Satay Station Cyberjaya ini merupakan satay Selangor yang menjadi pilihan ramai. Berbeza dengan kedai satay yang lain, Satay Selangor ini mempunyai pilihan menu satay yang jarang terdapat di kedai satay lain.

satay selangor
Imej via [ig]

Sekiranya ingin buat makan-makan yang besar, tiada masalah untuk makan di sini. Anda boleh tempah meja dan makanan lebih awal untuk memastikan semuanya berjalan lancar. 

Menu Satay Station Cyberjaya

Antara menu satay yang disediakan adalah seperti satay daging, satay ayam, satay wagyu, satay hati, pedal dan juga turkey. Tak banyak kedai satay sediakan satay hati, pedal dan wagyu, tetapi Satay Station Cyberjaya ini ada. Isi dagingnya cukup padat dan tebal memang sangat puas makan. Dagingnya sangat lembut dan juicy.

satay selangor
Imej via [fb]

Bukan sahaja satay, tetapi kuah satay juga sangat sedap dan pekat likat. Sehinggakan anda rasa nak habiskan kuahnya pula. Kuah yang dihidangkan juga adalah dalam kuantiti yang banyak. Memang berbaloi makan di Satay Selangor ini.

satay selangor
Imej via [facebook]

Resepi satay station cyberjaya ini adalah hasil mereka sendiri menggunakan resepi asli satay. Hidangan satay disediakan pun nampak sangat menarik dari segi susunan dan teksturnya.  Apatah lagi rasanya, sudah pasti sedap.

satay selangor
Imej via [fb]

Lengkap dengan timun dan bawang, Satay Station Cyberjaya ini juga menyediakan nasi impit untuk dimakan bersama hidangan satay. Barulah lebih mengenyangkan dan puas dinikmati. 

satay selangor
Imej via [fb]

Aroma satay dibakar amat harum. Bagi anda yang datang makan di kedai, pasti akan terhidu haruman satay ini.

Anda boleh melihat sendiri cara mereka membakar satay kerana Satay Selangor ini adalah restoran terbuka, boleh nampak orang bakar satay dan boleh melihat keluar juga.

satay selangor
Imej via [fb]

Menu Lain Di Satay Station Cyberjaya

Selain makan satay, anda juga boleh memesan menu lain yang disediakan di sini. Antara menu lain di Satay Station Cyberjaya adalah nasi lemak sambal bilis, sup tulang urat, mee rebus bonda dan juga sup tulang gearbox. Ramai juga yang memesan menu ini mengikut citarasa masing-masing.

satay selangor
Imej via [ig]

Harga makan satay Selangor ini atau makanan lain yang terdapat di sini adalah tidak terlalu mahal. Ianya berpatutan dan berbaloi dengan makanan yang anda makan. 

satay selangor
Imej via [fb]

Sangat menyeronokkan jika datang makan di Satay Station Cyberjaya ini bersama kawan-kawan atau keluarga. Lebih ramai, lebih meriah. Tak perlu risau tentang suasana kedai, Satay Selangor ini memang mempunyai ruang makan untuk anda makan di sini.

Sekiranya anda ingin bungkus atau beli secara online, Satay Station Cyberjaya juga akan menyediakannya. Mudah kan? Di rumah pun anda masih dapat menikmati satay station cyberjaya yang sedap ni. 

Jom baca juga tempat menarik di Sampan Steamboat Setapak, BBQ Lamb Kemensah dan Maulana Cafe.

Alamat: Biz Avenue, 2 Neocyber, Lingkaran Cyberpoint Barat, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 pm – 11 pm

No Telefon: 011-1121 7199

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.