahu sangat terkenal di sekitar Bangi. Sampai ada yang cakap,

” Kalau family aku datang, aku bawa datang sini sahaja. Sebab lagi sedap! ”

Apa yang menarik dan tidak best Sate UK Bangi?

 

Restoran Sate UK

Bangi Seksyen 7

Tempatnya memang selesa. Dahulu, sate ini dijual dengan menumpang Restoran Sup Urat Keting. Tetapi akhirnya setelah beberapa lama, mereka mempunyai kedai sendiri. Kedai pun tidak jauh sahaja daripada situ. Betul-betul depan kedai Sup Urat Keting.

Malah warung kecil yang dibuka dahulu masih lagi diteruskan jika anda mahu sahaja makan di Restoran Sup Urat Keting. Kalau hendak duduk di kedai sate dan pesan sup pun tiada masalah.

restoran-sate-uk
restoran-sate-uk-1
restoran-sate-uk-3
restoran-sate-uk-4
restoran-sate-uk-5

Satenya nyata lagi sedap dan enak. Ini bukan review berbayar tahu oleh Sate UK Bangi. Memang sedap. Ianya lain daripada lain. Cuma satu sahaja kurang. Jenis sate yang sedikit. Hanya ada 2 jenis sate sahaja.

Sate ayam dan sate daging. Ini yang membuat mereka kalah dengan Sate Kajang Haji Samuri yang pelbagai. Daripada daging, ayam, sehinggalah sate arnab, ikan dan lain-lain.

Dari segi harga? Dulu harganya 70sen untuk secucuk tahun 2013, tetapi tidak tahulah ketika artikel ini ditulis harga sudah menjadi RM1 secucuk ataupun lain. Harga  70 sen dengar mungkin seakan mahal, tetapi sebenarnya kalau pergi ke kedai sekitar KL memang harganya adalah biasa untuk secucuk sate.

Apa yang kami suka sate di sini adalah nasi himpitnya. Nasi himpitnya bukan dibalut dengan plastik, tetapi dibalut dengan daun pisang yang membuatkan aromanya lebih sedap. Kuah kacangnya juga sedap.

Berapakah bintang perlu kami berikan? Haha, ini adalah rahsia. Sate Kajang Haji Samuri ada sedapnya begitu juga sate ini. Cuma untuk sate ini kami suka sebab lebih lemak dan bukan sekadar sate biasa yang lain. Sedap!

 

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.